CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai cadang pemain bola ‘pasang’ bodyguard - "Semuanya ‘target’ pemain Malaysia"

6-5-2024 08:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9579| Komen: 11

Description: PETALING JAYA – Peminat sukan bola sepak Malaysia mencadangkan supaya para pemainnya menggunakan khidmat pengawal peribadi susulan kejadian menimpa bintang Selangor FC dan skuad kebangsaan, Faisal Ha ...

PETALING JAYA – Peminat sukan bola sepak Malaysia mencadangkan supaya para pemainnya menggunakan khidmat pengawal peribadi susulan kejadian menimpa bintang Selangor FC dan skuad kebangsaan, Faisal Halim serta pemain Terengganu FC (TFC), Muhammad Akhyar Abdul Rashid.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, orang ramai mencadangkan perkhidmatan tersebut digunakan sama seperti yang digunakan oleh pemain bola sepak di luar negara.

“Lepas Akhyar sekarang Faisal Halim. Apa toksik sangat komuniti bola sepak Malaysia. Padanlah pemain bola sepak luar negara pasang bodyguard,” kata seorang pengguna aplikasi X.

“Semoga polis dapat tangkap si pelaku secepat mungkin. Semuanya ‘target’ pemain Malaysia. Semoga ‘player’ yang lain berhati-hati dan seharusnya ada ‘bodyguard’. Selepas Akhyar Rasyid dan kini Faisal Halim pula jadi mangsa. Allahuakbar,” kata seorang pengguna Facebook.


“Dia orang sasar bintang-bintang belaka ni. Harap lepas ni pasang bodyguard siap-siap,” komen seorang lagi pengguna Facebook.

Kosmo! melaporkan, pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim dilaporkan menjadi mangsa simbah asid dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah sekitar Petaling Jaya, di sini hari ini.

Beberapa hari lalu, Muhammad Akhyar cedera dipukul dengan sebatang besi boleh laras oleh dua lelaki dalam kejadian bermotifkan samun di bawah sebuah apartmen didiaminya di Kuala Terengganu, Terengganu. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 6-5-2024 08:28 AM
Depa Ada hutang along ka?
Quote slyfynx 6-5-2024 09:35 AM
Org lain ade jadi target jugak.
Cuma a nobody kan.
Xde sape nk buat artikel
Quote salimrock 6-5-2024 10:49 AM
shernazz replied at 6-5-2024 08:28 AM
Depa Ada hutang along ka?

akyar sebab kena rompak,

skrg tunggu apa sebab mickey kena simbah asid, simbah asid ni

kalo takat utang along mesti kena simbah cat dulu
Quote KamikuP 6-5-2024 12:59 PM
Sedih situasi bola dan pemain bolasepak tanah air.. dah le gaji byk tertunggak ni kene bala kena samun dgn simbah asid.. ada bookie ke yg suruh? huhuhu takutnyue
Quote SWORKS27 6-5-2024 02:04 PM
maybe perlu buat masa ni....
Quote shernazz 6-5-2024 04:07 PM
salimrock replied at 6-5-2024 10:49 AM
akyar sebab kena rompak,

skrg tunggu apa sebab mickey kena simbah asid, simbah asid ni

Kang sapa plak kena lepas ni kan

Takut pulak
Quote salimrock 6-5-2024 04:25 PM
shernazz replied at 6-5-2024 04:07 PM
Kang sapa plak kena lepas ni kan

Takut pulak

harap2 cukup la setakat ini...

Quote batmana 6-5-2024 05:07 PM
Ni semua kebetulan..bkn target pemain pun.
Keje polis 24jam Kene target..Kene psg bodyguard juga ke
Quote matamata 6-5-2024 05:16 PM
Bookie kot
Quote KucaiHijau 6-5-2024 06:04 PM
matamata replied at 6-5-2024 05:16 PM
Bookie kot

Seram nye
Quote haruslah 6-5-2024 06:06 PM
Bookie sbb seri dgn korea?

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.061170 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top