CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kereta elektrik terbakar selepas kemalangan

26-6-2024 10:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9032| Komen: 16

Description: PATTAYA – Sebuah kereta elektrik terbakar selepas mengalami kemalangan yang melibatkan beberapa buah kenderaan di Pattaya, lapor laman berita Pattaya Mail kelmarin.

PATTAYA – Sebuah kereta elektrik terbakar selepas mengalami kemalangan yang melibatkan beberapa buah kenderaan di Pattaya, lapor laman berita Pattaya Mail kelmarin.

 Nahas itu berlaku ketika sebuah bas persiaran ditunda oleh sebuah trak penunda.

Serpihan dari bas itu terjatuh, menyebabkan berlakunya kemalangan dengan kereta terakhir terbakar.

Menurut pemandu kereta elektrik tersebut, Nachanok Rattanathip, dia memandu di belakang kenderaan lain yang mengekori trak tunda tersebut.

Namun, serpihan dari bas persiaran yang rosak itu terjatuh, menyebabkan kenderaan di hadapannya terbabas.  

Disebabkan tidak dapat mengelak, keretanya turut melanggar serpihan itu sehingga mencetuskan sistem amaran. 

Kereta tersebut kemudian terbakar sebelum anggota bomba tiba untuk memadam kebakaran. – AGENSI 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 26-6-2024 10:43 PM
Brand apa? Dari china kah?


Quote imransulaiman 26-6-2024 10:45 PM
Teringin nak beli EV..tapi masih was-was.
Quote pocongkiutss 27-6-2024 02:00 AM
imransulaiman replied at 26-6-2024 10:45 PM
Teringin nak beli EV..tapi masih was-was.

Try sewa dulu sebulan tru Flux..bawak masa cuti sekolah yg mmg betul2 tgh peak org pi berjalan
Quote imransulaiman 27-6-2024 03:51 AM
pocongkiutss replied at 27-6-2024 02:00 AM
Try sewa dulu sebulan tru Flux..bawak masa cuti sekolah yg mmg betul2 tgh peak org pi berjalan:lol ...

Ooooooooo boleh sewa ye? Berapa harga kalau sebulan?
Quote Neno90 27-6-2024 08:53 PM
Kemalangan boleh berlaku x kira kereta apa. Letrik ke. Pakai minyak 95 ke. Diesel ke. malang tidak berbau

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-7-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.037794 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top