|
Oleh : Fyruz Hanna Berhutang ni merupakan penyakit barah dalam diam. Ada yang tak tahu mengawal nafsu sehingga sanggup untuk berhutang demi memenuhi keinginan sendiri. Apabila hutang meningkat, kepala mula la pening dan muncung memikirkan untuk melunaskan hutang. Untuk menyesal setelah semuanya berlaku tak guna. Jadi adakah anda seorang yang gemar berhutang tapi tak pernah perasan, semak ciri-ciri ini ada tak pada anda:
1. Tak selesa orang lain lebih dari diri sendiri Biasa tak, anda membeli sesuatu barang itu hanya kerana anda resah orang lain juga ada barang tersebut? Fikir dahulu poket... jika tak berguna, janganlah beli. 2. Belanja lebih daripada gaji Anda sebenarnya seorang tukang mop je. Tapi setiap malam anda makan di restoran mahal, hujung minggu pula anda keluar bershopping. Mana dapat duit jika tidak berHUTANG??!! 3. Tak boleh tengok produk baru Memang jenis cacing kepanasan. Apa sahaja produk baru dipasaran, anda harus dapatkannya sebelum orang lain. Padahal anda tak perlu pun barang tersebut. Motif! 4. Bank Simpanan = RM0.00 Pakaian dan cara belanja memang sukar nak percaya anda tak punya simpanan sehinggakan anda dikejar oleh pihak bank. 5. Tak ada diari kewangan Bagi mereka yang pandai menguruskan wang,pastinya mereka akan buat catatan aliran keluar wang. Tapi bila tanya anda, terpinga-pinga seperti baru dengar perkataan baru. Sengsara sangat! -CARI Infonet. |
|
26
![]() Bagus |
15
![]() Marah |
25
![]() Terkejut |
12
![]() Sedih |
17
![]() Lawak |
20
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity




ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.121982 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.