CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lelaki Penganggur Hidup Bahagia Dengan Empat Isteri, Apakah Agaknya "Rahsia Brader" Ini?

8-1-2024 05:27 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 28499| Komen: 29




Seorang lelaki bernama Ryuuta Watanabe, 35, yang berasal dari Sapporo, Jepun telah menjadi berita sensasi di negara itu gara-gara  gaya hidupnya yang dikatakan 'tidak konvensional'.

Watanabe dilaporkan tinggal serumah bersama tiga daripada empat orang isterinya, yang dikatakan boleh bergaul antara satu sama lain.

Selain itu, dia juga bergantung sepenuhnya kepada isteri-isterinya untuk keperluan kewangan kerana dirinya sudah menganggur selama 10 tahun.

Kisah hidup berpoligami itu disiarkan dalam siaran berita AbemaTV Jepun iaitu Abema Prime dan ia telah menimbulkan perbualan hangat dalam kalangan masyarakat di sana.

Ini kerana, berpoligami merupakan sesuatu yang dilarang secara rasmi di negara itu. Jadi, untuk memintas undang-undang itu, keempat-empat isterinya mempunyai common-law relationship bersamanya.

Tetapi, mereka mahu mendaftarkan perkahwinan mereka itu dan mahu menceraikan Watanabe, seorang demi seorang bagi mendapatkan nama keluarga 'Watanabe' itu. Nama keluarga itu akan diturunkan kepada anak-anak mereka.

"Saya sangat sukakan wanita. Jadi, saya pun berada dalam situasi ini. Pencinta anjing pasti akan bersimpati. Bila anda membesarkan seekor anak anjing, anda mesti mahu menjaga lagi seekor, kan?"

"Saya sukakan wanita dan saya sayangi mereka semua secara sama rata," katanya kepada AbemaTV.

Penganggur berumur 35 tahun itu tinggal bersama tiga orang isterinya dan mereka semua menduduki sebuah bilik tidur bersama anak masing-masing.

Isteri pertama Watanabe berumur 27 tahun, manakala isteri kedua dan ketiganya masing-masing berumur 24 tahun dan 22 tahun.

Bersama isterinya yang pertama, dia mempunyai dua orang anak yang masing-masing berumur dua dan satu tahun. Manakala bersama isteri kedua pula, dia mempunyai seorang anak berusia lima bulan.

Watanabe tidak menjelaskan mengapa isterinya yang keempat tidak tinggal bersamanya. Tetapi, pasangannya yang lain mengesahkan bahawa terdapat lagi seorang isteri.

"Tiada Masalah Berpoligami" - Watanabe

Menurut keempat-empat isterinya, dari mula lagi mereka tahu bahawa mereka tidak akan menjadi satu-satunya pasangan romantik Watanabe, serta tahu bahawa dirinya itu tidak bekerja. Bagi mereka, itu bukanlah satu masalah.

Isteri-isterinya itu bekerjasama untuk menampung perbelanjaan bulanan keluarga kira-kira 850,000 yen (RM27, 353.86). Watanabe pula ditugaskan untuk melakukan segala kerja-kerja rumah.

Ia merupakan dinamik keluarga yang luar biasa untuk kebanyakan masyarakat Jepun yang mengamalkan dasar patriarki. Tetapi, ia bukannya satu masalah bagi mereka semua.

"Saya rasa tiada masalah dengannya [poligami]," kata Watanabe.

Dia turut memberikan contoh seperti Tokugawa Ienari yang merupakan shogun (istilah pangkat dalam ketenteraan Jepun sekitar 1185-1868) ke-11 dan paling lama berkhidmat dalam era shogun Tokugawa yang mempunyai 53 orang anak.

Dia sempat berseloroh dengan mengatakan bahawa dia mahu mencipta sejarah dengan mempunyai 54 orang anak.

Watanabe menggambarkan keempat-empat isterinya itu seperti, "less than family, but more than friends". Para isterinya langsung tiada masalah dengan penjelasannya itu.

Sebaliknya, mereka sering mempuji daya tarikan dan kekuatan Watanabe serta sebulat suara menyatakan sokongan mereka terhadapnya ketika di program Abema Prime itu.

Apabila ditanya kepada keluarga berpoligami itu mengenai cara mereka akan menjelaskan hal itu kepada anak-anaknya, Watanabe berkata bahawa mereka akan memikirkannya sendiri.

Manakala salah seorang isterinya pula berkata, mereka akan cuba menjelaskan kepada anak-anak mereka bahawa tidak semua keluarga adalah sama supaya mereka boleh membesar tanpa prasangka.




Sumber: Oddity Central/SiakapKeli


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 8-1-2024 05:28 PM
Kalau Jepon, rahsianya cuma fetish saja dek. Tak lain tak bukan.
Quote epullipan 8-1-2024 05:43 PM
serius la...bulanan 85 man
Quote noor2 8-1-2024 05:44 PM
Ngeri.....
Quote Kitty_catz 8-1-2024 06:20 PM
kasik  nasik air pelir kut
Quote lightheaded67 8-1-2024 06:58 PM
" Saya sangat sukakan wanita. Jadi, saya pun berada dalam situasi ini. Pencinta anjing pasti akan bersimpati. Bila anda membesarkan seekor anak anjing, anda mesti mahu menjaga lagi seekor, kan?"

iyo lah
Quote menjad 8-1-2024 08:03 PM
Untong member sekadar sediakan tuttt, bini muda² pulak tuhhhh. Bonus besar yer
Quote makadek 8-1-2024 10:27 PM
Kuat kongkek ni mesti bini masing2 puas
Quote kakikuDibibirmu 8-1-2024 10:41 PM
Hari-hari kena hisap bijik kelentit
Quote Jitu 8-1-2024 11:57 PM
betul ke ni
peliknya

sangat menjadi pantang bg org pompuan kongsi2 ni



Quote wikedsaikel 9-1-2024 12:41 AM
Bakalan jadi cult ni
Quote mamajawie 11-1-2024 04:04 PM
aik gambar anjing pun nak kena censored jugak ke?

Quote intan244 13-1-2024 06:38 PM
dia samakan perempuan dgn anjing.
Quote kerunai 13-1-2024 08:46 PM
ni aliran sains ke sastera ?
Quote sharlenetexas 13-1-2024 08:49 PM
Muka lebih kurang. Kesian kena bela laki bewak. Laki bermodalkan kot* utk teruskan hidup.


Quote sharlenetexas 13-1-2024 08:50 PM
kerunai replied at 13-1-2024 08:46 PM
ni aliran sains ke sastera ?

Habis sekolah ke tak?
Takut tersangkut kat skala pmr versi jepun. Takde peluang pilih sains atau sastera.

Quote ctaz 14-1-2024 12:14 AM
tak der nak kata biawak idup ke....
hahahaha
Quote I.K.A888990 14-1-2024 03:57 PM
pompuan2 tu mmg suka biawak ke apa
untung kau bang sbb kau laki
Quote anggeriklatifah 14-1-2024 05:06 PM
Idaman jantan2 lahanat mslaysia...berbini bykkk..tak kerja..bini2 tanggunng..hanya sediaakan kote
Quote KamikuP 17-1-2024 09:07 AM
Hentai mamat ni ekekekekeke

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.098091 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top