CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Individu Dakwa Rozita Ibrahim Guna Ilmu Hitam Untuk Kekal Cantik? – ‘Orang Yang Ada Ilmu Makrifat, Ilmu Kebatinan, Melihat Dia Pasti Akan Tahu’

27-6-2024 08:24 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 20575| Komen: 128

Description: Seorang individu mendakwa usahawan Rozita Ibrahim mengamalkan ilmu hitam dan batin yang menyebabkan wajahnya kekal cantik meskipun usia sudah menginjak 6o tahun.

Seorang individu mendakwa usahawan Rozita Ibrahim mengamalkan ilmu hitam dan batin yang menyebabkan wajahnya kekal cantik meskipun usia sudah menginjak 6o tahun.

Lelaki itu mendakwa, Rozita atau mesra dengan sapaan Bonda Rozita memiliki wajah yang jelita bukan hasil daripada keberkesanan penggunaan produk, tetapi disebabkan mengamalkan ilmu syirik.

"Muka dia (Rozita), muka modified (diubah). Siapa pentaksub Bonda Rozita? Kamu jangan percaya dia guna produk jadikan muka dia macam itu (cantik)."

"Dia bukan makan produk sahaja, ada ilmu-ilmu batin yang dia amalkan. Hanya orang tertentu yang boleh scan sahaja akan tahu."

"Orang yang ada ilmu makrifat, ilmu kebatinan, ilmu Islam melihat dia pasti akan tahu siapakah Bonda Rozita itu."

Individu terbabit memaklumkan mengenai perkara itu sewaktu melakukan siaran langsung di TikTok miliknya sebelum dirakam dan dimuat naik semula oleh pengguna media sosial di platform sama.


Menerusi sesi sama, individu berkenaan meminta orang ramai agar tidak terlalu obses dan taksub dengan ibu kepada usahawan Aliff Syukri itu.

"Jangan obses dengan dia, apabila dia kata makan produk yang diusahakan jadikan dia cantik begitu."

"Dia cantik, muka kekal menawan walau sudah tua bukan disebabkan produk semata."

"Dia sanggup beramal dengan ilmu kurafat, ilmu hitam. Sesetengah orang lama atau orang perempuan pakai susuk."

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas menyelar dakwaan tersebut dan berkata individu itu sengaja berbuat demikian dengan niat ingin tidak baik.

Selain itu, terdapat beberapa warganet yang mengaku kenalan dengan Rozita mengatakan usahawan itu sememangnya sudah cantik sejak usia muda.

Sumber: TikTok/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 27-6-2024 08:32 AM
Aku percaya je org2 yg obses cantik ni mmg sanggup melakukan apa sahaja untuk nampak cantik...
Quote Manusiabesa 27-6-2024 08:54 AM
Dia ni mana lawa pun. Takda yg manis xda yg cntik. Dh mmg template muka asal2 xlawa. Cocoks2 ke jampi2 ke tehtap la xlawa.. pndai bsnes dan putarbelit overclaim tu ya. Mmg ejas gane pun xkn lawa. Tggu mati je la nek lawa kt sorga. Bab ilmu hitam2 ke apa babaik la brader tuduh xda bukti jatuh pitnah. Klo ye pon dia ada ilmu batin lantak kan dia urusan dia dgn tuhan dia. Jahat2 dia pun bila ke mekah allh terima kunjungan dia. Yg brader pitenah dan menyibuk ni xtau la bumi mekah nk terima kunjungan brader ke x.


Dlu aku khatam blog dia tajuk dugaan noraini mmg best. Jln penceritaan dan olahan ayat dia menarik..tgn seni buat apa smua jdi. Crita yg pembaca dpt menjiwai suasana.

Bab lawa mmg xlawa mwahahaha
Quote Mimo.mimo 27-6-2024 09:01 AM
Bini pak ostad kot. Takkan guna ilmu hitam kot.

Tapi lately ni bonda macam obsessed cantik sejak kurus.
Quote pavlovachoc 27-6-2024 09:03 AM
bonda rozita ni pada mata aku biasa je , xde la lawa . tp suka ngn produk Sendayu Tinggi dia , dari zaman sekolah dah ada produk tu
Quote noor2 27-6-2024 09:07 AM
Kebanyakan org yg umur 60 x  secantik mcm dia ni...muka tegang semua...org tu kata dia cantik ni sb cantik pada usia dia ni...badan pun cantik..

Kita2 ni pun umur 60 tak tentu cantik mcm dia..muka mesti berkedut badan gempal...
Quote airmineral 27-6-2024 09:21 AM
biasa je muka acik ni kan? ke standard cantik pada mata aku terlalu tinggi? hihi
Quote edayildiz 27-6-2024 09:23 AM
tp muka dia mmg skeri sikit..mcm salah bedah gitu
tp xtau la psl ilmu batin..xterfikir pulakk
Quote edayildiz 27-6-2024 09:24 AM
Mimo.mimo replied at 27-6-2024 09:01 AM
Bini pak ostad kot. Takkan guna ilmu hitam kot.

Tapi lately ni bonda macam obsessed cantik sejak ku ...

perasan muda pun ada...gaya pakaian xkena kdg tu
Quote edayildiz 27-6-2024 09:26 AM
pavlovachoc replied at 27-6-2024 09:03 AM
bonda rozita ni pada mata aku biasa je , xde la lawa . tp suka ngn produk Sendayu Tinggi dia , dari  ...

i pakai sendayu tinggi masa sekolah dlu..naik jerawat satu muka..i ingt sampai skrg i dlm kls..then cikgu i tnya..why ur face blabla..
omg teruk giler..
pastu nsb kwn i rekemen satu produk ni..i pakai terus xde jerawat sampai skrg
Quote annehuda 27-6-2024 09:31 AM
teringat plak dulu die ni kan penah pakai purdah sekejap. konon dah insaf la lepas tu ada poremer spill, sebab cucuk tak menjadik
Quote becir 27-6-2024 09:31 AM
nampak muka operate dia ni, ilmu batin apooo
Quote Sazreena 27-6-2024 09:34 AM
Not a fan but let say betul la enn..x ke dia kepanasan bila laki dia yg kira perawat dan kuat agama tu baca quran etc? Mak halep ni solat jugek en... Kalau susuk tu aku cam x berapa caya tapi kalau enjet tu ya..tinggi kebarangkaliannya.
Quote kikuri 27-6-2024 09:41 AM
ntah la..tp bg meols yg penting ada duit je.... umur 60 pun boleh jadi 40...jnji ade duit.
Quote keys 27-6-2024 09:43 AM
annehuda replied at 27-6-2024 09:31 AM
teringat plak dulu die ni kan penah pakai purdah sekejap. konon dah insaf la lepas tu ada poremer sp ...

Haah. Mode keinsafan sangat kununnya. Si sotong plak acah2 pembedahan sbb eksiden. Padahal mengubah mcm Mekel Jeksen
Quote ketambangkang 27-6-2024 09:49 AM
zmn skrg dh x payah ilmu hitam lah der...maria farida, che ta, ezurin tu contohnya  
Quote BellaThePrinces 27-6-2024 10:01 AM
sehari 2 sebelum raya haji aritu dia ada buat live kat IG...ramai yang komen kenapa muka bonda lain macam...rasanya masa tu dia baru cucuk botox sbb bengkak lain macam....mmg penuh komen tanya knp muka bonda bengkak...

tup2 lps tu ilang dah feed yang itu....sayang betul tak sempat nak cincot

maknanya menipu aje lah bonda ni dok ramuan asli lah...turun temurun la...jamu bagai...podahhhhhhhhhh
Quote lilacomot 27-6-2024 10:12 AM
alaa susuk moden la tu..yg brader ni xtakut kene saman ke
Quote lola_manja 27-6-2024 10:16 AM
For me dia memang lawa sebab pernah tengok depan-depan kat Rumah Hutan.. macam ada aura gituu
Quote Lulu_717 27-6-2024 10:17 AM
Kalau tak betul jatuh fitnah..apalagi kasi saman satu kali la haha

Lihat semua komen(128)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.149713 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top