Oleh : Dean BZ Keindahan dan kedamaian yang terdapat di Pulau Kapas amat sesuai dijadikan destinasi percutian bersama keluarga tersayang. Nama pulau ini mungkin asing bagi pengunjung dari luar negeri Terengganu kerana pulau ini tidaklah popular seperti Pulau Redang mahupun Pulau Perhentian. Namun, pulau ini memiliki keindahan tersendiri yang mungkin ramai masih belum tahu.
Pulau Kapas terletak di daerah Marang, Kuala Terengganu. Jarak perjalanan ke Pulau Kapas dari Jeti Marang hanya 6 km. Perjalanan menaiki bot ekspress memakan masa selama 20 minit sahaja. Disini terdapat pelbagai jenis chalet disediakan dan harga juga berpatutan. Apa yang menarik tentang pulau ini, pengunjung pasti teruja menikmati panorama yang amat mengasyikkan. Kejernihan air dan pantai yang bersih, ditambah pula dengan hidupan batu karang yang terpelihara pastinya menjanjikan satu kepuasan buat pengunjung.
Disamping dapat mandi manda, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti snorkling, scuba diving dan juga aktiviti berkayak. Jom kita lihat gambar-gambar menarik di sekitar Pulau Kapas : Foto : jonesaroundtheworld.com Foto : mdmarang.gov.my Foto : chaletandresortpulaukapas.blogspot.com Foto : chaletandresortpulaukapas.blogspot.com Foto : photos.travelblog.org Foto : guidegecko.com Pendek kata, pengunjung tidak akan menyesal berkunjung ke pulau ini. Jom boh, ke Ganu kite. - CARI Infonet. |
33
Bagus |
25
Marah |
34
Terkejut |
19
Sedih |
45
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Ferr_Remy replied at 16-12-2015 04:52 PM
Aq pnh pg Lima taun yg lalu, mmg cantik. Personally lagi cantik dari Redang. Very underrated
chacon replied at 16-12-2015 06:06 PM
kenapa nama dia pulau kapas. cuba cerita
qronaldo7 replied at 18-12-2015 12:12 PM
biar betiq?? lagi cun dr redang ke?
chacon replied at 18-12-2015 06:22 PM
mudahnya dapat nama... pulau lain pun patut nama pulau kapas jugak la aku rasa
ADVERTISEMENT