CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pak cik hulur duit tepi jalan, Syed Saddiq raih RM25,000 - "Saya betul-betul terhutang budi kepada rakyat kerana memberikan sokongan"

28-6-2024 09:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10815| Komen: 24



MELAKA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya mengumpul dana sumbangan berjumlah RM25,000 dalam tempoh kurang 12 jam selepas memulakan larian Langkah Muar, awal pagi tadi.

Larian sejauh 200 kilometer (km) yang bermula dari Jambatan Muar di Bentayan, Muar sehingga ke Parlimen itu dibuat sebagai tanda protes terhadap kerajaan yang menarik semula peruntukan bagi Parlimen pembangkang.

Ia juga bagi mengumpul dana sebanyak RM100,000 bagi pelbagai kegunaan pusat khidmat rakyat Parlimen Muar termasuk membantu golongan veteran dengan keperluan seperti lampin pakai buang atau susu formula.

Menurutnya, setakat pukul 1 petang tadi beliau berjaya menghabiskan larian sejauh 34 km dan akan meneruskan larian sehingga pukul 10 malam nanti bagi mencapai sasaran 70km sehari.

Jelasnya, sepanjang larian tersebut dana sebanyak RM25,000 berjaya dikumpulkan hasil daripada sumbangan orang ramai termasuk penduduk tempatan yang secara spontan menghulurkan wang tunai ketika beliau melakukan larian di negeri ini.


“Alhamdulillah atas sokongan dan dorongan daripada rakyat saya telah mengutip RM25,000 dalam tempoh kurang 12 jam, saya betul-betul terhutang budi kepada rakyat kerana memberikan sokongan serta dorongan.

“Paling unik sekali sambil berlari ke Melaka sebentar tadi, ramai juga kereta, pak cik dan mak cik berhenti untuk berikan makanan serta minuman, memang saya terharu.

“Malah ada pak cik bernama Abdul Rahman dan Nor Hisham berhenti siap berikan sumbangan terus dan saya amanahkan kepada pegawai saya untuk terus bank-in secepat mungkin,” katanya ketika ditemui pemberita di Ayer Molek, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, dia akan meneruskan larian sehingga ke Alor Gajah dan akan berhenti berehat sebelum menuju ke Negeri Sembilan.

“Kita ada masa dua hari lagi. Sakit (cabaran) itu biar di dalam yang penting terus ke hadapan, hujan atau panas saya akan teruskan kerana tempoh masa agak singkat.

“Setiap hari saya perlu habiskan satu Ultramarathon melebihi 60 km, kalau tidak saya tidak akan sampai Parlimen Isnin ini yang akan mula bersidang pada pukul 10 pagi,” ujarnya.

Sumber  – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Binodino 28-6-2024 09:29 PM
Eh, bukan mamat ni dah sabit bersalah & kena hukum penjara ke? Apsal boleh berlari2 sambil kumpul derma pulak ni? Sakau privilege?
Quote Leonclay 28-6-2024 10:04 PM
Kata utk kegunaan pusat khidmat rakyat bg parlimen dia..
Ko lari dlm parlimen ko sudah le..nmpk la org yg sokong ko tu kewujudan ko sambil2 selami masalah rakyat..
Yg ko berlari sampai luar kawasan tu dah knp? Bukan ko join d le tour pun..entah ape2
Quote Momohizan 28-6-2024 10:46 PM
Dia ni memang ratu gimmick. Kawan2 I yang gigih sokong party M tu sekarang dah ramai yang u-turn. Lagi2 lepas kes songlao duit party
Quote Belibis 29-6-2024 06:46 AM
Kelakar..lepas kena scam dengan madanon,kena pulak dengan syed sodoq..[em:3:]
Quote hokeypokey 29-6-2024 12:09 PM
buat larian plak.. gila publisiti dia ni..
Quote _blackbird 29-6-2024 12:43 PM
Tgh tunggu komen kaka kaki mengenai bulu kening dan bulu ari2 sambil tepek gambar syed suck dick tgh tidor
Quote bakingsoda 29-6-2024 03:40 PM
mintak derma aje keje dia nih, emang dasar takde kemaluan. dah la ko kantoi pow duit parti masuk acc peribadi, ada lagi pulak yg bodoh gi derma bangang abadi bethol. duit sendiri kemut, duit parti kebas, duit rakyat ko mintak utk bantu rakyat. apa kata rakyat terus salur je sesame rakyat dr pass kat penyamun jd org tengah?
Quote lostnfaun 29-6-2024 05:01 PM
1 benda yg sama wlw bertukar kerajaan ialah peruntukan kawasan baik Dun @ Parlimen.

Masa election elok cakap terima apa saje pilihan rakyat tp bila dah pilih taknak dibagi peruntukan.

Apa yg takut sgt bagi sama rata kerajaan & pembangkang.
Quote alesandra 29-6-2024 05:08 PM
X serik2 ke bagi  puak2 ni duit? dahla dia dah didapati bersalah sbb pecah amanah parti lama dia.duit derma banjir parti muda pun sampai skrg xde laporan audit katanya.manjang kena scammed je kome
Quote alesandra 29-6-2024 05:12 PM
Binodino replied at 28-6-2024 09:29 PM
Eh, bukan mamat ni dah sabit bersalah & kena hukum penjara ke? Apsal boleh berlari2 sambil kumpul de ...

Dlm proses rayuan hingga titisan terakhir....
Quote kakikuDibibirmu 29-6-2024 05:19 PM
_blackbird replied at 29-6-2024 12:43 PM
Tgh tunggu komen kaka kaki mengenai bulu kening dan bulu ari2 sambil tepek gambar syed suck dick tgh ...

Hensemnya Syed Suck Dick ni, akak suka lelaki berdahi licin

Ikut pengalaman akak kan, orang yang berbulu kening lebat ni, bulu jembot dekat bawah tu lagi lebat diknon awwww....  





Quote _blackbird 29-6-2024 05:42 PM
kakikuDibibirmu replied at 29-6-2024 05:19 PM
Hensemnya Syed Suck Dick ni, akak suka lelaki berdahi licin

Ikut pengalaman ...

Tq kaka kaki. Ada gambar bulu jempot syed suck dick tak. Ahahaha
Quote QueenGambit 29-6-2024 05:47 PM
Dulu suka dgn dia ..skrg entahlah. Menyampah aku tgk ahli politik skrg. Macam bodo je
Quote dua_chzy 29-6-2024 05:59 PM
QueenGambit replied at 29-6-2024 09:47 AM
Dulu suka dgn dia ..skrg entahlah. Menyampah aku tgk ahli politik skrg. Macam bodo je

Hahaha. Sama. Entah apa tujuan meka wujud.
Quote Binodino 29-6-2024 06:42 PM
alesandra replied at 29-6-2024 05:12 PM
Dlm proses rayuan hingga titisan terakhir....

I cannot brain masih ada orang yang bagi dia derma konon demi orang2 muar. Padahal dah sabit kesalahan.

Jangan duit tu diguna untuk bayar denda mahkamah dah la.
Quote Apoo 29-6-2024 09:28 PM
lostnfaun replied at 29-6-2024 05:01 PM
1 benda yg sama wlw bertukar kerajaan ialah peruntukan kawasan baik Dun @ Parlimen.

Masa election  ...

Sebenarnya takdak pun peruntukan kepada ahli2 parlimen ni. Cuma zaman Tun jadi PM4, dia bagi kepada MP BN supaya depa boleh la bagi pulak kpd pencacai2 depa. Klu ada kenduri kendara, kematian, anak masuk jawi, so boleh la bagi kononnya YB prihatin nasib rakyat. Sbb tu berebut org nak jadi macai UMNO time tu. Geng pembangkang yg menang PRU, x dibagi. Nak belanja rakyat, kena guna duit gaji sendiri la.

Sbb tu bila PH menang PRU14, benda pertama depa buat bagi peruntukan kpd MP pembangkang juga. Konon2 nya benda tu akan kekal jadi tradisi. Sekali lepas langkah sheraton, Yiddin jadi PM, peruntukan kpd pembangkang di stop semula. Hadi Awang & lobai2 PAS yg pernah perjuang peruntukan sama rata ni pun tiba2 jadi syaitan bisu. Maklum la, seumur hidup, tiba2 duit masuk berjuta2. Lobai pun nak merasa jugak duit berjuta. Syed Saddiq time ni pun dok bising x dpt peruntukan.

Quote yoppoy 30-6-2024 02:38 AM
Geygeh
Quote otai_g 30-6-2024 05:22 AM
alesandra replied at 29-6-2024 05:08 PM
X serik2 ke bagi  puak2 ni duit? dahla dia dah didapati bersalah sbb pecah amanah parti lama dia.dui ...

Duit derma tu pun Dr investor. Ingt investor bodo bg duit free2? Ada la agenda tersirat tu.

Kalo ko paham mcm mn sistem berjalan ko x kan terkejut dgn something tindakan bodoh yg ahli politik lakukan. Semuanya telah dirancang Dan utk memahami ko kena buat cross checking. Br jumpa jawapan.
Quote alesandra 30-6-2024 05:57 AM
Edited by alesandra at 30-6-2024 09:44 AM
otai_g replied at 30-6-2024 05:22 AM
Duit derma tu pun Dr investor. Ingt investor bodo bg duit free2? Ada la agenda tersirat tu.

Kalo  ...


Investor bagi duit tu ada rahsia ke?mmg sah2 la penaja parti muda tu duit daim zainuddin.wife kertu dia ada jadi ahli.persoalan skrg muda mmg mintak dana ,derma utk banjir tu terang-terangan dari org awam.dan hasil derma tu x diaudit.kena audit.sapa suruh mangkok ni sembang gegar psl transparency ? sendiri pun vontot bakal kena sebat lagi mau sembang ...

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.037820 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top