Penyanyi rap popular Kanye West sering membuat kejutan dengan pelbagai perkara, sebelum ni dia melarang isterinya memakai seluar ketika keluar bersama. Kanye meminta supaya isterinya tidak lagi memakai seluar pada 2024. Terbaru, dia sekali lagi menjadi tumpuan apabila muncul dengan mengenakan gigi palsu titanium bernilai $850,000 (RM4 juta) ketika keluar bersama isterinya iaitu Bianca Censori. Kanye, 46, dilaporkan keluar bersiar-siar bersama isterinya itu di Chateau Marmont, Beverly Hills, Amerika Syarikat ditemani rakan mereka iaitu pelawak Chris Rock. Penyanyi berkenaan juga dilihat memuat naik foto memaparkan gigi baharunya itu di Instastory miliknya.
Kanye berkongsi sebuah foto yang menunjukkan bahagian bawah muka ketika dia membuka mulut bagi mempamerkan gigi palsu titanium tersebut. Malah menerusi satu lagi perkongsian yang dibuat, penampilan Kanye dikatakan diilhamkan oleh watak penjahat Jaws dalam filem James Bond. Sementara itu menurut laporan Daily Mail, penyanyi lagu Praise God ini pernah mendakwa barisan giginya dicabut dan digantikan dengan berlian yang dilakukan oleh Dr Thomas Connelly di Beverly Hills, Amerika Syarikat bersama juruteknik pergigian Naoki Hayashi. Penampilan baharu penyanyi berkenaan juga dapat dilihat sewaktu dia berbual dengan Chris di mana Kanye mendakap gigi palsunya itu bagi menarik perhatian ramai. |
tompie replied at 22-1-2024 02:17 PM
apasal gigi mahal dia nampak mcm wrap pakai aluminium foil aje? tak kemas..
mcamana la dia ni boleh ...
marchikobonzo replied at 19-1-2024 03:07 PM
Yihhh..sewel ke dia ni
_kelly replied at 19-1-2024 08:37 PM
kesian makin lama makin gila
tapi tu la lagu2 zaman kegemilangan dia tu sis layan jugak
gideoncross replied at 23-1-2024 12:49 AM
Kanye msa ni mmg dh mcm x btul, his new "wife" yg Bianca Censori tu pun pelik sbb Kanye bgithu dia ...
marchikobonzo replied at 23-1-2024 10:21 AM
BDSM sangat la diorang ni kalau betul nak si BC ni humiliation ritual KW
gideoncross replied at 7-2-2024 05:24 PM
Ni Kanye West & Bianca Censori yg latest, gila, pelik je dorg brdua ni. Bianca plak 24/7 naked
marchikobonzo replied at 8-2-2024 10:42 AM
Sorang terlebih tutup, sorang terlebih tayang..apooo
gideoncross replied at 9-2-2024 11:43 AM
KW haramkn BC ni dari pakai apa2, tu azam dia thun 2024 ni
ADVERTISEMENT