CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terkejut gaji tunang kerja GLC ‘ciput’, wanita mahu putus sebelum menyesal - “Nak makan apa duit banyak tu?”

26-6-2024 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11857| Komen: 79

Description: BEBERAPA kriteria penting pasti ditetapkan oleh golongan wanita ketika mencari pasangan hidup supaya dapat menjamin kehidupan bersama suami dalam keadaan stabil.

BEBERAPA kriteria penting pasti ditetapkan oleh golongan wanita ketika mencari pasangan hidup supaya dapat menjamin kehidupan bersama suami dalam keadaan stabil.

Antara aspek yang sering dipandang adalah gaji dan status kewangan kerana setiap perkara dalam dunia hari ini memerlukan duit.

Walaupun begitu, jangkaan yang diletakkan haruslah berpada-pada supaya tidak membebankan bakal suami di kemudian hari.

Kecoh di laman X apabila seorang wanita menzahirkan kekecewaan terhadap gaji tunangnya yang dianggap terlalu rendah untuk menjalani kehidupan di alam perkahwinan.

Menurut wanita itu, dia terkejut apabila mendapati gaji pokok pasangannya tidak mencecah RM2,000 meskipun bekerja dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Terkejutnya aku bila dapat tahu gaji asas tunang aku rupanya cuma RM1,865. Kalau campur elaun semua baru dapat RM3,000. Sikit sangat, rasa macam nak minta putus je ni sementara masih belum terlambat.


"RM3,000 dalam ekonomi sekarang ni nak makan apa? Ingatkan kerja GLC gaji besar sangat, rupanya indah khabar daripada rupa," ujar wanita itu meluahkan isi hatinya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berpendapat harapan wanita itu terhadap pasangannya sebagai keterlaluan, sekali gus menyelar cara dia berfikir.

Lebih afdal kalau awak doakan tunang supaya dimurahkan rezeki dan cepat naik pangkat serta gajinya. WARGA MAYA
"Oh lelaki gaji RM3,000 dikatakan sikit tapi kalau perempuan gaji sama disebut sebagai hidup berdikari. Masing-masing baru nak mulakan kehidupan, apa yang awak nak harapkan tinggi-tinggi sangat. Pergi je la kahwin dengan anak orang kenamaan.

"Kahwin dengan perempuan pemikiran macam ni pasti rumah tangga tak bertahan lama. Hidup berpaksikan duit, dia ingat gaji tu yang akan mengenyangkan dia padahal Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki.


"Fokus dekat diri awak dulu ya sis, jangan ralit sangat dok perlekeh gaji tunang tu. Entah-entah gaji awak pun setara tu je, Ingat ya semua, kalau nak rumah tangga berpanjangan, sentiasa berkata yang baik pada mulut dan hati.

"Lebih afdal kalau awak doakan tunang supaya dimurahkan rezeki dan cepat naik pangkat serta gajinya. Barulah betul hidup susah senang bersama, bukan hanya ada ketika semuanya sedang elok," kata sebahagian warga maya.

Sumber : MStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shida81 26-6-2024 11:41 AM
Elok la putus.. Menyusahkan diri masing2 je nnti...
Quote Skuau 26-6-2024 11:42 AM
"kaka..saiya sini malezia suda kaya niaga tada lesen... kawen sama saiya la"-Abangla SUTU
Quote Kitty_catz 26-6-2024 11:51 AM
salunya yg kita taknak tu la kita dapat

haaa


acer ko merintih tak suka dpt bopren kaya pulakkk , mana tauuu
Quote Minahkucing 26-6-2024 12:00 PM
Umo tunang ko tu berapa. Kalau below 30 tu biasa la bawah 3000. Nanti lama3 naik la tu. Apa nk takot
Quote ifanonline 26-6-2024 12:00 PM
kpd lelaki, sekiranya wanita melihat pay slip anda, better ditch her fast...red flag everywhere
Quote Kitty_catz 26-6-2024 12:02 PM
ifanonline replied at 26-6-2024 12:00 PM
kpd lelaki, sekiranya wanita melihat pay slip anda, better ditch her fast...red flag everywhere

even kalo puting  pink2, tetek cup D and tak layut??
Quote jebatmaspunyer 26-6-2024 12:04 PM
RM3k ok lah termasuk elaun. At least x depend pada OT utk dpt RM3k tu. Pastu adjust lah buat side income.
Quote ifanonline 26-6-2024 12:05 PM
Kitty_catz replied at 26-6-2024 12:02 PM
even kalo puting  pink2, tetek cup D and tak layut??

nak kawin ke nak melacur?
Quote manehnya 26-6-2024 12:08 PM

taste jantan now, nk bini serupa spec bukan main, tu yg menyumbang kpd pertambahan andartu n andaruna
Quote ifanonline 26-6-2024 12:10 PM
manehnya replied at 26-6-2024 12:08 PM
taste jantan now, nk bini serupa spec bukan main, tu yg menyumbang kpd pertambahan andartu n andar ...

betul tu...taste high spec...tapi salary low spec
Quote midori888 26-6-2024 12:14 PM
3k kan standard gaji fresh grad kat Msia nie...
Quote Kitty_catz 26-6-2024 12:20 PM

ehh bukan topic peberet ang...?

Quote hyie 26-6-2024 12:33 PM
jadi andartu je lah lagi senang, guna duit gaji sendiri je paling2 pun
Quote kemaruk 26-6-2024 12:36 PM
Bangkem tak paham

Kenapa siput

Apa kaitan gaji dengan siput
Quote ultra78 26-6-2024 12:42 PM
Nak gaji besar,cari lelaki yg lebih tua.
Tapi besar juga elaun dia,hampir RM1200
Quote orkid_amani 26-6-2024 01:04 PM
GLC time bonus lebat laa yuu..gaji sama jugak mcm company lain cuma extra kat benefit jaa laa.
Quote sufi^_^ 26-6-2024 01:10 PM
Bimbonya, ni mesti jenis hadap laki kasik duit maintenance ribu riban sebulan.

So what will you bring to the table dikkk?
Quote aechae 26-6-2024 01:17 PM
ultra78 replied at 26-6-2024 12:42 PM
Nak gaji besar,cari lelaki yg lebih tua.
Tapi besar juga elaun dia,hampir RM1200

boleh pm tuan yg komen ni sape2 yg single lg
Quote zehra2 26-6-2024 01:23 PM
apa ler sibuk kan gaji org.
gaji awak byk ke?
kalo gaji byk tp kedekut pun tk berguna

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.256136 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top