CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Semakin Ramai Rakyat Terbeban, Buat Dua Kerja Satu Masa?

18-12-2015 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10637| Komen: 62

Oleh Adib ZA

Melalui laporan akhbar Sinar Harian, didapati semakin ramai rakyat negara ini yang terpaksa buat dua kerja dalam satu masa. 


Ini terutamanya bagi mereka yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Gaji yang diterima setiap bulan bukan lagi punca utama pendapatan mereka. Sebaliknya dengan adanya kerja sampingan ia mampu menutup kelompangan kewangan mereka.

Rata-rata yang ditemui berkongsi pengalaman mereka bekerja sampingan. 

Bagi Muhammad Firdaus Radzi misalnya memberitahu sejak tinggal di Kuala Lumpur dua tahun lalu, dia terpaksa membuka perniagaan menjual burger selepas waktu bekerja. 

(Sumber foto: Carian google)

Meskipun penat, namun ia sedikit sebanyak dapat membantu kewangannya yang hanya bekerja sebagai kerani yang bergaji RM1,700 sebulan. 


Manakala, bagi Siti Nur Aishah Mohamad, menjalankan perniagaan butik online bagi menampung perbelanjaan harian yang semakin meningkat. - CARI Infonet


Baca selanjutnya: Sinar Harian
17

Bagus
15

Marah
21

Terkejut
12

Sedih
30

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 18-12-2015 08:39 AM
ARTIKEL TERDAHULU


Kami sudah cukup sudah terbeban
Wartawan Sinar Harian
                                                                 16 Disember 2015                                 


                                                            - Sekadar gambar hiasan.



                                                                                                                                                                          SHAH ALAM – Bebanan jelas dirasai rakyat terutama yang tinggal di bandar-bandar besar akibat peningkatan kos sara hidup.

        Menggunakan kenderaan perlu isi petrol, melalui lebuh raya dikenakan tol mahal dan jika ingin mengelakkan kedua-duanya, terpaksa naik perkhidmatan awam yang turut dinaikkan tambang.

        Pendek kata semuanya menelan belanja yang mahal dan tahun ini peningkatannya sangat dirasai.

        Bagi pekerja swasta, Masyitah Abu Bakar, 23, dia terpaksa mencatu perbelanjaannya bulanan bagi memastikan pendapatannya cukup sehingga gaji seterusnya.

        Menurutnya yang tinggal di Shah Alam dan bekerja di Kuala Lumpur itu, terpaksa berulang alik dari rumah ke pejabat setiap hari.
“Untuk elakkan kesesakan, saya perlu melalui beberapa lebuh raya bertol daripada Shah Alam yang menelan belanja sekitar RM12 untuk dua hala. Untuk setiap bulan, saya perlu membelanjakan RM240 untuk tol tidak termasuk petrol.

“Jika ditolak kos tol dan sebagainya, pendapatan saya sekitar RM2,500 hanya cukup-cukup makan sebulan. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana mereka yang bergaji lebih kecil daripada saya meneruskan kelangsungan hidup di Kuala Lumpur,” katanya.

        Sementara itu, pensyarah, Mohd Nazrin Nordin, 26, menyifatkan peningkatan kos sara hidup memberikan kesan besar terhadap dirinya.

        Baharu sahaja mendirikan rumah tangga sekitar  tiga bulan, beliau mengakui ‘terasa’ dengan pelbagai kenaikan harga yang sedang berlaku.

“Nak beli rumah masih belum mampu. Sewa rumah pun sudah RM1,000. Mahu tidak mahu terpaksa tambah komitmen seperti ansuran kereta dan perbelanjaan lain. Pergi beli barang dapur contohnya. Sekali beli dah mencecah RM300.

“Dah ada anak nanti perbelanjaan akan meningkat. Saya yakin dengan rezeki. Ramai orang kata rezeki untuk anak sentiasa ada. Tetapi realitinya kos sara hidup sentiasa meningkat dan membebankan rakyat,” katanya.

        Daniel Shah Ahmad, 25, pula mengharapkan agar tiada kenaikan lagi dilakukan kerajaan dalam masa terdekat.

        Katanya, kerajaan perlu membiarkan rakyat menyesuaikan diri terlebih dahulu dengan semua kenaikan tidak timbul tekanan.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/kami-sudah-cukup-sudah-terbeban-1.462538


Quote mikasa 18-12-2015 08:42 AM
harap kerajaan jgn perketat sgt syarat utk legalkan Uber dan GC...jadi boleh laa rakyat yg terdesak cari duit tambahan dengan aset yg diorg ada
Quote qronaldo7 18-12-2015 08:43 AM
Siapa duk KL, kete baru leh la bawak uber

yg lain tuh kena cut cost mana2..

kurangkan makan tmpt2 mhl.

minum air kosong jek
Quote gaara_X 18-12-2015 08:46 AM
entah laa......apo nak jadi
Quote gekkou 18-12-2015 08:49 AM
yang single pun terasa kenaikan harga ni
kalau dulu dapatlah simpan lebih sikit
skang ni......

apatah lagi yang dah berkeluarga
Quote dino 18-12-2015 08:52 AM
selain uber & grabcar utk tmbh pndptn..... ade cara baru ni.....

http://www.ezycourier.com/en/

klau uber hantar org ni anto brg..... korg yg berminat bleh p mid valley ada MITE... 24-27 bln nih..... motif nama promo kjp....   

ni nak bgtau cara tmbh pndpt..... mohon yg join uber tu moh la join ezycourier skali ek....  
Quote GhostWalking 18-12-2015 08:55 AM
Pokai, Ramai Bergelut Mengimbangkan Perbelanjaan     
Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2015 2:27 PM


                                               (Ubah saiz teks)         

DEMI memiliki kereta yang nampak hebat, Leong (bukan nama sebenar) membuat pinjaman RM10,000 daripada peminjam wang untuk mengubah suai keretanya. Sekalipun, ketika itu dia sebenarnya menganggur.

Keretanya itu disaluti cat berkilat, enjin berkuasa tinggi dan sistem bunyi yang hebat.

Malangnya, keluarga Leong pula yang terbeban kerana terpaksa membayar pinjaman berkenaan.

Semuanya gara-gara pemuda berusia 27 tahun itu tidak mampu untuk membayar balik pinjamannya dan kini, disebabkan tindakannya yang terburu-buru, boros dan terlalu mengikut kehendak hati, ahli keluarganya terpaksa membuat bayaran atau berdepan kemarahan peminjam wang terbabit.


Abang sulung Leong, yang mahu dikenali sebagai King, 30, berkata keadaan itu menyukarkannya untuk membuat simpanan masa depan kerana pendapatannya terpaksa digunakan bagi membantu membayar hutang adiknya.

"Ia alasan yang bodoh. Dia hidup di luar kemampuannya. Dia fikir dia boleh mendapatkan kembali duit dengan menyertai lumba haram, tetapi dia gagal," kata King yang juga pensyarah.

King berkata, walaupun setakat ini keluarganya dapat bertahan, ada kalanya mereka bergelut dengan masalah kewangan terhad.

"Saya menghabiskan RM1,500 untuk sewa, RM700 bagi bayaran balik pinjaman kereta, RM700 untuk minyak dan kira-kira RM400 bagi bil internet serta telefon bimbit.

"Selain itu, saya terpaksa membayar hutang along ini," katanya.

Kisah mengenai King dan Leong menyedihkan, tetapi itulah hakikatnya dan pada masa ini, kejadian seumpama itu banyak terjadi serta kerap didengar.

Walaupun sebabnya mungkin berbeza-beza, masih ramai rakyat Malaysia yang membiarkan diri mereka dibelenggu bebanan hutang yang tinggi. Dan kebanyakan mereka kemudian mendapati diri mereka `terjerat’ selepas mengambil jalan singkat untuk membuat pinjaman wang daripada along.
Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, kes membabitkan pinjaman along yang dikendalikannya kini semakin meningkat sejak dua tahun lalu.
Malah, katanya, angka pinjaman yang dibuat juga dilihat semakin besar.
Pada 2013, Bironya menerima 576 kes, membabitkan jumlah pinjaman sebanyak RM45.5 juta. Jumlah itu semakin meningkat kepada 609 kes membabitkan jumlah pinjaman RM92.175 juta, tahun lalu.

"Tahun ini, saya mengendalikan 516 kes, dengan jumlah pinjaman kepada RM67 juta, sehingga kini. Kebanyakan mereka terbabit dalam hutang kerana berjudi dalam talian dan kegagalan untuk membayar semula pinjaman perniagaan.
"Dan, sudah tentu, kebanyakan peminjam ini hidup di luar kemampuan mereka," katanya.
Chong berkata, berdasarkan pemerhatiannya, apabila berlaku kelembapan ekonomi, kebanyakan mereka tidak mampu membayar ansuran pinjaman, dengan sebahagian mereka beralih kepada perjudian untuk cuba mendapatkan wang tambahan.
"Apabila mereka menang, mereka enggan berhenti berjudi dan kerana itu mereka akan hilang semuanya, pada akhirnya.
"Apabila ini berlaku, mereka akhirnya membuat perjanjian dengan along," katanya.
Menurut Chong lagi,  ada juga kes membabitkan kontraktor yang meminjam wang daripada along kerana tidak mampu membayar upah pekerja mereka.
"Ramai juga yang datang meminta bantuan saya kerana mereka menghadapi masalah untuk membayar hutang kad kredit," katanya.
Dengan memberi perumpamaan `seperti merompak Peter untuk membayar Paul,’ Chong berkata, peminjam terbabit kemudian akan meminjam along untuk membuat bayaran kepada bank.
Chong, yang mengendalikan aduan mengenai pinjaman ah long sejak 1987, berkata, orang ramai tidak pernah insaf dan sehingga hari ini dia masih perlu berurusan dengan kes seumpama itu.
Selain itu, kata Chong, laporan media yang kerap menggambarkan peminjam sebagai `mangsa’ dalam kebanyakan kes, perlu diubah, kini.
"Peminjam yang sebenarnya ingkar dan bersalah dalam hal ini. Mereka meminjam daripada along dan menggunakannya untuk menipu serta berjudi.
"Mangsa yang sebenarnya adalah ahli keluarga mereka. Hanya kurang 10% kes membabitkan peminjam menjadi mangsa sebenar, yang terpaksa meminjam kerana desakan keadaan," katanya.
Sehubungan itu, Chong menggesa peminjam mendapatkan bantuan daripada pakar psikiatri jika mereka memerlukan bantuan terhadap ketagihan berjudi.
"Kamu tidak boleh mendapatkan bantuan daripada along," katanya.
Sesetengah pekerja mungkin tidak terbabit dalam pinjaman along, tetapi masih bergelut untuk mengasingkan wang bagi membuat simpanan jangka panjang disebabkan perbelanjaan lain yang lebih mendesak.
Seorang wanita berusia 32 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Emma, mengakui simpanan yang hanya mampu dibuatnya ketika ini hanyalah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tetapi dia berhasrat untuk mula mengasingkan wangnya.
"Jumlah itu tidak akan banyak disebabkan komitmen bulanan saya seperti pinjaman rumah dan kereta. Bayaran itu saja membabitkan sehingga 50% daripada gaji saya," katanya yang tinggal di Kuala Lumpur.
Emma, yang juga perancang acara, berkata dia perlu membayar dua pinjaman peribadi yang berjumlah sehingga RM25,000, yang dibuat sebelum ini bagi pembayaran wang pendahuluan ketika membeli rumah dan perbelanjaan lain.
Beliau berkata, peningkatan kos sara hidup selain tambahan perbelanjaan menjaga orang tuanya, juga menjadi halangan untuknya membuat simpanan masa hadapan.
Emma, yang juga anak tunggal menambah lagi, sekalipun ibunya masih bekerja sebagai guru, keluarganya masih memerlukan lebihan wang.
"Gaji kami tidak naik, tetapi kos sara hidup meningkat. Jadi, bagaimana untuk saya menyimpan?
"Saya bosan. Bukannya saya mempunyai gaya hidup keterlaluan. Barangan seperti makanan dan ubat semakin mahal," rungutnya, sambil mengakui betapa dia juga bimbang tidak mempunyai wang mencukupi untuk persaraannya.
Sementara itu, V. Sarah, penulis iklan yang berusia 24 tahun, berkata dia cuba menyimpan sebanyak mungkin, tetapi selalunya hanya berkemampuan antara RM200 dan RM500.
"Pada jumlah itu, saya memang ketinggalan. Ia juga sukar kerana kadang kala kos yang tidak dijangka seperti pembaikan dan bayaran perubatan perlu dibuat dan saya tidak akan mempunyai wang tambahan untuk simpanan," katanya.
Akui Sarah, dia turut berusaha berjimat seperti memasak di rumah berbanding membeli makanan di luar, menaiki pengangkutan awam berbanding memandu dan berunding bagi mendapatkan harga sewa lebih murah.
Beliau berkata, keperluannya untuk menyimpan juga disebabkan rancangannya untuk menyambung Ijazah Sarjana Komunikasi pada masa depan.-mstar
Quote bluehedgehog 18-12-2015 08:58 AM
rakyat tgh tunggu derma dari timur tengah
Quote Bedah.Cun 18-12-2015 08:58 AM
Gaji menteri2 JPM tue dah potong ker belum? Cut cost please potong gaji kau dan tunjuk slip gaji dalam paper beso2
Quote lampor 18-12-2015 09:05 AM
tapi betullah... lepas gst ni.. gi beli barang dapur... kalau dulu baru dlm 200++, skarang ni ambik mende yg sama pun dh 300++.... badigol punya najib ngan ahmad maslan... kata gst kurangkan harga la sgt... waklu...
Quote cewey2 18-12-2015 09:15 AM
memang betul sangat2
Quote skyreds 18-12-2015 09:31 AM
orang ramai mula cut kos ... peniaga pun mula terjejas  

abang aku meniaga ... last 2 bulan nie nak collect 1/2 dari hasil jualan tiap bulan sebelum nie pun berat
Quote krustykrab 18-12-2015 09:36 AM
tahniah imam bijan, kerana kebijaksanaan anda mengemudi negara dgn baik sekali
Quote dino 18-12-2015 09:39 AM
skyreds replied at 18-12-2015 09:31 AM
orang ramai mula cut kos ... peniaga pun mula terjejas  

abang aku meniaga ... last 2 bulan nie n ...

berniaga apa ek? makan2 ke....
Quote iey_iyda 18-12-2015 09:39 AM
gekkou replied at 18-12-2015 08:49 AM
yang single pun terasa kenaikan harga ni
kalau dulu dapatlah simpan lebih sikit
skang ni......  ...

aku yang single ni pun kadang kena support adik-beradik lain termasuk yang dah kahwin jugak (kalau diorang ada masalah kewangan). Kalau ada adik-adik belajar/baru nak kerja, aku yang single ni juga la kena tolong.

Tapi syukur la ada adik-beradik ramai. Moga esok-esok kalau aku perlu bantuan, ada la adik-beradik lain tolong aku pula.

Quote rospinki 18-12-2015 09:40 AM
aku sjak kegawatan ekonomi memang makin gawat wallet..tapi buat jugak side income..namun aku pulak yg makin galak bebelanja
Quote skyreds 18-12-2015 09:42 AM
dino replied at 18-12-2015 09:39 AM
berniaga apa ek? makan2 ke....

meniaga mcam dalam kes nie la, putu mayam/bambu n ape ntah lagi x ingat ... side income family,anak ngan bini die yang running   
Quote koko2 18-12-2015 09:46 AM
la ni ramai yg pakat2 dok buat bisnes kecik2 utk cover xpenses...
tapi nan hado pembelinya punn...
semua org pikir 3, 4 kali nak beli apa2 brg pun...
Quote dino 18-12-2015 09:48 AM
skyreds replied at 18-12-2015 09:42 AM
meniaga mcam dalam kes nie la, putu mayam/bambu n ape ntah lagi x ingat ... side income family,ana ...

klau bisnes makan2 ni insyaAllah leh idup.... asalkan harga maintain.... kualiti maintain.... mmg org beli punya
dlm bisnes ada psg surut.... family belah wife.... most berbisnes.... apa yg aku bljr dr diorg ni.... bisnes maju camne pun takde nak bermewah.... lifestyle maintain je..... sbb tak tahu akan dtg bisnes ok ke tak.... lgpun persaingan mcm2..... pastu ngan jual plak menda ikut musim.... yg mmg susah nak kekal lama....

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.093523 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top