SEOUL – Juruterbang pesawat milik syarikat penerbangan Korean Air terpaksa berpatah balik dan melakukan pendaratan cemas selepas kapal terbang itu turun mendadak secara tiba-tiba ketika berada di udara, lapor laman berita Daily Express UK semalam. Pesawat yang membawa 125 orang itu turun kira-kira 7,620 meter dengan tiba-tiba dalam hanya beberapa minit. Penerbangan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan, Sabtu lalu dan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Taichung di Taiwan. Namun, kira-kira 50 minit dalam penerbangan, pesawat Boeing 737 Max 8 itu turun dengan mendadak. Data dari laman pengesan penerbangan, FlightRadar24 menunjukkan, dari ketinggian lebih 10,668 meter, ia turun kepada sekitar 2,438 meter dalam masa kurang dari 15 minit. Ini mendorong topeng oksigen diaktifkan di dalam kabin pesawat.
Jurucakap Korean Air berkata, seramai 17 penumpang dirawat di kemudahan perubatan sebelum kesemua mereka dibenarkan pulang tanpa mengalami kecederaan parah. Kejadian itu sedang disiasat. – AGENSI |
green~tea: SQ321 terbang turun naik 2X sa ...
cmf_almondpecan replied at 25-6-2024 11:28 PM
Boeing 737 Max lagi
green~tea replied at 25-6-2024 11:23 PM
SQ321 terbang turun naik 2X sampai penumpang mati sampai skang takde report ye dakkkkkkkk
MissNigga replied at 26-6-2024 09:43 AM
Yg SG airlines tu sebab turbulence....
Yg ni sebab lalu air pocket... Tu yg jatuh mendadak...
cmf_almondpecan replied at 25-6-2024 11:28 PM
Boeing 737 Max lagi
babynina30 replied at 25-6-2024 11:28 PM
.
Sorg yg atok kena heart attack tu kan kaka? Ke 2 pax ?
MissNigga replied at 26-6-2024 09:43 AM
Yg SG airlines tu sebab turbulence....
Yg ni sebab lalu air pocket... Tu yg jatuh mendadak...
green~tea replied at 26-6-2024 10:46 AM
Lepas ni beli ticket flight kena usha siap2 pakai aircraft apa.. only airbus is approved
syamzana replied at 26-6-2024 11:12 AM
satu kerja plak, nak tgk time, transit ke dak, pastu tmbh aircraft cap apa lak. belum lagi nak kej ...
ADVERTISEMENT