HANOI – Sebuah kedai kopi yang terletak di tengah sawah padi di pinggir bandar raya Hanoi, menjadi destinasi hujung minggu popular dengan menarik ratusan pengunjung apabila musim menuai tiba, lapor laman berita VnExpress hari ini. Pemilik kedai itu dikenali sebagai Tram Anh. Menurutnya, dia mendapat inspirasi untuk membuka kafe tersebut ketika berbasikal ke Gunung Tram di daerah Chuong My. Anh terpesona dengan pemandangan matahari terbenam yang memancarkan cahaya di atas sawah yang berwarna keemasan. Dia kemudian memutuskan untuk membuka kafe tersebut. “Kehidupan di ibu kota amat sibuk. Jadi, saya ingin mewujudkan ruang di mana orang ramai boleh berehat dan menghirup udara segar di luar bandar,” jelasnya. Sejak awal bulan ini, lokasi itu telah menarik kira-kira 100 pelanggan setiap hari, manakala seramai 400 hingga 500 pelanggan berkunjung pada hujung minggu untuk menikmati kopi dan mengagumi pemandangan sawah padi yang hendak dituai. – AGENSI
|
SalenaGomez replied at 26-6-2024 08:48 AM
Harap kawasan padi Sekinchan dan kedah buat mcm ni juga. Best nya lah healing2 mcm ni esp time pagi ...
BoongaKertas replied at 26-6-2024 09:25 AM
iols mati2 ingat kat msia yach. sbb mmg ingtkan area kselangor or sg besar sana.
uda replied at 27-6-2024 07:55 AM
Area sekincah dan sg besar ada warung macma ni.
BoongaKertas replied at 28-6-2024 07:39 AM
serius lah chuols? kat mana, apa nama kedai?
uda replied at 28-6-2024 08:15 AM
Sekinchan:
1. Kedai santai sawah, pt 7, sg leman
2. Kopi, the Bendang
uda replied at 27-6-2024 03:54 PM
Kat sekinchan ada kedai kopi mcm ni. Nama dia kedai kopi sawah kalau tak silap. Ada a few cafe dit ...
PejuangBerani replied at 1-7-2024 08:40 AM
Owh siyes ade..boleh survey2 port nak healing
ADVERTISEMENT