CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Boleh Kena Sihir Kalau Tak Angkat Kain Di Ampaian Waktu Maghrib, Ini Jawab Ustazah Asmak Husin

30-6-2024 12:27 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15680| Komen: 39



Selalu kita dengar orang-orang tua akan berpesan untuk tidak lupa untuk mengangkat kain jemuran sebelum tiba waktu maghrib kerana percaya ia boleh menjadi faktor hal-hal yang tidak baik.

Baru-baru ini, tular di platform Facebook apabila seorang pengguna berkongsi bahawa jin atau iblis akan menyihir pakaian yang disidai di ampian sehingga lewat malam.

Kongsi pandangan mengenai dakwaan tersebut, Ustazah Asmak Husin yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) Ulama Malaysia berkata ayat terbabit tidak disebut dalam mana-mana hadis.

Menurutnya, dari sudut hukum alam, tidak mempunyai masalah jika mahu menjemur kain hingga waktu malam.

Namun begitu, ada yang hadis yang mengatakan tidak baik untuk seseorang berkeliaran di luar rumah ketika waktu Maghrib.

Daripada sahabat Jabir radhiallahu’anhu, bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Maksudnya: “Jika malam datang menjelang, atau kalian berada menjelang maghrib maka tahanlah anak-anak kalian (di rumah), kerana ketika itu syaitan sedang bertebaran. Jika telah berlalu sesaat dari waktu malam, maka biarkan mereka (jika ingin keluar).

Dalam pada masa yang sama, Ustazah Asmak menjelaskan bahawa terdapat nasihat daripada orang yang terlibat dalam bidang perubatan Islam agar tidak meninggalkan baju di ampaian secara terbuka ketika waktu Maghrib kerana kebiasaannya muda disihir dan lebih elok jemur di kawasan tertutup.

SUMBER : Majoriti/Beautifulnara
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 30-6-2024 12:31 PM
Gambar atas tu, owner dia jual bundle underwear ke punya la byk sotong kering
Quote TMZ.com 30-6-2024 12:39 PM
Nooohh banyak betul sotong kering
Quote lucky_peace 30-6-2024 01:19 PM
Xde gambar lain ke?
Quote Perawankota 30-6-2024 01:32 PM
Kalau jemur baju dalam umah mcmana lak
Quote yoppoy 30-6-2024 02:14 PM
Firenzza replied at 30-6-2024 12:31 PM
Gambar atas tu, owner dia jual bundle underwear ke punya la byk sotong kering

Rasa penah tgk kat fesbuk sesi luahan hati jiran tengok ong sebelah susun sutun kering punya banyak camtu
Gang bujang tinggal sewa kot
Elok setting ngan housemates nak cuci sutun seirama fuleks
Dapat jiran gersang terkam deme baru tau
Quote CoffeeOverdose 30-6-2024 02:18 PM
lain mcm cara display underweat tu ye Option bg bgs selain dr sidai dlm rmh adalah, beli dryer.
Quote zamnie 30-6-2024 02:53 PM
Mcm xde gmbr lain lak nkntunjukkk
Quote Momohizan 30-6-2024 02:54 PM
Kenapa ye ustad n setazah suka momokkan cerita sihir la...Jin la.... Ke otak memasing pusing2 kat situ je?
Quote sharlenetexas 30-6-2024 03:07 PM
Perawankota replied at 30-6-2024 01:32 PM
Kalau jemur baju dalam umah mcmana lak

Dalam pada masa yang sama, Ustazah Asmak menjelaskan bahawa terdapat nasihat daripada orang yang terlibat dalam bidang perubatan Islam agar tidak meninggalkan baju di ampaian secara terbuka ketika waktu Maghrib kerana kebiasaannya muda disihir dan lebih elok jemur di kawasan tertutup.

Kalau ikut perenggan kat atas kat kawasan terbuka tak digalakkan. Kalau kawasan tertutup lagi elok. Kawasan tertutup tu dalam rumahlah kan.

Ikutkan doktor dia kata jemur seluar dalam baju dalam di bawah cahaya matahari. Tak payah malu2. Tapi masa Maghrib mana ada cahaya matahari dah.

Quote _blackbird 30-6-2024 03:59 PM
Simple solution, takyah pakai spender takyah pakai bra, tak perlu basuh, tak perlu jemur hihihi. Basuh baju pon byk pantang larang daaa... org kalau nak buat khianat, dia buat juga
Quote QueenGambit 30-6-2024 04:02 PM
Aib je jemur sotong.org boleh bayang keadaan kau pki sotong kaler2 pelangi
Quote makihamis 30-6-2024 04:27 PM
Gambarnye punnn satu set penda berwarna warni colectionnya
Quote noor2 30-6-2024 04:39 PM
Tak.menahan gambar2 hiasan hang TT
Quote zuuu 30-6-2024 04:40 PM
Alamak aq kalo telekung mmg biasa tinggal kat luar je esok pagi dh kering baru kutip balik sebab tebal lambat nk kering...biasa jemur luar baju yg tebal susah nk kering ngan seluar jeans je yg lain sidai dalam ampaian dalam umah
Quote Goodluckdontcry 30-6-2024 04:40 PM
Knpla nk payahkan hidup..basuh baju pagi..jemurla lps tu..bila ptg, angkat la..klu msh lembap, sidaila dlm umh bawah kipas..ye utk keselamatan...xkirala sbb sihir ke atau org curi jual bundle...hidup ni mudah dik..xyahla buat payah...apoooo la...
Quote kakikuDibibirmu 30-6-2024 04:44 PM
Sotong-sotong semua malam-malam memang keluarkan air ya, if you don't believe me, you can try at night

[youtube]HlbICI82J4s[/youtube]
Quote nw111 30-6-2024 05:28 PM
Eee...tak malunya sidai granny spentot kat khalayak ramai camtu...aku sidai underwear mesti sorok2 celah baju lain...takde org boleh nampak
Quote ivy23 30-6-2024 05:32 PM
Iols sidai sorok2 jugak..tapi kena cahaya matahari la...nnt kang lembap, mudah bakteria pulak..
Quote miss_white 30-6-2024 05:52 PM
kadang2 jemur baju waktu malam
Siang esok baru aku angkat
Kalo jemur malam siang dh boleh buat kerje lain
So macam mana ye baju aku di ampaian semalaman
Ok ke harap baik2 je lah ye

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.054884 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top