CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Atikah Suhaime Seronok Masak Sahur Untuk 10 Orang - "Seronok Sis Masak Dah Macam Kenduri"

14-3-2024 10:21 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 24563| Komen: 146


Pelakon Datin Atikah Suhaime berkongsi pengalaman bersahur kali pertama dengan keluarga suaminya, Datuk Lokman Teh.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, Atikah memasak pelbagai jenis lauk untuk sepuluh orang bersahur antaranya ayam goreng, telur goreng masak kicap, sayur kubis goreng dan sup tauhu telur.

Menurutnya, keluarga suaminya gemar makan sahur dengan makanan berat manakala berbuka pula dengan makanan ringan.

"Ini kali pertama saya menyambut Ramadhan dengan keluarga yang besar. Suami saya ada enam orang adik-beradik."

"Selalunya keluarga saya makan scrambled eggs saja untuk sahur. Tapi keluarga suami saya suka sahur berat, kalau berbuka ringan-ringan. Terbalik dengan keluarga saya.

"Apapun, meriahnya ramai-ramai macam ni, seronok sis masak dah macam kenduri."


Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen puji masakan Atikah yang meriah seperti lauk berbuka puasa.

"Ni menu sahur ke berbuka ni."

"Banyaknya makan untuk sahur.

"Meriahnya lauk sahur dia. Alhamdulilah syukur rezeki."

Untuk rekod, Atikah dan Lokman mendirikan rumah tangga pada 21 Januari lalu dan menetap di rumah keluarga mentuanya.

Sumber: TikTok @atikahsuhaimeeee/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DottieDot 14-3-2024 10:28 PM
Wei ni antara salah sorang artis Msia/Spore yg sangat sedikit dengan pembawakan yang sangat classy, lembut & sopan je.. Sesuai perwatakkan dengan type muka cantik dia tu..
Patutnya layak dapat level lagi atas dari laki sheols yang sekarang baik dari segi fizikal, rupa dan taraf..
Tapi oklah, apa nak tamak sangat kan.. Level dah Datin Sri kot..
Quote AreYou.69 14-3-2024 10:33 PM
Sorry to ask..mmg dia ni xde bibik or maid ke..
Setiap kali kemas masak cuci rumah semua sendiri..

On top of that buat sales for zaitun..

Demi kelangsungan hidup ye sis
Quote Malammalam 14-3-2024 10:40 PM
Walaupun kawen dgn King of night life ke night club, ibadah wajib tetap diraikan

Ni silap silap family dia kalau kena tebuk ngaji dgn qawiy tu pun lepas semua
Quote sleepandream 14-3-2024 10:49 PM
yeke berbuka ringan2? tapi bengkak sana sini jahhh...
tung suami dpt chef for life yach...
Quote ninajaybee 14-3-2024 10:54 PM
DottieDot replied at 14-3-2024 10:28 PM
Wei ni antara salah sorang artis Msia/Spore yg sangat sedikit dengan pembawakan yang sangat classy,  ...

Kan? Cuma dia silap masa mula2 dulu masuk industri terlibat dgn bad boys. Tapi lepas tu takde dah apa2 kontroversi kan?

Ok tu nampak mcm mentua pun ok je dgn dia. Duduk sesama kalau org2 kaya ni rumah besar siap ada wing wing so taklah jadi hal. Diorang pulak style chinese. Mcm Atikah masak2 gitu mentua pun suka laki suka semua suka. Bukannya susah mana pun surely maid atau maid2 dah sediakan bahan2 apa semua. Kemas2 pun maid.
Quote Malammalam 14-3-2024 10:58 PM
Nak raya ni mertua mohon ajak menantu gi shopping periuk Kuali biar dia belajar Kuali non stick ko jangan memandai nak guna sudip besi

Tahun depan upgrade semua cookware guna cast iron je ok
Quote Mary_jane 14-3-2024 11:03 PM
Awalnya kena bangun nak masak banyak macam ni. Untung cik suami.
Quote caprut 14-3-2024 11:04 PM
DottieDot replied at 14-3-2024 10:28 PM
Wei ni antara salah sorang artis Msia/Spore yg sangat sedikit dengan pembawakan yang sangat classy,  ...

Kaki club juga kan minah ni? Betol ke
Quote caprut 14-3-2024 11:04 PM
ninajaybee replied at 14-3-2024 10:54 PM
Kan? Cuma dia silap masa mula2 dulu masuk industri terlibat dgn bad boys. Tapi lepas tu takde dah  ...

Bukan minah ni keluar msok club ke? Xdela suci mana
Quote DottieDot 14-3-2024 11:06 PM
ninajaybee replied at 14-3-2024 10:54 PM
Kan? Cuma dia silap masa mula2 dulu masuk industri terlibat dgn bad boys. Tapi lepas tu takde dah  ...

Tulaa, nasib laa cuma sekali tu je tapi walaupun satu tu je tapi kontorversi bukan level boring kategori PANASSS kot !!

Btw I x follow sangat dia ni, memang genuine ke FIL terima/sayang dia.. Ada level macam Nora waktu dengan family Jejai dulu ke? Pastu dia dah x jadi vegetarian lagi ek??
Quote Incanto 14-3-2024 11:06 PM
tikoh ni masak pagi buta dgn bare face pun nampak cantik

natural beauty
Quote syamzana 14-3-2024 11:22 PM
Incanto replied at 14-3-2024 11:06 PM
tikoh ni masak pagi buta dgn bare face pun nampak cantik

natural beauty


baru nak komen pagi buta bangun tido pun muka comel.
kalau iols kene masak byk2 gitu mau muncung sampai ke tingkap depan dapur. lauk tatau rasa apa
Quote oggy 14-3-2024 11:23 PM
Incanto replied at 14-3-2024 11:06 PM
tikoh ni masak pagi buta dgn bare face pun nampak cantik

natural beauty

Itulah, comel je walaupun rambut tu rasa nak tolong ikatkan. Kira nasib baik jugak masak untuk sahur, sebab boleh rasa sedap ke tak, penat pun boleh teguk2 air. Kalau masak untuk berbuka banyak2 macam tu penat weh.
Quote Sunkiss8999 14-3-2024 11:29 PM
Ok la ada thread pasal tika ni..relieve sket dari thread kutik, kemut dan kemek..hehe..
Quote ninajaybee 14-3-2024 11:34 PM
DottieDot replied at 14-3-2024 11:06 PM
Tulaa, nasib laa cuma sekali tu je tapi walaupun satu tu je tapi kontorversi bukan level boring ka ...

xtaulah you. I pun xfollow dia tp iols tgk video dia kahwin.  Dgn video raya cina.
Quote ninajaybee 14-3-2024 11:36 PM
caprut replied at 14-3-2024 11:04 PM
Bukan minah ni keluar msok club ke? Xdela suci mana

Siapa ckp dia suci? I hanya kata satu tu je lah hal dia buat lepas tu tak dgr apa hal tak elok lagi.
Quote Frangapini 14-3-2024 11:48 PM
Sweet nya muka dia, x jemu pandang. Lemah lembut
Quote anony-mous 15-3-2024 12:06 AM
DottieDot replied at 14-3-2024 10:28 PM
Wei ni antara salah sorang artis Msia/Spore yg sangat sedikit dengan pembawakan yang sangat classy,  ...

Classy tu skrg. Mcm faz jgk. After so many bad controversy, bila pilih utk berubah, org akn nmpk jgk. I rasa as long as xde gosip sondol laki org, shud be ok?
Quote mawarika 15-3-2024 12:11 AM
Rajinnya dia ni masak.. aku pepagi buta mcm tu otak tepu tak kuasa nak masak.. goreng Telur tu ibarat satu benda besar yg menyusahkan hidup. Dia ni baru kawin dah rajin masak utk family mertua.

Lihat semua komen(146)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.040220 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top