Viral di media sosial mengenai sebuah video yang memaparkan dua wanita didakwa sedang mengutuk bekas rakan sekerja mereka ketika membuat siaran langsung di TikTok, baru-baru ini. Menerusi klip video tersebut, kedua-dua wanita itu mendakwa lelaki berkenaan seorang yang ‘perasan bagus’. Berikutan daripada itu, salah seorang wanita tersebut yang dikenali sebagai Fatihah memaklumkan bahawa mereka dalam proses penyelesaian dan pihak rakannya yang mengutuk itu sudah pun membuat permohonan maaf secara peribadi. "Pada awalnya lelaki tersebut hubungi kami dan meminta rakan saya untuk membuat permohonan maaf. Dia (rakan sekerja) sudah minta maaf secara peribadi kepada lelaki tersebut. Tapi masih belum selesai sebab lelaki itu masih tidak berpuas hati." "Sekarang kami masih dalam proses untuk selesaikan dengan cara baik." Tambah Fatihah, dia turut berasa terkilan apabila media sosialnya diserang oleh netizen sedangkan dia tiada apa-apa isu dengan lelaki tersebut.
"Saya tak mahu besarkan isu ini tapi tak adil untuk saya sebab saya punya media sosial dah kena serang. Ada yang mesej kecam dan libatkan keluarga saya." Sumber : OhBulan |
ADVERTISEMENT