CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gaji Hanya RM2,000 Tetapi Teman Wanita Minta Belikan Honda & iPhone 15 Pro – “ Terpaksa Buat ‘Loan’”

27-6-2024 11:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12588| Komen: 76



Sejauh mana anda sanggup berkorban dan sebanyak mana anda sanggup berbelanja untuk memenuhi permintaan teman wanita?

Kalau sedang hangat dilamun cinta, kebanyakan individu sanggup menuruti kehendak pasangan untuk membahagiakan mereka.

Seperti cerita lelaki ini yang mendedahkan hidupnya kini serabut kerana memikirkan tentang hutang dan kewangannya.

Menerusi aplikasi X, lelaki berusia 26 tahun itu berkata teman wanitanya sering meminta dia membelikan barangan mewah.


Antaranya adalah cincin pertunangan, iPhone 15 pro dan paling dahsyat, teman wanitanya turut meminta agar dia membeli kereta jenis Honda untuknya.

Kata lelaki berusia 26 tahun itu, dia baru bekerja selama empat bulan dengan pendapatan (gaji pokok) hanya RM2,000 dan disebabkan mahu menuruti kehendak yang tersayang dia terpaksa membuat pinjaman peribadi.


"Aku nak kasi (iPhone) 13 dia taknak, nak juga 15 pro. Terpaksa loan. Pening dapat GF macam ni tapi nak buat macam mana, keluarga dah kenal."

Hantaran itu mendapat pelbagai komen dan respon daripada warganet di mana rata-ratanya menasihatinya untuk memutuskan hubungan tersebut.

Kata netizen, tabiat berbelanja barangan mewah tersebut akan menyusahkan diri dan kewangannya di masa akan datang.

"Run dik run. Hutang ini akan sentiasa mendatangkan masalah lain. Biarlah family kenal ke apa sebab yang akan tanggung beban (hutang) itu nanti kamu sorang je."

SUMBER : X/Beautifulnara


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 27-6-2024 11:18 PM
Cantik sgt ke girlfriend ko tu dekk?
Quote mojarean_X 27-6-2024 11:18 PM
Pompuan yg nk kete H ni red flag
Quote manamana123 27-6-2024 11:23 PM
cinta buta, sesal kemudian
Quote cmf_jeangrey 27-6-2024 11:27 PM
Teruskan la dek..kena buat silap dulu baru boleh nampak kesannya ye tak



Quote sharlenetexas 27-6-2024 11:31 PM
Bf cakap je boikot H dan apple.


Quote Bungatulip1171 27-6-2024 11:32 PM
Masa ni lah peluang kita utk pilih pasangan yg betul dik
Quote divalaura 27-6-2024 11:35 PM
kenapa bodoh main ikut je apa GF tu nak?
tak payah lah jadi lembu
ko belum tentu jadi laki dia pun
Quote lilacomot 27-6-2024 11:55 PM
Dh bg mcm2 nnt kompem kene tinggal je ngn gf tu... Sedihhhh.. Mesti jantan ni hodoh kn sbb tu sanggup perabess duit utk awek
Quote yoppoy 28-6-2024 12:04 AM
Tiap hari ada benang cita tah pa pe
Takpe la buat lubuk kutip tacang
Quote BoongaKertas 28-6-2024 08:01 AM
esok dh kawen, ko ttiba jd susah kan dik, akak caya jer pompuan tu tak fikir 2x utk tgglkan chuols
Quote ciksom 28-6-2024 09:04 AM
lilacomot replied at 27-6-2024 11:55 PM
Dh bg mcm2 nnt kompem kene tinggal je ngn gf tu... Sedihhhh.. Mesti jantan ni hodoh kn sbb tu sanggu ...

Aku pun rasa macam tu.bukan pompuan tu cantik. Tapi lelaki tu yg hodoh dan bodoh.
Quote copy_paste 28-6-2024 09:28 AM
patut sblum belikan minta belanja karipap,baru boleh bagi apa2 yg mewah
Quote insulin 28-6-2024 09:31 AM
Run mate run.
Quote menjad 28-6-2024 09:56 AM
Belum kahwin da kena QC... Camner
ko nak jadik laki org
Quote chandrahusin 28-6-2024 09:58 AM
dh dapat ifon & Honda
nnt awek bgtau
'awak terlalu baik untuk saya'
Quote yenil95 28-6-2024 10:02 AM
2k tu utk diri sendiri pun tak lepas. Ni belikan macam2 utk gf.
Quote Neno90 28-6-2024 11:23 AM
Berpada² la kalo nak minta dik oiii. Kalo x minta lagi bagus
Quote Cyempaka 28-6-2024 12:02 PM
hah bolehla kau join abang gaji 40k kat benang sana tu.. sama bodoh ja kauorang. boleh buat kelab. dia pengerusi kau setiausaha
Quote plywood 28-6-2024 12:03 PM
Edited by plywood at 28-6-2024 12:04 PM

Memang ada ker perempuan mcm ni?

Boleh tahan ke. belum kawin dah puluh2 ribu habis... klu tak kawin lagi haru...

high maintenance perempuan ni.. klu satu jer bolehlah barangkali klu dah cinta sangat.. perempuan ni penganggur ke?

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.039549 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top