CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cinta Mimi Lana buat Syafiq Kyle tak pernah padam

25-6-2024 09:17 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11712| Komen: 46



“CINTA ini akan sentiasa untuk awak.”

Demikian antara bait-bait ucapan istimewa yang dizahirkan pelakon cantik Mimi Lana buat Syafiq Kyle bersempena ulang- tahun kelahiran yang ke-32 aktor itu, semalam.

Mimi Lana atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 29, berkata, perasaan cinta terhadap lelaki yang sentiasa berada di sisinya dalam apa jua situasi itu tidak pernah berubah biarpun jodoh antara mereka belum kesampaian.

"Melihat kembali galeri foto saya pada hari istimewa awak sedikit melukakan saya. Masa telah berlalu, tetapi anda sentiasa menjadi tempat saya bersandar pada saat susah dan senang.

“Cinta ini akan sentiasa untuk awak walaupun takdir kita masih belum pasti. Selamat hari lahir bintang saya dan selamanya kembar saya,” katanya menerusi hantaran Instagram.

Menerusi entri tersebut, pelakon filem Pusaka itu memuatnaik beberapa gambar serta video mereka berdua bersama kapsyen manis yang menyentuh perasaan.

Perkongsian Mimi Lana meraih perhatian pengikutnya apabila rata-rata mendoakan mereka kembali bertemu jodoh selepas membatalkan pernikahan pada Ogos 2023 lalu.

"Semoga Allah jodohkan awak berdua okey. Tolonglah,” tulis seorang netizen.

"Allah sebaik-baik perancang. Ada jodoh pasti tak ke mana,” kata seorang lagi pemilik akaun laman sosial.

"Ikhlas dari hati mendoakan jodoh kalian, moga dapat disatukan secara halal dan bercinta hingga ke syurga insya-Allah. Amin,” ujar peminat lain.

Mimi dan Syafiq sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta selama beberapa tahun, namun impian menjadi suami isteri tidak kesampaian apabila mereka membatalkan majlis pernikahan pada 18 Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun, pasangan terbabit kini masih menjalin hubungan baik, selain tetap bergandingan menjayakan beberapa projek komersil.

Sumber – HIBGLAM


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 25-6-2024 09:37 AM
Wah ni memang true love ni stand through thick and thin come rain or shine.
Quote Tiggybiru 25-6-2024 10:08 AM
Soo jadi kahwin pulak ke
Papepun tahniah
Sama padan je meols tgok..
Quote kakakpositifker 25-6-2024 10:14 AM
semoga yang baik2 aje tuk kome berdua
Quote Lulu_717 25-6-2024 10:15 AM
jadi kahwin ke tak? ke propa lagi?
Quote zuriey 25-6-2024 10:23 AM
Berpa kali ko jilat ludah sendiri mimi oiii
Quote CoffeeOverdose 25-6-2024 10:32 AM
dh mcm husband and wife je. ke dh kawin cuma akad nikah yg blm?
Quote zehra2 25-6-2024 10:34 AM
tp mcm ada artikel sokabar aritu couple yg tk jd kawin walau semua persiapan dah buat sbb yg lelaki ada simpan perempuan.. ingatkan menjurus pd couple ini la.
Quote mizzmimi 25-6-2024 10:52 AM
Menguappp
Quote @inardni 25-6-2024 11:11 AM
Boringnya.. cik mimi uols lawa, masih hadap jantan ni.
Apapun all the best.
Quote awenda507 25-6-2024 01:48 PM
Nampak mcm Mimi je terlebih sayang Capik kyle ni
Quote BoongaKertas 25-6-2024 01:52 PM
why masih hadap? pikir molek sikit boleh kot?
Quote sapeka 25-6-2024 01:53 PM
Dah tu?
Quote irsa 25-6-2024 01:53 PM
Both of them ada daya penarik. Semoga berjodohan.
Quote pheonix84 25-6-2024 02:01 PM
bluerghhhhhhh...aku x tgk the experts sbb ada minah nie laa

sheriff tgk 2x..gittew nk justify kebencianku
Quote shark_eow7 25-6-2024 02:04 PM
cepatlah berjodoh.
Quote jula7 25-6-2024 02:08 PM
kesian jugak ku tgk mimi...
bukan semudah tu hati nak berubah kan bila dah sayang ni..
walau disakiti..tetap jua kasih beliau pada capik belakang sikit...aduhhhhhh
Quote pocongkiutss 25-6-2024 02:16 PM
zehra2 replied at 25-6-2024 10:34 AM
tp mcm ada artikel sokabar aritu couple yg tk jd kawin walau semua persiapan dah buat sbb yg lelaki  ...

Muda2 lg dh ada sugar baby?
Quote sukanyanyi 25-6-2024 02:18 PM
sbb takde peristiwa yg buat deyols benci each other kot. kalo ade, mmg nekad babai la. ni bila reason belom bersatu cuma sbb belom sampai jodoh, susah la nak let go. duk tergantung2, mengharap2 gitu la. nasib ko la mims, dugaan terpanjang idup kau kot sapik ni.
Quote Rogue98 25-6-2024 02:19 PM
Dulu aku suka Mimi.. skrg dah meluat sbb tak habis2 dgn syafiq...dah kena main byk kali pun meratib konon setia...lantak kau lah...

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.034022 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top