CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azharina Azhar Disahkan Hidap Kanser - 'Jujurnya Saya Mula Didiagnos Dengan Penyakit Kencing Manis"

26-6-2024 10:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10997| Komen: 25

Description: Penyanyi Azharina Azhar mengesahkan dirinya menghidap kanser dan perlu menjalani pembedahan dalam masa terdekat. Namun Azharina masih belum dapat berkongsikan jenis kanser dihadapi.


Penyanyi Azharina Azhar mengesahkan dirinya menghidap kanser dan perlu menjalani pembedahan dalam masa terdekat. Namun Azharina masih belum dapat berkongsikan jenis kanser dihadapi.

Memetik mStar Online, Azharina berkata dia masih perlu menjalani beberapa pemeriksaan dan sepatutnya menjalani dua pembedahan besar namun terpaksa ditangguhgkan kerana ada kerja perlu diselesaikan.

“Sepatutnya saya jalani pembedahan bariatrik minggu depan tapi terpaksa tangguh kerana ada kerja yang perlu dilunaskan.

“Pembedahan itu terpaksa dilakukan atas nasihat doktor akibat masalah kesihatan memandangkan saya suka makan. Satu lagi pembedahan pula melibatkan kanser yang belum dikenal pasti,” katanya.

Selain itu, Azharina memberitahu selain kanser dia juga menderita penyakit diabetes sejak dua tahun lalu. Dalam pada itu, meskipun berdepan ujian kesihatan namun dia mahu kekal positif demi anak-anak dan perlu meneruskan kehidupan.

“Saya juga insan biasa, kalau sakit tentulah akan menangis. Biasanya saya akan dengar lagu-lagu galau untuk redakan perasaan. Tapi saya selalu ingatkan perlu positif demi anak-anak dan pekerja.

“Apa pun terjadi hidup tetap perlu diteruskan. Saya kena tempuh ujian ini walaupun perit dan menyakitkan,” katanya.

Terdahulu, Azharina memberitahu dia menghidap penyakit misteri selepas mengalami pendarahan teruk ketika program realiti All Star Gegar Vaganza pada tahun lalu.

SUMBER: mStar Online/Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DukunSentet 26-6-2024 10:59 PM
Allahu..muda lagi..baru 39 tahun..semoga tabah dan kuat..risaunya kalau aiol tiba2 diuji mcm nie jugak..mampu ke daku menghadapnya..
Quote LembingDayanti 26-6-2024 11:10 PM
propa
Quote asma87 26-6-2024 11:25 PM
Takziah....suara sedap...tapi tula..
Quote chocobozhere 27-6-2024 12:00 AM
Baru baru ni kawan ofis. Nampak sihat je tapi dia katanya selalu sakit belakang.. Pegi check rupanya kanaer stage 4, now kanser dah merebak ke tempat lain.. Insaf nya.. Muda lagi baru 40an...
Quote Sekaisilver 27-6-2024 12:19 AM
Semoga azharina diberi kesembuhan & dipermudahkan urusan
Quote cik_Sally 27-6-2024 12:23 AM
Semoga cepat sembuh....tapi ermmm...bab bariatric tu, kalau kau kuat makan, doktor akan nasihatkan supaya control diet, bukan potong usus.
Quote pocongkiutss 27-6-2024 12:37 AM
chocobozhere replied at 27-6-2024 12:00 AM
Baru baru ni kawan ofis. Nampak sihat je tapi dia katanya selalu sakit belakang.. Pegi check rupanya ...

Kanser apa ye kwn uols tu?
Quote AWEKSAMURAI 27-6-2024 01:08 AM
pocongkiutss replied at 27-6-2024 12:37 AM
Kanser apa ye kwn uols tu?

Biasa kalau simptom sakit belakang n belikat yg lama n on off paru2 atau payudara
Quote chocobozhere 27-6-2024 08:50 AM
pocongkiutss replied at 27-6-2024 12:37 AM
Kanser apa ye kwn uols tu?

Breastcancer
Quote nw111 27-6-2024 10:35 AM
pocongkiutss replied at 27-6-2024 12:37 AM
Kanser apa ye kwn uols tu?

Anak kwn i sakit belakang... tgk2 bone cancer..masa tau dh stage 4 coz sblm tu xde symptoms..bila kena sakit blkg tu terus teruk..pegi check dpt tau cancer...sempat chemo 2 kali..anak dia meninggal dlm tidur..umur 22y.o..diagnosed nov last year, jan this year meninggal..x sampai 2 mths
Quote izzah_mia 27-6-2024 10:41 AM
kata kena cancer tapi canser yang belum dikenal pasti? pelik kat sini
Quote primarikey 27-6-2024 11:33 AM
Skrg ramai yg kena turbo cancer...sedar2 dh stage 3,4....kwn i pn baru2 ni kena kanser tiroid..dh thp 3
Quote becir 27-6-2024 11:35 AM
kenapa cam off je statement dia
Quote NazRysha 27-6-2024 11:51 AM
chocobozhere replied at 27-6-2024 12:00 AM
Baru baru ni kawan ofis. Nampak sihat je tapi dia katanya selalu sakit belakang.. Pegi check rupanya ...

kanser apa u ?
Quote NazRysha 27-6-2024 11:52 AM

sorry nak tnya uso breast dia nampak normal la yer?
cuma sakit belakang je?
Quote hayrin86 27-6-2024 12:42 PM
chocobozhere replied at 27-6-2024 12:00 AM
Baru baru ni kawan ofis. Nampak sihat je tapi dia katanya selalu sakit belakang.. Pegi check rupanya ...

Betul.. Kira awal 40-an dah..

Quote scarflicious 27-6-2024 12:45 PM
Knp nak sebut bariatric. Aku bila nampk ni je terus mcm rsa ko ni nak menghalalkan potong usus ke?
Quote CoffeeOverdose 27-6-2024 12:50 PM
semoga diberikan kesembuhan.
Quote cik_ingeniare 27-6-2024 01:11 PM
salam takziah.. moga diberi kekuatan & cepat cepat sihat!

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.047692 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top