CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Dekat Setahun Tak Jenguk, Alhamdulillah Malam Raya Aidilfitri Anak Sulung Datang Ziarah’ – Isma Aliff

27-6-2024 06:16 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8467| Komen: 18

Description: Selebriti versatil era 90-an, Isma Aliff meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Nor Ismalina datang menziarahinya bersama menantu pada malam Hari Raya Aidilfitri yang lalu.


Selebriti versatil era 90-an, Isma Aliff meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Nor Ismalina datang menziarahinya bersama menantu pada malam Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

Ketika ditemui OhBulan!, Isma atau nama sebenarnya Muhammad Latiff Ismail berkata, dia sangat gembira kerana akhirnya dapat berjumpa dengan anaknya itu selepas kali terakhir berbuat demikian kira-kira setahun yang lalu.

"Saya gembira sangat dan terharu sebab dah lama tak jumpa kan? Mungkin dah lama dia tak balik jenguk saya sebab ada beberapa hal yang tak dapat dielakkan. Sebab itu lama dia tak datang."

"Tapi bila dia datang tempoh hari, saya tengok dia sihat pun dah cukup gembira dah. Syukur Alhamdulillah dan yang paling penting dapat jumpa dengan dua orang cucu saya."

"Rasanya dekat setahun dah anak tak jenguk saya sebelum ini tapi kami tetap berhubung melalui telefon."


"Sedih jugalah bila anak lama tak datang tengok saya sebab anak kan?"

Isma berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan Jalinan Kasih Prihatin KPJ Healthcare & mStar Baek yang diadakan di Menara KPJ pada petang Selasa.

Ketika ditanya tentang keberadaan Mohd Alif, Isma memaklumkan anak keduanya itu kini sedang menjaga isterinya, Norha Rafie di Ulu Kinta, Perak.

"Anak kedua belum datang lagi sebab dia sekarang ini sedang menjaga ibu dia di Ulu Kinta, Perak."

"Mungkin nanti kalau ada kelapangan dia akan datang atau mungkin saya yang akan ke sana jumpa dengan dia."

"Setakat ini belum berhubung (dengan anak kedua), apa-apa saya akan ‘direct’ dengan kakak dia saja."

Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi filem ‘Marah-Marah Sayang’ ini mendoakan agar kedua orang anaknya mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

"Kepada dua anak, saya doakan mereka diberi kebahagiaan dunia dan akhirat."

"Terima kasih banyak-banyak sebab lawat papa di dalam keadaan begini. Papa sangat hargai."

Terdahulu, Isma pernah dimasukkan ke Hospital Ampang selepas dikesan mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru hingga ditidurkan akibat kritikal pada 15 Disember lalu.

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Moyangkucing 27-6-2024 07:12 PM
Kenapa Pokcik Isma tak duduk sekali dengan isterinya di ulu kinta tu? Busy berlakon ke? Tanya jer
Quote exclusive_vvip 27-6-2024 07:15 PM
lohhhh..baru x jumpa setahun..tapi ada calling2 jua kan..gaya dia citer anak2 x jenguk dia dulu, mcm berpuluh @ berbelas tahun..
Quote shahirakay 27-6-2024 07:22 PM
baru tahu bini (ke ex bini?) isma alif ni stay kat kampung kelahiran dia. fun fact untuk acik forum, isma alif abang ipar pelakon veteran noralbaniah.
Quote stania83 27-6-2024 08:16 PM
shahirakay replied at 27-6-2024 07:22 PM
baru tahu bini (ke ex bini?) isma alif ni stay kat kampung kelahiran dia. fun fact untuk acik forum, ...

wahhh bini dia adik beradik noralbaniah?
Quote Kakashial 27-6-2024 08:35 PM
Moyangkucing replied at 27-6-2024 07:12 PM
Kenapa Pokcik Isma tak duduk sekali dengan isterinya di ulu kinta tu? Busy berlakon ke? Tanya jer

Dia dok kl jaga mak dia strok jugak. Dia pun strok tp dah getting better. Mak dia bed ridden. Pagi2 adik dia hntrkan makan sblm masuk opis. Wife dia dok perak dgn anak2. Tapi bau2 ikan jugak leeeeeee
Quote sharlenetexas 27-6-2024 08:36 PM
shahirakay replied at 27-6-2024 07:22 PM
baru tahu bini (ke ex bini?) isma alif ni stay kat kampung kelahiran dia. fun fact untuk acik forum, ...

Tentu lawa juga bini dia.

Quote rain2169 27-6-2024 08:38 PM
Kenapa anak dia dah setahun tak jenguk dia.
Jauh sangat ke dia tinggal.
Kalau setakat ulu kinta tu…. Alahai balik hari pun boleh….
Quote mojarean_X 27-6-2024 08:42 PM
Alahh anak2 mmg mcm tu. Sibuk sgt ngan hal sendiri. Bila parent dh x de, tetiba semua pakat terpaling rindu mak bapa
Quote shahirakay 27-6-2024 08:47 PM
stania83 replied at 27-6-2024 08:16 PM
wahhh bini dia adik beradik noralbaniah?

Iye u olls adik beradik. Albaniah yang bongsu. Arwah bapa mereka guru mengaji. Ai mengaji quran dengan arwah dulu, kadang dah habis mengaji, arwah suka tunjuk gambaq lama masa dia muda, gambaq albaniah adik beradik. Gitu..
Quote shahirakay 27-6-2024 08:48 PM

ai tak sure.. tak pernah tengok depan-depan..
Quote Moyangkucing 27-6-2024 09:12 PM
Kakashial replied at 27-6-2024 08:35 PM
Dia dok kl jaga mak dia strok jugak. Dia pun strok tp dah getting better. Mak dia bed ridden. Pagi ...

Thank you bagi pencerahan
Quote bottombikini 27-6-2024 09:17 PM
Kakashial replied at 27-6-2024 08:35 PM
Dia dok kl jaga mak dia strok jugak. Dia pun strok tp dah getting better. Mak dia bed ridden. Pagi ...

yg bau ikan tu belah KL ke kinta
Quote cempakaa 27-6-2024 09:23 PM
Ingatkan memang tak jumpa2
Quote prince_marhaen 28-6-2024 11:12 AM
Anak dah jumpa takyah la ungkit2 tak jumpa setahun la dua taun lah.. jap lagi anak dah malu, keluar cerita side anak sebelum kau sakit tu lagi malu... meols speku mesti ada sebab besar anak2 bolayan heols... anak sulung jumpa pun sebab husband she pujuk.... hehehe..
Quote bottombikini 28-6-2024 01:45 PM
ini contoh bapa yg bila tgh glamour gemilang tak heran dgn anak2
bila dah tua renta play victim...yihhh
Quote KamikuP 28-6-2024 04:10 PM
Hujung2 mcm ni pengakhiran hidop kan,.. sama mcm Dharma.. masa muda gah bukan main..huhuhu
Quote chandrahusin 28-6-2024 04:24 PM
shahirakay replied at 27-6-2024 08:47 PM
Iye u olls adik beradik. Albaniah yang bongsu. Arwah bapa mereka guru mengaji. Ai mengaji quran de ...

Albaniah ada Abg nama Zahar kan?
Aku pnh kenal brader tu
Skrg kwn kat FB je lama tak pnh jumpa
Quote Lavender_Violet 28-6-2024 04:58 PM
mojarean_X replied at 27-6-2024 08:42 PM
Alahh anak2 mmg mcm tu. Sibuk sgt ngan hal sendiri. Bila parent dh x de, tetiba semua pakat terpalin ...

Haha...kan??
I can relate

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-7-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.046863 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top