CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Sekarang Dah Dapat Income Kan..” – Terpaksa Tanggung Kos Sekolah Anak Seorang Diri, Shuhada Gesa Hafidz Roshdi Jalankan Tanggungjawab

24-6-2024 09:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5589| Komen: 33


Ekoran khabar aktor sensasi Hafidz Roshdi dikatakan akan kembali bergiat sebagai seorang pelakon, bekas isteri kepada pelakon tersebut pula tampil menuntut tanggungjawab terhadap anak mereka.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram, Shuhada mendedahkan bukti perbualan bersama ejen insurans serta cikgu sekolah anaknya.


"Bukan orang tak pernah minta personal, memang semua melalui personal tapi tak ambil tindakan jadi saya di sini ambil kesempatan untuk minta anda selesaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa,"
 
"Sepanjang perjalanan ni semua saya yang tanggung semuanya, dibantu oleh kedua ibu bapa saya juga, untuk semua urusan, kalau anda sedar dengan hukum Allah dan sebagainya mohon taubat sebelum terlambat, friendly reminder to you."

Bukan itu sahaja, di hantaran yang sama, ibu kepada dua anak ini turut memberitahu dirinya seorang telah menanggung kos pembayaran sekolah anaknya yang mencecah sekitar RM11,000.

Shuhada juga memberi peringatan untuk Hafidz agar segera menyelesaikan pembayaran.

"Tiada alasan seperti periuk nasi tertutup dan sebagainya, yang buat periuk nasi tertutup tu diri sendiri punya pilihan, jadi kenapa anak-anak yang perlu tanggung akibatnya? Mereka layak untuk hidup seperti biasa,"
 

"Jadi sekarang dah dapat income kan? Mohon selesaikan bagi pihak Umar Bin Muhammad Hafidz, jangan asyik berseronok sahaja."

SUMBER : Instagram/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 24-6-2024 11:53 PM
Apa le bala hapiz tawen pompan ni?. Bala bala.
Quote CoffeeOverdose 24-6-2024 11:55 PM
bak kata jiji, meroyan itu gila.. hati hitam boleh tutup dgn tudung.. eh, eh, eh..
Quote Perawankota 25-6-2024 01:02 AM
11k tu cost utk tempoh berapa lama?
Quote sharlenetexas 25-6-2024 01:03 AM
Hilangkan busuk hati tu dulu


Quote miss_strangers 25-6-2024 01:03 AM
Penuh pulak benang ngai potatoes purple Ni Kat bodgos....
Quote rbmy 25-6-2024 08:16 AM
Edited by rbmy at 25-6-2024 08:17 AM

meroyan lagi semula shusis ni.masukkan qdees buat ape..
cer masukkan taska kemas ke..
perpaduan ke.. nak juga trip2 mahal ala artis. eh done bebel.
Quote miss_strangers 25-6-2024 08:33 AM
Masuk jela prasekolah yg free tu bongok. Ko kan single mom b40 mesti lagi mudah dapat dgn ko n apis yg kerja xtetap. Tempat aku ni prasekolah , ramai je parents penjawat awam yg dapat. Ko ngan duda yg xkerja tetap lagi la mudah dapat.
Quote Nadiabella 25-6-2024 08:36 AM
Ni pompuan tak habis merempan....ngalahkan retis..
Quote tidak_kelihatan 25-6-2024 09:17 AM
terfikir....kenapa ngai ni xnak pindah duk KL eh? duk jejauh kat perlih tu, apis nak jumpa anak2 pun susah, kena travel jejauh pastu dpt jumpa kejap je x sampai berapa jam (kalau x silap) kata dah kaya jadi duta itu ini, pindah je la duk KL
Quote linb 25-6-2024 09:19 AM
Astaghfirullahal'azim ayat dia...
Semoga Allah lindungi kita semua, dan semoga Allah berikan HR jalan keluar dari masalah ini. Maintain a cool head and resolve this mess once and for all Insha Allah semoga dipermudahkan.
Quote Glass_shoes 25-6-2024 09:22 AM
miss_strangers replied at 25-6-2024 01:03 AM
Penuh pulak benang ngai potatoes purple Ni Kat bodgos....

Dudanya cite dpt tawaran berlakon satu thread je..Ngai potetoes heheh lagi famous dr dudanya
Quote KamikuP 25-6-2024 09:23 AM
Cuba bersihkan hati tu dan minum air klorok byk2 moga2 hati tu kembali putih suci dan bersinar
Quote Glass_shoes 25-6-2024 09:23 AM
miss_strangers replied at 25-6-2024 08:33 AM
Masuk jela prasekolah yg free tu bongok. Ko kan single mom b40 mesti lagi mudah dapat dgn ko n apis  ...

Mana maunya..Jatuh la standard dia sebagai face of cirit dan skinol..Dia kan pempengaruh dan video creator
Quote Tiggybiru 25-6-2024 10:17 AM
Sori shu
Hg nk hantar skolah mahal, hg la bayar shu
Tp kalau hg nk hantar sekolah mahal tp ex suami tak mampu,hg p la hantar tadika biasa2 shu..kalau hg tlg bayarkan hg jangan la mengungkit
Dasarrrr
Quote Tiggybiru 25-6-2024 10:18 AM
miss_strangers replied at 25-6-2024 08:33 AM
Masuk jela prasekolah yg free tu bongok. Ko kan single mom b40 mesti lagi mudah dapat dgn ko n apis  ...

Option mudah ada susahh jgk yg dia cari kennz
Quote jebatmaspunyer 25-6-2024 10:25 AM
miss_strangers replied at 25-6-2024 08:33 AM
Masuk jela prasekolah yg free tu bongok. Ko kan single mom b40 mesti lagi mudah dapat dgn ko n apis  ...

Aku mmg x sokong bapak yang x bg nafkah anak secukupnya tp betul gak apa salahnya masukkan anak kat prasekolah y rendah kos. Membantu dia dan ex nya jugak. Ramai jer y masuk prasekolah y biasa2 dah besar jadi orang jugak.
Quote ketambangkang 25-6-2024 10:34 AM
suka tgk anak dia yg pompuan tu...cute
Quote kuchenta_81 25-6-2024 10:48 AM
Dia ni tak habis2. Patutlah forumer benci dia. Padahal patutnya dapat simpati lepas kena tumbuk tapi baru tau mulut dia ni macam montot ayam.

Kau masukkan anak kau tadika mahal tu ada bincang dengan Hafiz tak? Ikutlah kemampuan si bapa. Then kau kata kenapa perlu downgrade lifestyle, masalahnya dulu kau hidup mewah T20 ke? Nampak bodoh kalau banyak sangat cakap.
Quote Mamason 25-6-2024 11:06 AM
Mmg xsuka benor ngan peel lelaki yg ada anak bersama ex suka suki lepas tangan... Tapi, untuk tidak mengerukan keadaan dan menyerabutkan diri, Shu kena kontrol kewangan keluarga dia sendiri.  Kena blend dgn situasi.  Sekolah yg mahal2 bukan pilihan zaman now bila semua harga melambung naiknya... Jgn nanti keluar statement nak bagi makan anak pun xcukup... Kena pandailah tgk bajet sendiri jgn harap laki tanggung semua sekali.  Sekolah kerajaan/pra/kemas/tadika pasti/dll yg biasa2 pun bagus... Xde nya semua yg sekolah tadika mahal2 esok2 dah ada sijil jaminan bakalan jadi org hebat... tidak yg saudara saudari.  Itu hanyalah option utk beri yg terbaik, tapi.. ikutlah kemampuan sendiri.  Xmampu jgnlah nak ikut gaya org lain... begitulah

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.047040 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top