Sehingga ke hari ini, dakwaan mengenai anak kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania sudah bernikah dengan Ahmad Aslam di Thailand masih masih belum terjawab. Terbaharu, pihak Melodi berjaya mendapatkan isteri kepada Aslam iaitu Misya Mazlan di sebuah pusat beli-belah bagi mendapatkan komennya berhubung dakwaan tersebut. Walau bagaimanapun, Misya tidak mahu mengeluarkan sebarang komen dan meminta pihak media untuk bertanyakan sendiri mengenai kesahihan tersebut daripada Aslam. Saya tak ada apa-apa nak komen, saya rasa lebih baik kalau tanya tuan badan sendiri. Dalam pada itu, wartawan Melodi dilihat berjaya menerjah dan menemu bual Aslam berhubung isu tersebut namun, jejaka berkenaan juga memilih untuk tidak memberikan sebarang komen. Namun, Aslam meminta agar pihak media memberikannya ruang dan masa untuk menjelaskan perkara tersebut.
"Saya minta mana-mana pihak media untuk berikan saya ruang dan masa untuk saya jelaskan. "Mengenai dakwaan sudah berkahwin itu saya ‘no’ komen". Aslam yang berada di dalam sebuah kereta berwarna putih kemudiannya dilihat berlalu pergi meninggalkan pasukan Melodi. Terdahulu, tularnya satu dakwaan yang mengatakan Aslam dan Marissa sudah bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu. Bukan itu sahaja, kakak kepada Misya iaitu Nadiah Mazlan juga mengesahkan mengenai berita perkahwinan tersebut ketika dihubungi OhBulan!. Sekadar info, Marissa sebelum ini juga pernah didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Aslam dengan isteri pertamanya, Misya sehingga pasangan itu hampir bercerai. Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula selepas kontroversi itu reda. Pada November tahun lalu, Misya yang juga ibu kepada dua cahaya mata tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan model muslimah berumur 19 tahun itu. Sumber: TikTok Melodi/OhBulan |
dewi_rina replied at 26-2-2024 10:00 AM
Dari jauh nampak telinga je budak ni.. i rasa heols sweet talker
dewi_rina replied at 26-2-2024 11:06 AM
Kejar marissa lah, takpun kejar acik ebi.. mcm zaman dulu acik ebi kejar oman
ADVERTISEMENT