CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

13 Rahsia Lelaki Yang Patut Wanita Tahu

15-12-2015 11:54 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4738| Komen: 0


Oleh : Dean BZ



Lelaki sememangnya sukar di mengerti kerana kebiasaannya lelaki lebih pendiam, sedikit ego dan "cool" berbanding wanita. 

Sebagai satu contoh, jika wanita bergaduh dengan sesiapa akan mengambil masa yang lama untuk berdamai, lain pula halnya dengan lelaki yang tidak suka memikirkan hal-hal remeh dari terus berpanjangan. Namun sekali bergaduh, biasanya penumbuk dan kaki pasti hinggap dimuka. hehe

Banyak rahsia lelaki yang mungkin wanita tidak tahu dan cuba faham. Tak mengapa, disini ada rahsia yang mungkin dapat membantu anda untuk lebih mengenali siapakah insan yang bergelar "LELAKI".

Foto : gallerianews.com


Berikut ini  adalah rahsia  yang dimiliki seorang lelaki yang dipetik dari wom.my :


#1. TIDAK BERTERUS TERANG
Secara genetik, lelaki tidak dibentuk untuk petah bercakap seperti perempuan. Menurut seorang pakar, perempuan boleh mengeluarkan antara enam hingga lapan ribu perkataan sehari. Sementara lelaki rata-rata berkata-berkata antara dua hingga empat ribu patah perkataan sahaja.


#2. HANYA KERANA HOBI
Disebabkan di sebelah kanan otak lelaki mempunyai bahagian yang tidak dimiliki oleh kebanyakan wanita, seperti untuk mengukur sudut pandang (angle), kecepatan dan jarak, lelaki sanggup tidak tidur malam semata-mata kerana hobinya.


#3. SANGGUP MENGHABISKAN DUIT
Ini kerana peralatan elektronik atau aksesori kereta boleh dikatakan sebagai alat permainan lelaki dewasa. Bagi lelaki, benda tiga dimensi terlihat lebih menarik dan mensimulasikan Visual Spatial Awareness atau VSA otak mereka.



#4. LELAKI JARANG BERGOSIP
Sebenarnya lelaki juga bergosip. Tapi, cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada seseorang yang hendak digosipkan berada berhampiran kamu. Kalau mereka punya masalah dengan seseorang, biasanya mereka akan mendiamkan diri atau melupakannya sahaja.


#5. SELALU ‘MENGAGUNGKAN’ IBU MEREKA
Bagi lelaki, ibu mereka adalah wanita ideal dan inti dari hidup mereka. Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya, bagaimana ayah mereka melindungi ibu.


#6. PELBAGAI KOLEKSI PERIBADI
Suka mengumpul barang-barang seperti komik, jam tangan, CD, seluar denim dan sebagainya. Dia sanggup mencari barangan ini walaupun sukar untuk mendapatkannya.


#7. SUKA MELIHAT PEREMPUAN SEKSI
Lelaki memang suka melihat perempuan seksi tetapi dia tidak suka jika teman wanitanya berpakaian seksi dan menjadi perhatian lelaki lain.


#8. YANG SELALU BERFIKIRAN POSITIF
Wanita yang selalu ceria ketika berjumpa kekasih hatinya mampu membuat suasana di setiap pertemuan menjadi lebih berkesan. Meskipun anda bukan dalam kategori wanita terlalu cantik, namun anda tetap dianggap sebagai sesuatu yang paling bermakna dalam hidupnya.


#9. YANG FLEKSIBEL
Lelaki paling tidak suka dengan wanita yang keras kepala dan mementingkan dirinya sendiri. Lelaki bukan sekadar mahu dihormati, tetapi mereka memang menyampah dengan wanita yang tidak kisah dengan perasaan orang lain.


#10. YANG JUJUR, SEDERHANA & SETIA
Lelaki selesa berada di sisi wanita yang jujur dan setia dalam perhubungan. Mereka amat menghormati wanita yang tidak berpura-pura dan menjadi seadanya diri sendiri. Lelaki akan lebih terpesona pada wanita yang bersikap wajar, serta pandai menyatakan apa yang ada dalam fikirannya tanpa ‘perasan bagus’.


#11. YANG SUKA BERJIMAT-CERMAT
Lelaki paling tidak suka dengan wanita yang boros. Mereka menyenangi wanita yang pandai dan bijak menentukan perbelanjaan.


#12. YANG BERBUDI BAHASA & BAIK HATI
Hampir semua lelaki menyenangi wanita yang berbudi bahasa dan baik hati. Bagi mereka, itu lebih berharga daripada material. Lelaki berasa kagum pada wanita yang menunjukkan perhatian dan sikap peduli pada hubungan mereka.


#13. YANG BIJAK
Kebijaksanaan ibarat pancaran cahaya yang memukau sesiapa sahaja. Wanita jenis ini memiliki kuasa magnet yang kuat untuk menebar pesona. Keperibadian wanita sebegini sering menarik ramai lelaki untuk mendekatinya.

 
Sejauh manakah anda mengenali pasangan anda?  - CARI Infonet.



15

Bagus
15

Marah
25

Terkejut
22

Sedih
19

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (108 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.137639 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top