Pelakon Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta berkongsi kepayahan hidup dilaluinya pada usia muda dahulu sebelum dia terjun ke bidang seni. Kata aktres berusia 51 tahun itu, dia bukanlah datang daripada keluarga yang senang dan mereka kehilangan bapa pada usianya 15 tahun serta perlu survive tanpa seorang ketua keluarga. Dia juga pernah tinggal di kawasan flat sebelum dapat merasa kehidupan mewah seperti sekarang. "Emak pula seorang suri rumah serta tidak pernah bekerja seumur hidupnya. Emak terpaksa buat pelbagai kerja termasuk bekerja di kantin sekolah dan arwah Tok lah yang menjaga kami adik beadik." Tambah Che Ta, ketika membesar dia melihat sendiri kepayahan dilalui wanita itu yang perlu bekerja keras untuk membesarkan anak-anak namun emaknya tidak pernah meminta bantuan orang lain.
Kehidupan mereka sekeluarga berubah selepas Che Ta berjaya mendapat kerja sebagai pramugari pada usia 17 tahun dengan gaji mencecah RM5,000 sebulan. Ujarnya, tiga tahun kemudian dia mendirikan rumah tangga pada usia muda dengan seorang juruterbang namun perkahwinan itu hanya kekal selama sepuluh tahun. "Saya kahwin pada usia 20 tahun tapi bercerai pada usia 30 tahun. Lepas cerai, saya tiada pekerjaan serta turun naik mahkamah ketika itu. Mujur, saya ada duit simpanan dan bila dan menang kes, saya dapat duit untuk bayar peguam." Dalam pada itu, Che Ta yang kini sudah 10 tahun berkahwin dengan Zain Saidin dengan tegas berkata dia sentiasa pandang ke depan dan mahu membangunkan diri meski tanpa sokongan lelaki. Ujarnya, dia mula bangkit dan bekerja dalam bidang peragaan serta lakonan demi menyara kehidupannya dan anak-anak selepas bercerai dahulu. "Kaum wanita juga tidak boleh hidup terlalu bergantung sangat dengan lelaki. Saya sendiri, bila cerai tak dapat harta apa pun. Selama 10 tahun, saya hidup menjanda sampailah saya kahwin dengan Zain".
|
BoongaKertas replied at 12-3-2024 10:58 AM
utk 17 yrs old di kala itu dpt gaji rm5k, mewah lah kan? fuh. rezeki sheols.
rosevelvet replied at 12-3-2024 03:19 AM
Betul tahun 1990 kot. Mmg mewahhh
KamikuP replied at 12-3-2024 02:26 PM
Knp che ta tarik diri masa jadi peserta heroin remaja eh dewi remaja?
AWEKSAMURAI replied at 12-3-2024 12:14 PM
Che ta walau mulut dia hebiaq dia pun janda jaga 2 anak lelaki jgak tapi dia sekali pun xpnah buruk ...
Manusiabesa replied at 12-3-2024 02:36 PM
Senanya depa nk bg moral support kat bella la ni. Utk bella kuat gerak solo jgn pndang2 blkg lg. Bag ...
rosevelvet replied at 12-3-2024 08:18 PM
Sbbtu sheol ramai kwn. X mcm yg utan aji tu.
AWEKSAMURAI replied at 12-3-2024 08:21 PM
Syg nya bella tdk peduli sume tu kihkih maybe dia akan dgr ckp nekrut je nanti kihkih
Manusiabesa replied at 12-3-2024 09:39 PM
Tp kalini bella koyak gila. Dh unfriend ngn alep and kemut kt ig. Aku rasa dia xbengang sgt dgn al ...
ADVERTISEMENT