CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bagi RM8k Sebulan, Kereta Mewah & Kad Kredit, Lelaki Terkedu Tengok Video Isteri Curang Dengan BFF – ‘Tak Sampai Hati Fail Nusyuz’

27-6-2024 10:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8869| Komen: 81



Tak dinafikan, setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti ada pasang surutnya namun baru-baru ini, seorang lelaki bergelar suami mendedahkan isterinya telah berlaku curang.

Menerusi perkongsian di X, lelaki tersebut yang bekerja dalam sektor minyak dan gas mendedahkan baru mengetahui bahawa isterinya itu telah menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain sejak dua tahun lalu.

"Lelaki tu kawan baik dia, kantoi sebab aku jumpa gambar dan video (18sx) dia. Ini bukan kali pertama, sebelum ini masa bercinta dia curang, masa kami bertunang dan kali ini selepas kami berkahwin."

Walau bagaimanapun, lelaki ini akui tidak merasa marah atau dendam tetapi kecewa dengan perbuatan tersebut. Walhal dia sudah menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan menyediakan segala keperluan untuk isteri termasuk nafkah zahir dan batin.

"Gaji aku RM40k sebulan, aku bagi isteri aku RM8k sebulan, aku bagi kereta mewah, kad kredit untuk belanja barang rumah. Aku tak tahu apa yang tak cukup lagi, penampilan diri aku cukup jaga."


"Cuma salah aku, 60% masa aku outstation tapi kalau di rumah 100% aku fokus dekat keluarga. Sekarang dah 4 bulan aku tahu dia curang, tapi aku belum bersemuka dengan dia lagi."

Dengan apa yang berlaku, lelaki ini akui masih sayang akan isterinya dan dia juga tidak mahu anak-anaknya membesar tanpa memiliki keluarga yang lengkap.

"Aku pilih kerja keras nak bagi keluarga aku hidup selesa. Aku tak tahu apa yang perempuan nak, aku rasa dah cukup semua aku bagi."

"Tak mudah aku nak fail nusyuz, keluarga aku dan isteri ada nama. Aku kena jaga nama isteri aku. Kalau aku fail nusyuz tu dah macam umum ke seluruh dunia yang isteri aku ni belen, aku tak sampai hati."

Tambah lelaki ini lagi, dia bercadang untuk bersemuka dengan isterinya pada hujung minggu ini sebelum berjumpa dengan lelaki tersebut bersama peguam.

Sumber: Aplikasi X/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 27-6-2024 10:53 PM
Edited by mojarean_X at 27-6-2024 10:58 PM

Ko dh kena nasi kangkang dekkk
Quote jasmeen 27-6-2024 11:04 PM
40 K sebulan gaji ko hasanah sangat kauuu ya
Quote pearl.silver 27-6-2024 11:07 PM
Nape lak klu dia filekn nusyuz nnt seluruh dunia tau bini dia curang?
Adakah nnt mahkamah akn buat pengunguman dlm sokabar atau socmed?
Korg artis ke takut ada reporter korek kt mahkamah??
Quote nw111 27-6-2024 11:21 PM
jasmeen replied at 27-6-2024 11:04 PM
40 K sebulan gaji ko hasanah sangat kauuu ya

Kerja oil n gas logic je dekk...i tau ada yg dpt lebih dr tu...yg dpt gaji sehari rm4k pun ada tau..tapi mmg kena sacrifice la tinggal anak bini lama2..
Quote bungarose 27-6-2024 11:23 PM
jasmeen replied at 27-6-2024 11:04 PM
40 K sebulan gaji ko hasanah sangat kauuu ya

Wujud ajer gaji 40k sebulan
Lebey dari 40k pun ader
Quote sukacactus 27-6-2024 11:56 PM
jasmeen replied at 27-6-2024 11:04 PM
40 K sebulan gaji ko hasanah sangat kauuu ya

Apa yg hasanahnya
Yg gaji puluh2 k dan kasi wife dia 10% dr tu pun ada je
Quote sharlenetexas 27-6-2024 11:58 PM
Jdt (jantan dayus team).

Quote lilacomot 27-6-2024 11:59 PM
Politician ke yg seantero dunia kenal ko.. Hasanah sgt kan
Quote yoppoy 28-6-2024 12:02 AM
Bodo tak bersempadan
Quote Purplehaz 28-6-2024 12:28 AM
Mcm kenalan I , hubby pilot gj puluh ribu..semua dI bg complete banglow, card cr, beday bg kereta mewah lagi, FLy sana sini, bg duit poket x kurang 6-7 ribu sbln. Tp masih nak berskandal. Bila tanya why...she said lonely.
Quote jasmeen 28-6-2024 01:05 AM
keluarga ternama,gaji 40 k isteri masih tak lekat,hasanahhhhh
ingat aku ni lahir semalam,maxambaru tau ada org gaji 40 k? pffftttttttttt
Quote jasmeen 28-6-2024 01:06 AM
sukacactus replied at 27-6-2024 11:56 PM
Apa yg hasanahnya
Yg gaji puluh2 k dan kasi wife dia 10% dr tu pun ada je

pfffttttttttt
Quote jasmeen 28-6-2024 01:07 AM
bungarose replied at 27-6-2024 11:23 PM
Wujud ajer gaji 40k sebulan
Lebey dari 40k pun ader

????pffftttttttt
Quote jasmeen 28-6-2024 01:08 AM
nw111 replied at 27-6-2024 11:21 PM
Kerja oil n gas logic je dekk...i tau ada yg dpt lebih dr tu...yg dpt gaji sehari rm4k pun ada tau ...

pfffttttttttttt
Quote pocongkiutss 28-6-2024 01:09 AM
jasmeen replied at 27-6-2024 11:04 PM
40 K sebulan gaji ko hasanah sangat kauuu ya

Oil & gas logik je nyahhhhhh..duduk planet mana ni?
Quote jasmeen 28-6-2024 01:10 AM
pocongkiutss replied at 28-6-2024 01:09 AM
Oil & gas logik je nyahhhhhh..duduk planet mana ni?

aku kat tamik nadu nyahhhhhhh cehhhh takat ong pffftttttt
Quote allshares 28-6-2024 03:23 AM
Mesti bini ko lawa namatey kan bang. Takpe la ko telan jela. Sbb ko mmg hadap penncurang, asalkan lawo. Sama la case dgn mokcik2 yg tanggung bewok, asalkan berlaki. Hadap jela eh.
Quote ninja boy 28-6-2024 04:28 AM
Edited by ninja boy at 28-6-2024 04:29 AM

Itulah bf lama x mau settle down awal kan dah kena sailang kerana kuasa duit duit duit
Quote jejaka_hensem 28-6-2024 04:31 AM
Mungkin dia sedar diri,kalau dia cerai dah takde org nak kat dia walaupun duit banyak.kesiannya

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.052841 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top