CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Mudah Aje Memujuk Anak Makan Sayur!

16-12-2015 05:26 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4270| Komen: 2



Oleh : TS LOO


Bagi ibu-bapa yang mempunyai anak yang tidak gemar langsung makan sayur-sayuran, memang jadi satu mencabar untuk memastikan mereka mamhami makan sayur-sayuran adalah baik untuk kesihatan dan tumbesaran. Jadi sebagai ibu-bapa kita perlu lebih kreatif untuk menjadikan sayur-sayuran seenak jajan yang mereka makan. 



sumber foto: https://suchpoeticjustice.files.wordpress.com

1. Masak bersama anak-anak. Beri anak anda peluang untuk melihat dan membantu anda memasak di dapur. Minta bantuannya 'mengoyak' kecil-kecil daun salad untuk dimakan segar atau beri peluang menghiris sayuran seperti lobak untuk membuat sup. Anak-anak akan merasa mereka mengambil beberapa bahagian dalam penyediaan menu, maka peluang untuk merasa adalah tinggi.


 

sumber foto: https://www.google.com/

2. Berkebun bersama. Bercucuk tanam bersama-sama anak akan menjadi satu aktiviti yang sangat menarik. Anda akan mula perasaan minat anak yang semakin cenderung untuk menanam sayur-sayuran. Ambil kesempatan ini dengan menceritakan khasiat sayur-sayuran ini dan cara masakan sayuran yang menyedapkan.

 

sumber foto: http://www.rbacademy.org/

3. Membeli-belah bersama. Ubah pemikiran bahawa membawa akan-anak ke pasar adalah perkara remeh. Anda perlu mengajak anak-anak untuk memberi mereka peluang memilih sayur apa yang mahu mereka rasa. Beri anak-anak minat untuk memilih dan membeli sendiri sayur-sayuran. Sekembalinya ke rumah, percayalah mereka akan teruja untuk makan hasil pilihan mereka.

 

4. Sedia hirisan buah dan sayuran atas pinggan. Ada hari-hari tertentu anak anda mahukan makanan ringan sekadar untuk menonton televisyen dan ketika lapar setelah balik sekolah atau sebelum tidur. Daripada memberi mereka makanan ringan yang kurang khasiat, anda perlu sediakan buah yang telah dipotong dan salad sayur yang dicampur dengan beberapa buah-buahan kegemarannya siap-siap di dalam peti ais.

 

5. Cipta resepi baru. Anda boleh mencipta resepi kegemarannya tetapi campur sedikit sayuran hijau ke dalam menu. Sebagai contoh, anda boleh meletakkan brokoli atau cendawan di nasi yang dibakar bersama sos berkrim dan keju. Selain itu, anda boleh memasukkan sayur sawi dan lobak merah yang dipotong halus ke dalam sup bebola ayam kegemaran anak anda.

 

sumber foto: http://activatesport.co.uk/

6. Menu berwarna-warni. Anda boleh rangsang minat anak dengan menghasilkan minuman berunsurkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang pelbagai warna. Anda boleh menyembunyikan sayur-sayuran di sebalik jus buah-buahan dengan mencampurkannya dengan minuman kegemaran mereka seperti yogurt. Mana mungkin mereka sedar di dalam ada daun saderi mahupun lobak!

 

sumber foto: https://www.google.com

Jangan biarkan anak membuang atau mengasing sayur-sayuran di dalam menu mereka. Jika dibiarkan, sikap ini akan terbawa-bawa sehingga dewasa malah menu yang diambil kurang keseimbangan dari segi khasiat dan zat. 



Kita juga perlu menjadi ibu paling kreatif untuk tumbesaran anak-anak. Mungkin si suami juga berminat dengan resepi baru yang kita hasilkan!
30

Bagus
23

Marah
23

Terkejut
39

Sedih
33

Lawak
37

Bosan

Friends Rank (185 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Vellfire 17-12-2015 10:56 AM
anak2 mmg x suka makan sayur
tapi kalo buat sandwich letak salad, tomato dll baru dorang makan
Quote DARSITA 20-12-2015 05:11 PM

Senang jer maa ~ dari kecik ajar makan sayur. Sayur tu bagi first ~ dont give up. Bila sayur dah habis di makan baru bagi solid food mcm bubur nasi.

Perkenalkan anak dgn sayur spt carrot, bayam, labu dan buahan spt apple, strawberry, avocado

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.059924 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top