Pelakon Bella Astillah memaklumkan dia akan menjual beberapa jenis kuih raya sepanjang Ramadan tahun ini. Menurut Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, kesemua jenis kuih raya yang dijual merupakan air tangan sendiri dan resepi turun temurun keluarga. "Saya memang suka buat kuih raya sejak kecil jadi tahun ini saya akan bisnes kuih raya. Saya buat semuanya dari air tangan sendiri tetapi mungkin bukan dalam kuantiti yang banyak. "Antara jenis kuih yang saya buat ialah ada red velvet cookies dan batang buruk resipi sendiri yang sangat popular di Sabah dan berbeza seperti batang buruk di sini (Semenanjung)."
Bella berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Absolute Bazaar yang berlangsung di MITEC, baru-baru ini. Sementara itu, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, selain sibuk dengan perniagaan menjual kuih raya, kerjaya seninya tetap berjalan seperti biasa sepanjang bulan Ramadan. "Kerja memang ada tetapi saya pun nak luangkan masa dengan anak. Persiapan raya lagi dan paling takut kalau dilakukan ‘last minute’. Kelam kabut, boleh pening dan demam dibuatnya." Sumber : OhBulan |
dewi_rina replied at 14-3-2024 02:48 PM
Jangan jual harga T20 pulak, org B40 yg banyak support awak! Jangan ikut bff awak si shungai tu, jua ...
Shayang replied at 15-3-2024 10:50 AM
Awal bulan 2 aritu nampak dia g singapore join expo halal kat sana so ada dia bawak biskut2 raya d ...
ADVERTISEMENT