CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isytihar Bebas Tol Menjelang Plihanraya Negeri Sarawak

17-12-2015 11:31 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 4200| Komen: 12

Oleh Izzah Abbasy

Bermula 1 Januari tahun depan Sarawak diumumkan bebas tol dengan pemansuhan tol di Jambatan Tun Salahuddin di Kuching.



Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berkata, pihaknya sudah berbincang dengan syarikat pengurusan tol dan mereka bersetuju menerima permintaan untuk memansuhkan tol atas dasar mengurangkan beban rakyat.



Menurut Adenan, hasil perbincangan, syarikat itu juga bersetuju (pemansuhan tol) tidak membabitkan sebarang pampasan.

Sebelum ini, kerajaan negeri juga sudah memansuhkan bayaran tol di Jambatan Lanang di Sibu yang berkuatkuasa 25 Mei lalu.

Satu lagi tol di Jambatan ASEAN turut dimansuhkan pada 1 Jun lalu, serentak dengan sambutan Hari Gawai Dayak. - CARI Infonet

30

Bagus
9

Marah
13

Terkejut
11

Sedih
9

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kudajantan77 17-12-2015 01:49 AM
Hidup Tok Nan...Hidup Najib...kami penyumpit2 babi di Sarawak berikrar akan terus memastikan kemenangan Barisan Nasional.
Quote tomet05 17-12-2015 10:03 AM
berapa la dia bayar pampasan kat komeni konsesi tuh kan
Quote Bedah.Cun 17-12-2015 10:26 AM
Kau caye lar penipu UMNO tue... Sume penipu jer pukimak kauuu laaaaa!
Quote zach2008 17-12-2015 10:29 AM
TOL sarawak kat jembatan. Sblm ni dah byk jugak TOL dimansuhkan... Lanang, ASEAN Bridge.
Cuma yg tiada pampasan tu je la... kalau betul bagus. Jgn ada yg terselindung.
Kalau Tok Nan ikut stail najib senang je nak kekalkan TOL malah boleh naikkan. Cakap je, perjanjian TOL tu saya warisi dari pemimpin terdahulu
Quote dodolgemok 17-12-2015 10:30 AM
Langkah yg bagus tpi adenan tetap gigih menyokong najib. Kesimpulannya pergi mampus jua
Quote kemaruk 17-12-2015 10:32 AM
boleh la guna duit lebih tu buat beli langkau cap padi dan tuak cap orang kawen
Quote qronaldo7 17-12-2015 12:33 PM
semenanjung bila nak ikut
Quote ctaz 17-12-2015 01:01 PM
bila si munafik berjanji....
kompom lepas ni rakyat serawak kena sembelih........
Quote HibinoSama 17-12-2015 01:05 PM
Ala..penang and selangor msih byk tol..
So jgn la marah bila sarawak bebas tol
Quote arc_heroes 17-12-2015 05:55 PM
Hahah kt semenanjung bile lg nk mansuh tol tu..oh sy tlupa..tun m dah ade pjanjian n konsesi2 ni..hadap jela...kahkahkah
Quote devilito2 18-12-2015 12:02 PM
tiada pampasan???? betulkah???
Quote R2D2 2-1-2016 10:22 AM

Sarawak negeri bebas tol pertama di Malaysia
02 Januari 2016


KUCHING 1 Jan. - Hujan sejak awal pagi tidak memadamkan kemeriahan sambutan tahun baharu dan pengiraan detik 12 malam sekali gus turut menyaksikan negeri ini bebas daripada sebarang tol.

Lebih 13,000 penduduk dari sekitar bandar ini hadir seawal pu­kul 8 malam sehingga ambang tahun baharu.

Sambutan tahun baharu kali ini cukup signifikan apabila menyaksikan pemansuhan tol Jambatan Tun Datuk Patinggi Abang Mohammad Salahuddin, menjadikan Sarawak sebagai negeri bebas tol yang pertama di Malaysia.

Dalam ucapannya, Ketua Men­teri, Tan Sri Adenan Satem berkata, tiga janji beliau kepada rakyat untuk memansuhkan tiga tol di negeri ini telah ditunaikan.

“Selagi Adenan menjadi Ketua Menteri, tiada tol, itu janji saya.

“Lebuh Raya Pan Borneo yang akan dibina kira-kira 1,000 kilometer di negeri ini juga tiada tol yang mendapat jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri,” katanya disambut tepukan gemuruh orang ramai yang turut hadir dalam majlis tersebut di Jambatan Tun Datuk Patinggi Abang Mohammad Salahuddin di sini malam tadi.

Tambah Adenan, beliau ju­ga akan terus menuntut hak Sa­rawak seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bagi man­faat rakyat dan negeri.

“Kita lebih mengetahui apa yang terbaik buat negeri ini. Saya juga dapat persetujuan UMNO untuk tidak masuk ke Sarawak dan jika parti itu tidak masuk, begitu juga parti-parti lain dari Semenanjung seperti DAP, PKR dan Pas,” ujarnya.

Tol enam laluan dua hala itu yang merentasi Sungai Sarawak mula beroperasi pada Oktober 2003 dengan konsesi dijadual tamat pada 30 September 2036.

Bagaimanapun, hasil beberapa siri perbincangan kerajaan negeri dipimpin Adenan bersama syarikat konsesi, Zecon Toll Concessionaire Sdn. Bhd. membuahkan hasil setelah mereka bersetuju memansuhkan kutipan tol bermula hari ini.

Selain jambatan itu, peman­suhan tol juga membabitkan Jam­batan Lanang di Sibu (Mei lalu) dan Jambatan ASEAN di Baram, Miri pada Jun lalu.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-9-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.109049 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top