CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Pakej RM250K, Ramai Terpegun Lihat Khemah VVIP Jemaah Haji Malaysia – “Ada Lobster, Tandas Tak Perlu Beratur”

28-6-2024 10:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 31111| Komen: 146


Setiap orang melalui pengalaman yang berbeza ketika menunaikan haji tetapi apa yang sama adalah masing-masing fokus untuk beribadah.

Video dikongsi oleh usahawan tudung Haliza Maysuri meraih perhatian warganet selepas dia menunjukkan suasana khemah didudukinya semasa menunaikan ibadah haji baru-baru ini.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di TikTok itu, khemah tersebut dilihat begitu luas dan turut mempunyai kerusi empuk untuk jemaah berehat dengan selesa.

Difahamkan, khemah tersebut adalah khas untuk VVIP yang mengambil Pakej Almaas dari Tabung Haji (TH) bernilai RM250,000.

Bukan sekadar khemah yang luas dan tempat rehat yang selesa tetapi jemaah turut dihidangkan makanan mewah seperti lobster.

Tambah Haliza, jemaah yang mengambil pakej itu juga diberi kemudahan tandas di dalam khemah dan tidak perlu beratur panjang.

"Keluar khemah saja bangunan tempat melontar sudah depan mata. Hidangan lobster segar, karpetnya kalau pijak tenggelam tapak kaki, sofa empuk boleh buat jadi katil, siap ada selimut dan bantal. Alhamdulillah. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"



Hantaran itu meraih perhatian ramai warganet yang berasa teruja melihat kemudahan disediakan di khemah tersebut dan mendoakan agar mereka dapat merasai pengalaman sebegitu.

SUMBER : TikTok/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amyza 28-6-2024 10:11 PM
Memang selesa, syok tengok. Rezeki diorg.
Iols pun teringin cuma tu lah duit ciput jer, manatau ada pak arab sudi sponsor iols lakibini nanti bila tiba masa nye.
Quote sapeka 28-6-2024 10:43 PM
Rezeki masing masing
Quote ladybugz 28-6-2024 11:23 PM
Alhamdulillah. seronok tgk pakcik makcik yg dah berumur dpt nikmat buat haji mcm ni.
Quote anony-mous 29-6-2024 12:56 AM
Teringat cerita porumer dkt benang igpemes, mak dia pegi 2x, 1st pakej mahal 25thn yg lps around 40k xsilap, second pakej marhaen tp mak dia ckp masa pegi pakej 40k tu Allah uji mcm2, mgkin sbb mak dia kata ada sikit riak dlm hati. Masa 2nd pakej murah tu Allah permudah semuanya. So, pakej mahal xmenjamin rezeki pon murah. Baik doa dipermudah urusan.
Quote Tinot7 29-6-2024 02:25 AM
Mahai sbb bg mkn lobster jahh ka?
Quote jari10 29-6-2024 02:32 AM
Tinot7 replied at 29-6-2024 02:25 AM
Mahai sbb bg mkn lobster jahh ka?

Kau rasa?
Quote B40tastePosh 29-6-2024 02:34 AM
Merepek makan lobster dah macam melancong sambil makan seafood. Baik pergi Thailand je
Quote B40tastePosh 29-6-2024 02:35 AM
Merepek makan lobster dah macam melancong sambil makan seafood. Baik pergi Thailand je.
Quote zamnie 29-6-2024 07:25 AM
Alhamdulillah rezeki dorang dpt mcm ni... kita kalau dpt pegi pun dah cukup baik
Quote becir 29-6-2024 07:28 AM
Laundry included tak
Quote noor2 29-6-2024 07:42 AM
Bukan calang2 taraf yg vvip ni..mungkin jawatan2 mereka pengarah ke..boss2 ke...tu yg mampu..

Makcik2 pakcik2 kg manala mampu sampai kos RM250k
Quote ezacbee 29-6-2024 07:55 AM
Yg penting utk keselesaan. Acik2 tu bukan makan banyak mana pun. Xpasal kena gout.

Manalah aku nak cekau 250k.



Quote notfound 29-6-2024 08:03 AM
Wow 250k betul2 selesa
Quote limesherbet 29-6-2024 08:05 AM
Edited by limesherbet at 29-6-2024 08:14 AM

Ohh rizalman pernah tunjuk dulu masa dia ambil package ni.....selayaknye la mahal...keluar khemah je dah ada semua. Dalam aircond, sofa etc..toilet proper semua proper...u pay for convenience, comfort.....so takde salah. apa kena mengena rezeki dapat bayar package mahal dengan tak dapat ujian masa buat ibadah tu? hidup di dunia pun mmg utk diuji.

kalau bukan vvip pun, makcik pakcik guna duit epf ler. tak salah pun ada menu lobster...org yg pertikaikan lobster ni sbb tu makanan asing pada dia & tak mampu agaknya.

Quote ninja boy 29-6-2024 08:16 AM
Haji itu jihat taw keluar wang itu jihad, wang sama kos sebiji rumah taw
Quote Shayang 29-6-2024 08:26 AM
Betul ke selesa? Knp kt fb ada akak tu share bila kat mina ke muzdalifah  aku taktau ni mana dulu yg dorang kena bermalam hanya berbumbungkan langit tu. Dia kata semua org sama je kena tidur sempit2 dlm kepanasan kat situ.
Kalau tgk caption dia mcm dasat gak pengalaman haji nih, kena sabar yg cukup tinggi.
Quote Shayang 29-6-2024 08:29 AM
Tinot7 replied at 29-6-2024 02:25 AM
Mahai sbb bg mkn lobster jahh ka?

Bg aku tak penting pun lobster ni
Nakkan kemudahan dan keselesaan je, cth tandas tu tak perlu beratur panjang sampai berkilometer.
Seksa aku tgk org yg g pakej marhaen ni tunjuk gambar hari2 beratur panjang nk g tandas.
Cuaca panas yg amat2, khemah dorang cam ada aircond juga tp tak mencukupi sbb terlalu ramai jemaah so tak rasa apa2 pun.
Quote otai_g 29-6-2024 08:37 AM
Dalam agama pun ada kasta ya guys. Bnyk duit dpt tmpt yg selesa utk beribadah. X da duit ha pg ambik khemah bumbung poncho jah
Quote Prickford 29-6-2024 08:41 AM
Rezeki. Kita gembira tengok. Kalau ada duit jota2, mmg iolls amik pakej ni bwk orang tua iolls. Semoga impian iolls nak bawak orang tua ke Makkah, Allah makbulkan. Dapat buat umrah sama2 pon dah syukur sangat2.

Lihat semua komen(146)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.043068 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top