CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rizman Ruzaini Sangka Busana Kena ‘Reject’, Rupanya Lady Gaga Maklum Baju Terlalu ‘Grand’

27-6-2024 08:14 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17679| Komen: 105

Description: Pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini akui terkejut apabila penyanyi tersohor antarabangsa, Lady Gaga menggayakan rekaan mereka ketika membuat persembahan di Las Vegas.

Pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini akui terkejut apabila penyanyi tersohor antarabangsa, Lady Gaga menggayakan rekaan mereka ketika membuat persembahan di Las Vegas.

Menerusi perkongsian di TikTok Nona, Rizman berkata, dia menyangka pada awalnya Lady Gaga menolak untuk memakai rekaannya kerana dikatakan terlalu mewah atau ‘grand’.



"Sebenarnya asalnya kami dekat Malaysia dah lama dah hampir dua puluh tahun tapi dekat peringkat antarabangsa nama kami masih lagi hijau. Jadi bila nama hijau ni selebriti antarabangsa sebesar Lady Gaga dia akan pakai untuk testing dulu untuk tengok okay ke tak."


"Asalnya dia nak pakai untuk salah satu dinner show tapi bila baju sampai dekat dia, dia rasa baju tu ‘grand’ sangat untuk dipakai itu apa yang dia cakaplah."

"Dia nak simpan untuk acara yang lebih besar. Tapi untuk kami pada masa itu kita tahu bunyinya macam penolakan tapi tak apa kita husnuzon."   

Dalam pada itu, Rizman juga menerima maklum balas yang baik tentang rekaan yang dipakai Lady Gaga untuk persembahan penutup konsert tersebut.

"Tapi bila dia pakai tu Alhamdulillah rasanya mungkin flavor baju Malaysia yang mungkin dia tak pernah tengok lagi, tertutup ada cape dan sebagainya. Benda-benda macam tu yang akan membuatkan orang luar rasa benda yang baru untuk mereka."

"Itulah sebab benda itu jadi kegilaan juga yang mana pada masa itu saya tengok semua komen daripada orang yang pergi konsert itu, kebanyakan mereka cakap itu pakaian terbaik Lady Gaga pada malam tersebut."

Malah, dia turut berbangga jenama tempatan tanah air digayakan oleh selebriti terkenal di dunia sekaligus dapat menempah nama di peringkat antarabangsa.

"Ia sesuatu perkara yang besar buat kami di mana jenama fesyen Malaysia dapat dipakai oleh selebriti antarabangsa sebesar Lady Gaga."

Terdahulu, tular busana merah dipakai penyanyi Lady Gaga untuk sebuah konsert adalah merupakan rekaan daripada pereka fesyen tempatan iaitu Rizman Ruzaini.

Sumber: TikTok/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 27-6-2024 08:31 AM
Rizman ruzaini ni mmg pure melayu ke atau ada darah campuran
Quote BoongaKertas 27-6-2024 08:51 AM
ladygagak tu strong zionis supporter kan? then x perlu bgga lah kot.
Quote cicicumel 27-6-2024 08:53 AM
Tahniah .berkat bangun tahajud dan baca sehelai ayat Al-Quran sebelum Subuh utk murah rezeki sptmana yg diceritakan dlm podcast bersama anak tiri Dato CT
Quote Kancilkering 27-6-2024 08:54 AM
free mansom kah…
Quote imanamsyar 27-6-2024 09:18 AM
ada komen kat tiktok : "lady gaga telah disyarifah ainikan"..hahahahaha
Quote miamiot 27-6-2024 09:19 AM
Nk tanya baju tu ditempah oleh LG atau sponsored by RR ?
Quote wadiunong 27-6-2024 09:21 AM
noor2 replied at 27-6-2024 08:31 AM
Rizman ruzaini ni mmg pure melayu ke atau ada darah campuran

tgk muka pon boleh tau dah pure Melayu ke tak kaka
Quote noor2 27-6-2024 09:22 AM
wadiunong replied at 27-6-2024 09:21 AM
tgk muka pon boleh tau dah pure Melayu ke tak kaka

Hehe...keturunan india ya?...
Quote Sazreena 27-6-2024 09:43 AM
Walaupun vibe gayah ko jelas kelihatan but still tahniah la ya masih punya anak isteri.
Quote edayildiz 27-6-2024 09:44 AM
bkn lady gaga dah mati ke..serius la weh
ke i tertukar ngn amy winehouse..tp i betul ingt dia dh mati mcm ahmad dhani dlu..i balik dr asrama mak i ckp ahmad dhani meninggal.accident superbike..
i caya je xde gugel..alih alih i tgk hidup lg..bila i bgtau mak i ckp mami baca dh meninggal...
Quote becir 27-6-2024 09:53 AM
edayildiz replied at 27-6-2024 09:44 AM
bkn lady gaga dah mati ke..serius la weh
ke i tertukar ngn amy winehouse..tp i betul ingt di ...

Elok je mamat tu buat konsert kat kl last year
Quote asma87 27-6-2024 09:56 AM
Macam sopan design dia utk lady gaga.
Quote dua_chzy 27-6-2024 10:27 AM
imanamsyar replied at 27-6-2024 01:18 AM
ada komen kat tiktok : "lady gaga telah disyarifah ainikan"..hahahahaha

Aiol google gamba, memang dah rupa aruah Syarifah Aini.

Btw meka bayo RM 3 juta juga huntok Naomi pakai baju meka kat runway.
Quote _kelly 27-6-2024 10:41 AM
dua_chzy replied at 27-6-2024 10:27 AM
Aiol google gamba, memang dah rupa aruah Syarifah Aini.

Btw meka bayo RM 3 juta juga huntok ...

laa kesahnya...sanggup ya semata nak exposure ke global..semoga berbaloi la investment meka
Quote dua_chzy 27-6-2024 10:44 AM
_kelly replied at 27-6-2024 02:41 AM
laa kesahnya...sanggup ya semata nak exposure ke global..semoga berbaloi la investment meka

Yang Naomi tu, kat Dubai. Rasanya berbaloi sebab sana boleh jual baju kat acik2 pakcik2 Ereb kaya. Nampak sopan santun ayu la Naomi pakai baju RR.

Ni gambau:
1000098902.jpg

1000098903.jpg

Baju ni dashing nampak kat runway tu. Dalam gamba idok seberapa.
Quote noell 27-6-2024 11:00 AM
dua_chzy replied at 27-6-2024 10:44 AM
Yang Naomi tu, kat Dubai. Rasanya berbaloi sebab sana boleh jual baju kat acik2 pakcik2 Ereb kaya. ...

ini mcm naomi telah diziana zainkan saja
Quote puanserama 27-6-2024 11:03 AM
noell replied at 27-6-2024 11:00 AM
ini mcm naomi telah diziana zainkan saja

Hahahaha awak terlalu benar untuk saya
Quote sofi_sofia 27-6-2024 11:03 AM
miamiot replied at 27-6-2024 09:19 AM
Nk tanya baju tu ditempah oleh LG atau sponsored by RR ?

biasanya bukan ditempah atau sponsor kaka ... dlm dunia hiburan ni dipanggil endorsement ... retis dibayar utk public apperance ... kaka pun klu byk duit boleh buat baju bayar 10 juta bg lady gaga pakai!

dia sama jugak mcm retis appearance kat cannes film festival tu ... tak pyh nak fefeeling popular sgtlah! sapa2 pun boleh attend ada bayarannya ... rasa utk red carpet euro 7k ++ ...

sekian meols downgrade
Quote shark_eow7 27-6-2024 11:10 AM
rezeki dia dah smpai hollywood. pasni makin naik  la kot charges.

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-7-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.232945 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top