Pelakon, Lana Nodin berang terhadap anggota penguatkuasa yang didakwa pilih kasih kerana bertindak mengunci tayar keretanya. Menerusi luahan panjang di Instagram (IG), Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hassan Nodin pada awalnya sedang mencari tempat letak kereta namun gagal. Lana yang bimbang dengan keselamatan diri yang ketika itu membawa sejumlah wang ringgit kemudian meletakkan kenderaannya berdekatan bank sebelum anggota penguatkuasa bertindak mengunci tayar kereta. "Tengah hari tadi aku pergi bank untuk masukkan duit tunai yang banyak dan aku seorang, kawasan ni memang sangat-sangat susah untuk parking. Jadi aku pun parking di tempat sebelah bank yang aku rasa tidak mengganggu atau block mana-mana jalan yang menyebabkan kesesakan dari aku kena parking jauh bawa duit tunai banyak seorang diri. "Bila aku keluar bank masa tu tak saman lagi dan aku terangkan semuanya kenapa aku parking dekat situ. Dengan muka sombong berlagak dia kata kalau dikutkan dalam masa 1 minit kena clamp!"
Aktres berusia 44 tahun ini mempertikai anggota penguatkuasa tersebut berikutan terdapat beberapa kenderaan lain yang melakukan kesalahan sama tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan.
|
abadi84 replied at 7-2-2024 12:33 PM
Lenkali pergi 2 org. Sorang tunggu dlm kereta. Sorang pergilah masuk dlm bank.
Dah satu kerja pengua ...
fadz84 replied at 7-2-2024 12:48 PM
Buat keje salah, x buat keje kata mkn gaji buta.. hmmm.. dh mmg langgar peraturan tu bayar jela komp ...
jebatmaspunyer replied at 7-2-2024 12:23 PM
Aku terfikir gak asal lah bank suka bukak cwgn kat tempat y susah parking? X leh ke spend duit lebih ...
prettyuglybabe replied at 7-2-2024 02:52 PM
bukan mereka buka tempat susah parking..
tapi sebab ada bank la tempat tu jadi susah parking..
cub ...
ADVERTISEMENT