Isteri kepada pendakwah sensasi, PU Abu Sufyan iaitu Hana Azraa berkongsi berita gembira apabila dia selamat menimang cahaya mata kedua. Menurut Hana, dia dan suami meluahkan rasa syukur dikurniakan seorang lagi cahaya mata dalam keluarga mereka. Bagaimanapun mereka memilih untuk tidak berkongsi lebih lanjut mengenai perkara tersebut, namun mengharapkan doa yang baik daripada orang ramai. "Alhamdulillah, saya sudah selamat melahirkan cahaya mata kedua kami. Maaf, saya tak nak terlalu kongsi sangat mengenai perkara itu. "Apa yang saya katakan, saya cuma mengharapkan doa yang baik-baik saja untuk keluarga kecil saya." Berita gembira itu sekali gus menepis dakwaan yang mengatakan rumah tangga mereka sedang bergoyang. Terdahulu, Hana menerusi hantaran di Instagram Story memuat naik foto memperlihatkan PU Abu sedang mencium bayi mereka beserta kapsyen “terima kasih atas segalanya. Jaga diri, kita jumpa raya nanti okay”.
Pada Oktober tahun lalu, rumah tangga Abu Sufyan dengan dua isterinya iaitu Ain Afini dan Hana Azraa dipercayai bakal berakhir. Malah Abu Sufyan pernah mengesahkan dia dan dua isterinya bakal membawa haluan masing-masing. Untuk rekod, pasangan itu juga dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Uwais Al-Mateen yang kini berusia empat tahun manakala Hana juga mempunyai anak perempuan Afifah Aisyah, 8, hasil perkahwinan terdahulu. PU Abu juga mempunyai tiga cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya dengan Ain Afini. Sumber : OhBulan |
Suchi replied at 13-3-2024 07:35 AM
Ada berapa lagi talak yg ada depa nih?
So skrg ni masih bermadu ke idak eh?
Fly_over replied at 13-3-2024 10:01 AM
si abu ni ckp haritu tgh tunggu pengesahan mahkamah talak 3 dia. amek masa sbb talaknya 3. tau2 terb ...
cik_ingeniare replied at 13-3-2024 10:10 AM
ohmyy talak 3 dah ke? kenapa eh macam main main sangat bab talak bagai ni.. dah lah buat pengumuma ...
kakakgarang: abu da insof since jadi mutawi ...
ADVERTISEMENT