CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aznil Perjelas Isu Pelantikan Siti Nurhaliza Sebagai Pakar Di Universiti – ‘Hanya Ikon Promosikan Pembelajaran’

27-6-2024 06:19 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7917| Komen: 6

Description: Baru-baru ini, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza telah dilantik sebagai pakar di Pusat Pendidikan Berterusan Pendidikan Universiti Malaya (UMCced).

Baru-baru ini, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza telah dilantik sebagai pakar di Pusat Pendidikan Berterusan Pendidikan Universiti Malaya (UMCced).

Namun pelantikan berkenaan telah mengundang pelbagai respon daripada warganet susulan ada yang berpendapat bahawa penyanyi nombor satu negara itu tidak layak untuk memegang jawatan tersebut.

Menerusi perbincangan di Kool 101, pengacara dan penyampai radio Datuk Aznil Haji Nawawi tampil menjelaskan tentang kedudukan Siti Nurhaliza di universiti tersebut.


Menurut Aznil, penyanyi kesayangan negara itu tidak menyandang sebarang portfolio pendidikan namun hanyalah dilantik sebagai ikon.

"Pelantikan Siti Nurhaliza adalah sebagai ikon bukan sebagai profesor, bukan sebagai ahli akademik dan bukan sebagai tenaga pengajar."


"Hanya sebagai ikon yang memberi promosi tentang pembelajaran berterusan."

"Universiti Malaya ada bahagian swasta iaitu UMCCed ini, bersaing dengan universiti swasta yang lain. Jadi kemampuannya untuk mengambil Siti Nurhaliza adalah atas usaha bersaing dengan universiti-universiti lain."

Dalam pada itu, Aznil yang mesra disapa Pak Nil berpendapat pelantun lagu Dialah Di Hati itu layak digelar pakar kerana sudah lama berkecimpung di dalam industri seni.

"Ramai yang mengutuk dengan mengatakan dia belajar tak tinggi. Kita harus ingat dia bukan mengajar, kalau dia nak mengajar pun mungkin topik falsafah kehidupan, kemanusiaan sebab dia adalah antara orang yang aktif dalam aktiviti kemanusiaan."

"Dan juga kehidupan beliau daripada orang biasa menjadi seorang nombor satu dalam industri setelah lebih 10 atau 15 tahun, dia boleh dikira pakar. Sebab dia tidak membuat kerja lain selain kerja itu."

Pelakon filem Cicak Man itu turut memberi penerangan tentang dirinya yang juga salah seorang tenaga pengajar di universiti berkenaan.

"Macam saya, saya dilantik dalam bidang saya, bidang komunikasi. Jadi saya dilantik sebagai Profesor Adjung dan saya dibenarkan untuk mengajar."

"Dalam masa yang sama, bukanlah kerana saya popular atau orang ternama tetapi dilantik atas kelayakan akademik, pengetahuan serta kelayakan kepakaran bergiat dalam industri lebih daripada 20 tahun."

Sumber:TikTok Kool 101/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Binodino 27-6-2024 06:47 PM
Jadi ikon promote pembelajaran berterusan pun tak layak la, paknil. Baik lantik najwa latiff memang nampak la gigih sambung belajar, atau soo wincci. Dia ni dulu ikon budak2 belajar takat SPM lepas tu berlumba2 jadi penyanyi untuk jadi cepat kaya.
Quote wikedsaikel 27-6-2024 06:59 PM
Dia ada sambung belajar ke after SPM
Quote slyfynx 27-6-2024 07:00 PM
Sejak bile IKON dipanggil pakar.
Dulu mase pknil ikon membaca NILAM pun ramai x setuju kan
Quote Whitney72 27-6-2024 08:57 PM
Kejap pakar..kejap ikon..mna satu ni ..dah mcm gelabah UM ni
Quote pinksarah 27-6-2024 09:23 PM
puan pakar senyap je x bg statement kt media ke?

duk baca org lain beria2 justify
Quote notfound 27-6-2024 09:39 PM
Hanya dgn berilmu baru org akan respect. Rugi sgt Siti time muda byk duit patut further study.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-7-2024 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.048670 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top