CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Jangan Jadi Anak Derhaka Kahwin Senyap-Senyap Ya, Satu Sen Hartaku Tak Akan Dapat’ - A.Aida Nasihat Anaknya

9-2-2024 06:05 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 61324| Komen: 84


“Jangan jadi anak derhaka dan kahwin senyap-senyap ya. Nanti satu sen hartaku tak akan dapat”.

Demikian peringatan tegas penerbit popular, Datuk A. Aida terhadap anak keduanya, Wan Azevanatassha, 22, yang kini sedang melanjutkan pengajian di Victoria University, Melbourne, Australia agar tidak melakukan perbuatan yang membelakangi keluarga.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang dalam Instagramnya, pemilik rumah produksi A. Aida Production itu berkongsi sekeping foto gadis itu ketika berada di hadapan universiti yang turut disertakan doa dan harapannya sebagai seorang ibu.

“Tak terucap penat lelah dan susah payah ibu membesarkan anak. Apa sahaja kemahuan, ibu akan cuba penuhi.

“Sebagai balasan, belajarlah rajin-rajin dan jangan sia-siakan peluang yang ada. Semoga kau berjaya wahai anakku,” tulis Aida.


Pada masa sama, ibu tunggal kepada tiga orang cahaya mata itu, secara berseloroh sempat menitipkan harapan agar anaknya dipertemukan jodoh dengan lelaki bermata biru (mat saleh) ketika berada di Australia.

Namun, Aida turut mengingatkan gadis itu supaya memberitahunya terlebih dahulu untuk mendapatkan restunya jika mahu berkahwin atau anaknya tidak akan mendapat sesen pun daripada hartanya.

“Semoga jumpa jodoh dengan ‘mata biru’. Tapi nak kahwin, cakap (beritahu). Mesti dapat restu,” tegas Aida.


Kata-kata dan nasihat yang dititipkan penerbit berudia 54 tahun itu, sekali gus menarik perhatian pengikutnya dalam Instagram, apabila turut mendoakan agar Wan Azevanatassha berjaya dan mendengar cakap ibunya.

“Ingatlah mama susah-susah beranak. Tak minta balas budi, cuma jaga diri,” pesan seorang pengguna Instagram.

“Semoga dapat jodoh yang terbaik. Amin,” kata seorang netizen.

“Cantik anak Datuk. Semoga mendapat jodoh yang baik dan dipermudahkan segalanya,” ucap seorang lagi pengguna Instagram.

Bagaimanapun, terdapat segelintir pengikutnya dalam Instagram menyelar tindakan Aida, apabila merasakan nasihat yang dititipkan wanita itu terhadap anaknya, seolah-olah berbaur sindiran terhadap isu ‘kahwin rahsia’ anak kepada pelakon, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa yang hangat diperkatakan sekarang.

“Jangan perli sangat. Apa yang diungkap hari ini, boleh jadi kenyataan. Banyak yang terasa hati,” tegur seorang pengikutnya.

“Setiap manusia ujian mereka berbeza. Apa yang terjadi di sekeliling kita, jadikan iktibar dan bukannya konten. Dunia ini berputar. Hari ini Allah SWT jaga aib kita, esok lusa?” kata seorang lagi pengikutnya.

Sekadar info, Wan Azevanatassha merupakan anak kedua Aida hasil perkahwinannya dengan vokalis kumpulan Spring, Ameng pada 1994, namun bercerai pada 2003. Aida dan Ameng memiliki seorang lagi anak iaitu Wan Az Aleesa, 27 tahun. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 9-2-2024 06:36 PM
X yah la nk sindir2 org...esok2 anak kita kena..pesanan untuk diri aku juga
Quote wikedsaikel 9-2-2024 06:38 PM
Tu anak Aming ke? Iras sangat.
Quote Piramida 9-2-2024 06:39 PM
Sekarang bolah lah nak sound anak... Tp if anak buat jugak... Nasib laaaa.
Quote missHaidiD 9-2-2024 06:41 PM
Ank dgr tak dpt hrta kemudian hari tntu menurut
Quote doubleA 9-2-2024 06:48 PM
Cantik anak2 dgn ameng. Yg sulung tu muka ameng banyak, yg kedua ni muka nek zaidah banyak. Yg kedua ni gak tak silap suara sedap gak kalau nyanyi
Quote 3chanceno 9-2-2024 07:12 PM
Muka sama dgn omaknya. Untung ada anak2 yg pentingkan pelajaran. Omaknya pun berduit, nak belajar mana pun no problem.
Quote annadonna 9-2-2024 07:15 PM
Aku rasa semua mak mak terluka dengan perangai marissa. Cantikkkkkk budaknya. Sekali kawin dgn pemandu grab laki orang. Semua mak pun akan terluka. Aku pun sampai sound anak aku benda sama. Tapi taklah sound depan orang.
Quote irvene 9-2-2024 07:20 PM
mata biru nak ke dkt anak kau? ntah2, apek je yg nak.
Quote Tunakimchi 9-2-2024 07:21 PM
Diri sendiri pun x betul
Quote ezacbee 9-2-2024 07:27 PM
Sekarang semua mak2 takot terjadi kat anak2 dorang.
Quote SalenaGomez 9-2-2024 07:49 PM
missHaidiD replied at 9-2-2024 06:41 PM
Ank dgr tak dpt hrta kemudian hari tntu menurut

Terkena anak x heran dgn harta, acane?
Quote Yaya04 9-2-2024 08:34 PM
Maknya bnyk pengalaman juga dalam kawin2 ni. Aritu kawin laki muda (pelakon) punye dok sweet2 last2 laki muda tu diam2 sakau duit dalam akaun dia.

Nak yg mata biru?Ape ikan bilis mate biru ke

Quote kepompong 9-2-2024 08:39 PM
Yaya04 replied at 9-2-2024 08:34 PM
Maknya bnyk pengalaman juga dalam kawin2 ni. Aritu kawin laki muda (pelakon) punye dok sweet2 last2  ...

anak dah tahu byk sejarah mak pasal kejar batang , lagi mau berkokok kat public diam2 sudah laaaa... tak ambik iktibar dah kenapa
Quote mawarika 9-2-2024 08:44 PM
Marissa tu bakalan dapat anak ramai nanti kena la tu. done mengata
Quote sukacactus 9-2-2024 08:57 PM
As parents, semua risau dgn peel ank2
Kalau dah didik elok2, takat boleh nasihat, guide, dgn doa byk2 je la
Quote gideoncross 9-2-2024 09:29 PM
noor2 replied at 9-2-2024 06:36 PM
X yah la nk sindir2 org...esok2 anak kita kena..pesanan untuk diri aku juga

Ikr? Mluat tngok org cmni, konon komen cmni spya dpt bnyk Likes, nnti trkena kat diri sndri, trsungkur
Quote gideoncross 9-2-2024 09:32 PM
Yaya04 replied at 9-2-2024 08:34 PM
Maknya bnyk pengalaman juga dalam kawin2 ni. Aritu kawin laki muda (pelakon) punye dok sweet2 last2  ...

Dlu smpat khwin dgn laki muda ada 6 packs
Quote jihyomelly 9-2-2024 09:33 PM
as a parent yg ada anak remaja 22thn..iols tak berani nak mendongak ke langit takut kang termakan apa yg kita cakap..doa byk2 mintak dilindungi di jauh kan dari yg tak sepatutnya,.kadang2 apa yg jadi sbb peringatan tuhan dgn apa yg kita cakap
Quote I.K.A888990 9-2-2024 09:38 PM
jgn ckp mcm tu..
kang nnt kau yg terduduk acik

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.114722 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top