CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Terlalu Lama Saya Diam Diri, Biarkan Orang Fitnah..” – Didakwa Bakal Bertunang Dengan Aliff Aziz Minggu Ini, Ruhainies Bersuara

24-6-2024 09:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6059| Komen: 27


Difahamkan, satu akaun di Instagram yang bernama @kaddigital.murah telah membuat aktres, Ruhainies kesal selepas menyebar fitnah yang tidak berasas.

Akaun tersebut seakan-akan mahu menimbulkan spekulasi selepas memuat naik kad digital majlis pertunangan Ruhainies dan Aliff Aziz yang didakwa bakal berlangsung pada Sabtu, minggu ini.


Sedar mengenai fitnah tersebut, Ruhainies tidak dapat mendiamkan diri lagi dan akan mengambil tindakan atas tuduhan tersebut kerana ia boleh mencalarkan namanya sekali lagi.

Malah, pelakon tersebut turut meminta agar followers memaklumkan kepadanya jika jumpa mana-mana fitnah yang disebarkan agar dia boleh mengambil tindakan lanjut.




Dalam pada itu, Ruhainies juga memohon agar para pengikutnya untuk sekat dan membuat report terhadap akaun berkenaan agar dakwaan tidak berasas itu tidak tersebar.

Sebelum ini, nama Ruhainies menjadi ‘panas’ selepas dirinya terkait dengan Aliff Aziz dalam isu tangkap khalwat di sebuah kondominium yang terletak di ibu negara.

SUMBER : Instagram/BeautifulNara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 24-6-2024 09:57 PM
Biz print kad pun nak amik kesempatan.

Tapi kan semoga kamu berdua berjodohan.
Ke tak sanggup dicurangi 11x.

Quote whimsicalmusic 24-6-2024 10:34 PM
tgk2 mmg ade ruhainees n alif aziz yg btunang. tp bkn yg kena tngkap khalwat tu
Quote mrsLucky 24-6-2024 10:37 PM
shuh super annoing minah ni
Quote matbad 25-6-2024 12:44 AM
Tringat pasangan yg paling dicemuh suatu ketika dahulu hanes suraya dgn romi ferrari tu..la ni dah diam dok syadap2 dah depa
Quote sharlenetexas 25-6-2024 01:01 AM
matbad replied at 25-6-2024 12:44 AM
Tringat pasangan yg paling dicemuh suatu ketika dahulu hanes suraya dgn romi ferrari tu..la ni dah d ...

Ada gak kan nama kat mahkamah dulu. Tak jadi kot.

Quote mothicy 25-6-2024 01:03 AM
Nama minah ni Ruhainies ke Ruhainees? Kalau nama Ruhainies, kena nak triggered? Kalau nama Ruhainees sekali pun, kenapa nak triggered??? Dgn business kecik yg nak guna isu viral nak naikkan sales pun dia nak cari pasal. Why not cari pasal dgn Astro yg guna LUSM
dlm the hardest singing show selepas msg dia & aliff go viral lepas minah Sarah tu bongkar rahsia? Takut Astro gam ke?
Quote Perawankota 25-6-2024 01:04 AM
Tak kn lh dorg nk pakai kad mcm budak darjah 6 yg buat..
Quote AWEKSAMURAI 25-6-2024 01:26 AM
bawaku_terbang replied at 25-6-2024 01:22 AM
nama dia je ke boleh ruhainees?anak pak rahmat xleh letak nama ruhainees?anak pak othman xleh letak  ...

Tapi kalau x salah takkan org tu delete kan? Maintain je lah posting buat apa nk delete kalau delete mmg btul lah dia saja manipulasi kes ruhaines dgn alip ni demi content. Ni dh termasuk dlm cyber bully..ramai sgt dok buli dorang ni .. sikit-sikit sudah lah ramai je lagi yg buat dosa. Kalau nk buli ..buli je semua sekali.
Quote Acik2kepam 25-6-2024 07:23 AM
Akak baru sedar rupanya sabtu baru 29hb ingatkan dah 30
Emm lamberrt betul la nak abis bulan ni.

Btw bila masa nya dia nih diam? Org diam takde update apa2 kat socmed, tak post quote sindir org.
Dia ngan acik fiza tu sama2 naik, sudah2 laa move on jelaa
Diam tu bila hanya post pasal kerja, takda nk quote menyindir org sana sini.
Quote anilanil 25-6-2024 08:23 AM
Edited by anilanil at 25-6-2024 08:25 AM

Spelling nama lain kan. Takde pon diorang print nama penuh ko. Alep tu pon spelled with double F. Hang nak saman depa, maksudnya hang nak kantoikan diri sendiri la bahawasanya "kemut & alep" ialah nama pasangan? Ini bukan terjerat. Ini namanya jerat diri sendiri. Silap haribulan printing company tu yg saman hang balik. "Kemut & alep" tu bukan harta intelek tau.
Quote LipasComel 25-6-2024 08:24 AM
hahaha tapi kad tu tak cantik pun. kalau iols jadi kemut ni pun iols bengkek. hello, nk fitnah pun kad tu design modern la sikit
Quote aldilla_zahraa 25-6-2024 08:35 AM
matbad replied at 24-6-2024 04:44 PM
Tringat pasangan yg paling dicemuh suatu ketika dahulu hanes suraya dgn romi ferrari tu..la ni dah d ...

Diam ada sebab haha
Quote jebatmaspunyer 25-6-2024 10:16 AM
Loh.. ingat betul rupanya marketing.. apo lah.. kali ni aku sokong si R tu. Ambik tindakan jer lah.. Kisah dia kena tangkap khalwat dgn laki kawan sendiri tu mmg fakta. Kad bertunang tu kira fitnah lah.
Quote Lulu_717 25-6-2024 10:30 AM
sharlenetexas replied at 25-6-2024 01:01 AM
Ada gak kan nama kat mahkamah dulu. Tak jadi kot.

Hanez tu smpai skrg muka pucat xde seri..stress kot tp tahan je la dh tu yg dia pilih kan
Quote CoffeeOverdose 25-6-2024 10:35 AM
still teringat kek besday dia yg rupa kelaut dlu2 tu.
Quote chandrahusin 25-6-2024 10:36 AM
org dh mmg ada salah
tapi membuli pun salah
Quote kuchenta_81 25-6-2024 10:43 AM
Tunggu Sabtu ni
Biasanya kalau retis ni dalam pada nafi, lastly jadi
Quote gideoncross 25-6-2024 11:36 PM
AWEKSAMURAI replied at 25-6-2024 01:26 AM
Tapi kalau x salah takkan org tu delete kan? Maintain je lah posting buat apa nk delete kalau dele ...

Trnyata fans Belobeli yg pling x boleh move on
Quote gideoncross 25-6-2024 11:37 PM
Fans Nabelah harap2 Aliff & Ruhainies khwin tpi klau dorg khwin btul2 nnti, msti korg akn merempan, ntah apa2 je

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.045571 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top