Pengacara dan penyampai radio terkemuka, Nabil Ahmad menyatakan dia enggan menerima tawaran menjadi duta jenama pakaian lain meskipun ditawarkan bayaran yang tinggi. Kata Nabil, dia akan setia bersama jenama Jakel sebagai tanda mengenang budi. Menurut Nabil, tahun ini sudah masuk tahun kesembilan sejak dirinya digelar duta Jakel. Katanya, dia akan setia bersama jenama tersebut meskipun banyak pihak lain yang menawarkannya menjadi wajah jenama mereka. Nabil memilih untuk setia bersama Jakel atas dasar kesetiaan dan ingin membalas budi mereka yang ada bersamanya ketika dia tidak mempunyai job semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu. "Ada jenama yang menawarkan saya ratusan ribu ringgit, tapi saya tolak. Ia kerana kesetiaan, sebab saya ingat lagi masa saya tengah tiada job waktu PKP hidup saya memang huru-hara, satu-satunya klien yang telefon saya minta saya buat video adalah Jakel.
"Tak bolehlah saya nak sebut jenama yang tawarkan saya itu. "Banyak yang mereka tawar tapi tidaklah sampai berjuta. Untuk saya ia nampak macam berlawan, kau bukan nak aku sangat, kau nak lawan sahaja nak tunjuk kau boleh beli kita."
|
chandrahusin replied at 12-3-2024 01:31 PM
adakah Nabil berada di tangan pempuan yg betul
mcm pempuan jd isteri pd suami yg betul tu laa
sbb nm ...
prettyuglybabe replied at 12-3-2024 01:17 PM
baik la dia jaga reputasi dia as duta produk..
so far baju melayu jakel ni takde lagi orang komplen ...
ADVERTISEMENT