Oleh Adib ZA Terkenal dengan melakonkan watak bahaya, rupanya ia bukan pengalaman yang mudah sebenarnya bagi Leonardo DeCaprio.
Malah, dia mendedahkan seringkali berhadapan dengan peristiwa yang boleh meragut keselamatan, bahkan nyawanya! Baru-baru ini, Leonardo berkongsi kisah bagaimana dia terselamat daripada rentetan peristiwa mengerikan dan bagaimana dia selamat. Antaranya, serangan jerung putih di Afrika Selatan, kebakaran pesawat di bahagian sayap ketika perjalanan menuju ke Rusia, payung terjun tak berfungsi dan sebagainya. "Jerung itu tidak sengaja termasuk dalam kurungan yang melindungi saya. Ketika itu saya sedang melepaskan ikan tuna. "Ikan itu hanya beberapa meter sahaja dari kepala saya dan orang-orang yang turut berada di kurungan itu juga cemas kerana ia adalah pertama kali berlaku," ujarnya.
Manakala, kisahnya ngerinya dengan payung terjun yang rosak, Ketika itu saya hanya fikir mati dan ajal sudah sampai. Kami ada dua payung terjun tetapi kedua-duanya tidak keluar kerana tersangkut. "Namun bila benar-benar sudah hampir, payung tersebut terbuka dan menyelamatkan nyawa kami," ceritanya. - CARI Infonet Baca selanjutnya: Mstar Online (sumber foto: carian Google)
|
17
Bagus |
15
Marah |
17
Terkejut |
18
Sedih |
19
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT