JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial memaparkan detik seram di sebuah hospital di Indonesia apabila sebuah kerusi roda bergerak sendiri tanpa dikendalikan oleh sesiapa, lapor akhbar Detiknews semalam. Menerusi rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV), kerusi roda berkenaan dilihat bergerak dan turun empat tangga daripada tempat asal ia diletakkan. Lebih menyeramkan apabila kerusi roda itu tidak terguling mahupun terbalik. Malah, ia berhenti tepat-tepat di sebelah pintu kenderaan berwarna putih. Pergerakan kerusi roda itu seolah-olah ada ‘seseorang’ yang sedang menolaknya. Bagaimanapun, masih belum jelas di mana lokasi kejadian itu berlaku. – AGENSI |
shernazz replied at 28-6-2024 03:38 PM
Serem la sangat
Tengok2 mcm kat hospital shah alam tu..konon ada makhluk halus main pintu
Rupanya pi ...
yoppoy replied at 28-6-2024 06:22 PM
Mambang maen engsel
ADVERTISEMENT