Pelakon, Johan As'ari, 38, masih 'merahsiakan' mengenai kekasihnya yang dikenali sebagai N dan menggunakan elemen kejutan. Johan ketika ditemui di majlis tayangan episod 12 drama bersiri Menanti Senja yang berlangsung semalam berkata, dia akan mendedahkan identiti wanita itu apabila tiba masanya. "Saya nak ucapkan terima kasih kerana mengambil berat. Tapi, saya nak simpan sebagai kejutan. "Saya akan beritahu bila tarikhnya sudah tiba. Biar kejutan barulah seronok," katanya kepada Harian Metro. Menurut Johan, dalam era media sosial seperti sekarang, dia harus berhati-hati bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. "Dalam zaman media sosial seperti sekarang, bagus kalau kita sentiasa berhati-hati. Tapi, bukanlah sebab penyakit Ain atau apa," katanya. Kembali mencipta nama di kaca TV menerusi drama bersiri slot Samarinda itu, Johan turut berkongsi bahawa N sememangnya faham akan kariernya sebagai pelakon dan perhatian yang diterima daripada peminat.
"Dia okay dan faham karier saya sebagai pelakon. Dia memang 'sporting'," katanya. Selain Johan, drama itu turut dibintangi barisan pelakon antaranya Faizal Hussein dan Trisha Ooi. Agak-agak siapa N tu ya? Sumber :Harian Metro |
DottieDot replied at 7-2-2024 05:21 PM
Waktu yang gosip dia dengan Fasha tu, aku percaya je yang Fasha saja nak buatkan Jejai jealous dan J ...
kerani_je replied at 7-2-2024 09:56 PM
Die ni ex jering jgk kan..kemain bertukar2 gf nye..Fasha pun pernah ter angau jgk kn dgn die cinta l ...
ADVERTISEMENT