Pelakon dan usahawan, Lana Nodin berkongsi momen istimewa mengenai suami, Daud Mckenzie dan anak-anaknya sedang mengaji Iqra di bawah bimbingan guru yang dijemput ke rumah mereka. Lana menerusi hantaran di Instagram, turut menitipkan doa agar dia sekeluarga diberikan hidayah serta sentiasa beristiqamah kepadaNya. “Mi familia. Alhamdulillah, doakan suami dan anak-anak saya rajin dan selalu terbuka hati dekatNya serta doakan saya sendiri mendapat hidayah dan terus beristiqamah kepadaNya.”-tulis Lana di Instagram Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen meluahkan rasa teruja melihat keluarga ini mahu belajar mengaji, malah ramai yang mendoakan agar Lana sekeluarga sentiasa dirahmati dan dipermudahkan segala urusan. “Ya Allah, Kau berikan keberkatan dan lancar kepada keluarga ini yang berusaha mencari huruf-huruf kalam Mu. Aaminn.”
“Saya doakan semua ahli keluarga Lana boleh membaca Al-Quan dengan baik dan lancar. Alhamdulillah.” “MasyaAllah, Alhamdulillah. Semoga keluarga Lana istiqamah menuju ke jalan yang diredhai Allah. Berkampunglah kalian di syurga kelak, InsyaAllah..Amin..”
|
ADVERTISEMENT