sumber foto: Mstar Online Kemaskini : 13 Disember 2015, 12.03am Sabtu malam kemarin, pasukan Selangor berjaya menambah rekod kejuaraan ke-33 Piala Malaysia dengan menjulang trofi berprestij bola sepak tahun ini apabila menewaskan Kedah 2-0 pada aksi akhir di Stadium Shah Alam.
Perlawanan ini merupakan aksi ulangan di pentas akhir tujuh tahun lalu yang manyaksikan ketika itu Kedah menewaskan Selangor 3-2 di Stadium Bukit Jalil. Ahmad Hazwan yang dipilih sebagai Pemain Terbaik di gelanggang sendiri ini mencatat rekod menjadi pemain tempatan pertama yang berjaya melakukan hatrik selepas tahun 1990. Tahniah buat pasukan 'TheRedGiant' dan syabas bagi Ahmad Hazwan! Sementara itu, memetik berita terkini Sinar Online, Menteri Besar Selangor mengumumkan cuti peristiwa pada hari Isnin iaitu 14hb Disember 2015 berikutan kejayaan pasukan bolasepak Selangor. - CARI Infonet ---------------------------------------------------------------------------------------------- Oleh Izzah Abbasy Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2015 akan menyaksikan kehebatan pasukan bola sepak Selangor dan Kedah pada malam ini. Sekaligus menentukan juara bagi Piala Malaysia 2015. Helang Merah (Kedah) akan melawan Gergasi Merah (Selangor) di Stadium Shah Alam jam 9.00 malam. Siapakah pasukan pilihan anda? #TheRedGiant atau #PulunKedahPulun. - CARI Infonet
|
11
Bagus |
11
Marah |
22
Terkejut |
27
Sedih |
15
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
boyagombak replied at 12-12-2015 08:57 PM
Tapi boya mntk Selenger menang psl ada chan dpt cuti peristiwa. Kedah menang x dpt tumpang cuti
TuntungReturn replied at 12-12-2015 09:01 PM
kedah vs selangor
ADVERTISEMENT