CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dari Awal Dah ‘Target’, ‘Ejen Insurans’ Bun*h Pencarum Sebatang Kara Untuk Tuntut Insurans Nyawa Berjumlah RM500K

25-6-2024 11:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14234| Komen: 58


Polis Johor berjaya mengenal pasti sindiket ‘ejen insurans’ yang tergamak membunuh pencarum demi tuntutan insurans nyawa.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, sindiket itu dikenal pasti selepas berlaku satu kejadian bunuh melibatkan lelaki berusia 38 tahun i Jalan Senai-Seelong di sini, pada 4.40 pagi, 6 Mei lepas.

"Mangsa yang dilanggar sebuah lori pada hari kejadian sebenarnya terlebih dahulu dihimpit dan dilanggar oleh sekumpulan suspek menggunakan dua kereta dan sebuah motosikal sebelum kemudian dipukul kerana tidak meninggal dunia."

"Kemudian, dalam keadaan tidak bermaya, kebetulan lalu sebuah lori di lokasi kejadian terlanggar mangsa sebelum mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian."

Tambahnya, pihak polis percaya tindakan dilakukan suspek itu adalah untuk memastikan mangsa meninggal dunia agar mereka boleh membuat tuntutan caruman insurans nyawa diserahkan kepada ‘pewaris’ yang tidak dikenali mangsa.

Sindiket ini akan mengenal pasti pencarum yang hidup sebatang kara dan membuat caruman tanpa pengetahuan mangsa. Mereka akan membuat permohonan polisi insurans nyawa dengan memalsukan tanda tangan dan sanggup menunggu sehingga polisi diluluskan.

Selepas polisi lulus, kumpulan ini akan merancang untuk membunuh pencarum tersebut dan membuat seolah-olah ia seperti kemalangan maut.

Setelah pencarum meninggal dunia, mereka akan membuat tuntutan insurans nyawa berjumlah RM500,000.

M Kumar berkata, lapan suspek telah ditahan dengan empat daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau dan polis kini masih giat mengesan beberapa suspek yang masih bebas.

"Polis turut merampas satu dokumen polisi insurans atas nama mangsa dan tiga kenderaan yang digunakan dalam kejadian berkenaan."

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan empat daripada mereka sudah dituduh di mahkamah pada 19 Jun lepas dan empat lagi diberikan bon jaminan.

SUMBER : Sinar Harian / Beautifulnara


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wirazam 25-6-2024 11:18 PM
Sedihnyaaa...ingatkan happened kat oberseas
Quote babynina30 25-6-2024 11:19 PM
Jahat gila . Sian mangsa
Quote azimie 26-6-2024 12:53 AM
sejahatnya la manusia ginie
Quote pocongkiutss 26-6-2024 12:58 AM
Dah mcm cerita korea guna lori

Tlg la reveal agent mana syaitan2 ni semua toksah nk sorok aib
Quote yoppoy 26-6-2024 02:12 AM
Baru jumpa sorang agent last week
Kalau borak dengan yang senior sikit, memang machiam2 cerita keluar
Orang makin gila duit
Yang hidup boleh mati yang mati boleh jadi zombie
Quote ultra78 26-6-2024 06:15 AM
Apa salah perkataan 'bunuh' hingga kena ditulis sebagai 'bun*h' ?
Quote Manjahati 26-6-2024 07:11 AM
Kesiannya hidup sebatang kara pastu dibunuh pulak
Quote shida81 26-6-2024 07:11 AM
Mcm mn polis blh detect kes mcm ni ek.. Sbb asalnya si mati accident sllu polis tutup kes je
Quote mojarean_X 26-6-2024 07:13 AM
shida81 replied at 26-6-2024 07:11 AM
Mcm mn polis blh detect kes mcm ni ek.. Sbb asalnya si mati accident sllu polis tutup kes je

Mesti insurance company wat report suspicious
Quote grouper 26-6-2024 07:20 AM
Bape lama polisi insurannya nak kena matang dlu baru boleh claim ek...sanggup tunggu nak bunuh org tu..
Quote dua_chzy 26-6-2024 07:40 AM
Baru baca hari Isnin ke Selasa gitu, pasal ni. Tak sangka ya Malaysia dah Mexico sangat kes camni pun ada.
Quote dua_chzy 26-6-2024 07:41 AM
ultra78 replied at 25-6-2024 10:15 PM
Apa salah perkataan 'bunuh' hingga kena ditulis sebagai 'bun*h' ?

Kat Youtube sekarang tokleh guna kill, rape untuk describe video. Youtube monetize. Ni suma woke punya pasal. Rasanya socmed lain pun sama so yang bukak tered ni pun acah2 la konon...
Quote ultra78 26-6-2024 07:45 AM
dua_chzy replied at 26-6-2024 07:41 AM
Kat Youtube sekarang tokleh guna kill, rape untuk describe video. Youtube monetize. Ni suma woke p ...

Forum cari nak woke jugak ye? Kesian wartawan cari jika dipotong gaji mereka.
Quote cutieslilies 26-6-2024 07:51 AM
jahat gilaaa...



sangat tak sangka benda ni dah start jadi kat sini...


dah laa sebatang kara...sedih sungguh
Quote sara_thrash 26-6-2024 08:13 AM
selalu tengok dalam movie / drama je jenayah macam ni tak sangka ada jadi kat negara sendiri. jahat giler..
Quote dua_chzy 26-6-2024 08:56 AM
ultra78 replied at 25-6-2024 11:45 PM
Forum cari nak woke jugak ye? Kesian wartawan cari jika dipotong gaji mereka.

Dah ke arah woke iluminati hagaknya. Yang aiol pelik word e s c o r t porom ni banned, word fuck lepas pulak. Muduh.
Quote BoongaKertas 26-6-2024 09:19 AM
mcm x sangka jd kat msia...
Quote NazRysha 26-6-2024 09:27 AM
teringat cerita i care a lot tu
yang dia amik org tua kaya letak kat umah org tua dan kaut semua harta
yang lawak anak pompuan tu mafia tapi dgn sorang betina pun tak leh handle hehe
ot jap jgn marahhhh
Quote toynme 26-6-2024 09:31 AM
selalu tgk cite korea je..sekali jadi kat sini...johor plak tu

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.237001 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top