CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tekan pautan iklan Facebook, wang RM904,000 milik seorang jurujual lesap

25-6-2024 11:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10590| Komen: 3



IPOH – Seorang jurujual lelaki mengalami kerugian berjumlah RM904,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan saham melalui laman sosial Facebook.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, mangsa berusia 51 tahun itu diperdaya untuk menyertai pelaburan tersebut selepas melihat iklan di media sosial April lalu.

Katanya, mangsa yang menekan pautan iklan itu kemudian dihubungkan kepada aplikasi WhatsApp dan berurusan dengan seorang wanita.

“Pada 1 hingga 12 Mei lalu, mangsa memasukkan wang RM904,000 ke dalam dua akaun syarikat. Mangsa hanya menyedari ditipu selepas tidak mendapat pulangan keuntungan yang dijanjikan sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh semalam,” katanya di sini hari ini.

Orang ramai diingatkan supaya membuat semakan termasuk Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan. 


Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 25-6-2024 11:39 PM
Sendiri bodoh, Facebook plak disalahkan
Quote QueenGambit 2-7-2024 09:45 PM
Uit fb ni mmg jubake tau kadang.
Tekan apa ntah kadang smpi je kat rumah
Mana tau alamat ehh ?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.135440 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top