CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Tiada Soalan Dah Kahwin, Perancangan Anak” – Wanita Kagum Sikap Penemuduga Syarikat Luar Negara Profesional Berbanding Negara Sendiri

30-6-2024 12:38 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 18849| Komen: 141



Baru-baru ini di platform X, seorang wanita berkongsi cerita tentang dirinya yang sanggup berhenti bekerja demi memberi fokus sepenuhnya kepada keluarga.

Namun begitu, selepas lebih setahun menjadi suri rumah, wanita terbabit membuat keputusan untuk kembali bekerja tetapi proses mencari kerja tidak mudah buatnya.

Hal yang teruk berlaku apabila ada sesetengah syarikat yang memandang rendah terhadapnya dan menawarkan kadar gaji yang rendah.

Tidak mahu berputus asa mencari tempat kerja, wanita itu meneruskan pencarian hingga dia berjaya dipanggil oleh sebuah syarikat luar negara untuk ditemuduga.

"Temuduga dengan orang Scotland tak ada langsung soalan kenapa ada careep gap? Dah kahwin? Ada rancang nak ada anak? Sangat profesional."

Bahkan, wanita tersebut meluahkan rasa syukur kerana syarikat luar negara lebih menghargai bakatnya hingga menawarkan kadar gaji yang tinggi.



Akhir kata, dia memberi pesanan kepada golongan suri rumah untuk tidak berputus asa dalam mengejar impian mereka.

SUMBER : mStar/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kepompong 30-6-2024 01:24 PM
berjaya temuduga aje. Dah dpt ke keje nya tu . baca macam "ditawarkan" aje. Belum dpt pun
Quote Meiizu 30-6-2024 01:31 PM
Dia belum dpt keje pun...entah2 co tu pun taknak hire dia sebab ada anak
Quote ladybugz 30-6-2024 02:13 PM
this is so true. ada yg siap nk tau dah pernah kawin ka apa ka. married or single tu boleh tahan lg. ni siap nk tau duda ka janda ka dha brapa lama menjanda or menduda anak brapa org besar mana. dll
Quote suri33 30-6-2024 02:15 PM
Yup betul sgt ni. Para wanita yg dh kahwin n pernah berhenti sbb anak mesti ramai dh rasa. Lg2 kalau interviewer lelaki type M. Biasa type C mmg tgk pengalaman je.
Quote CoffeeOverdose 30-6-2024 02:21 PM
ditawar gaji yg tinggi? Confirm hired ke dia ni?
Quote Momohizan 30-6-2024 02:52 PM
Comprehension I ni teruk... Minah Ni dapat kerja ke tak? Ditawarkan gaji yang tinggi tapi mana cerita sign offer letter?
Quote QueenGambit 30-6-2024 04:01 PM
Untunglah...
Quote Decaffeinated 30-6-2024 04:07 PM
Works both ways. Company international tak nak tau ko ada anak berapa sebab masa kerja nanti ko tak gigih nak minta balik awal amik anak kat sekolah.

Company lokal haruslah kena amik tau sebab sama2 tau perangai memasing.
Quote _blackbird 30-6-2024 04:18 PM
Ntah lah eh. Susah nak komen benda ni. Aku pernah ada experience co worker yg everyweek ambil el sebab anak sakit. Hari ni anak no 1 sakir, minggu depan anak no 2, pastu anak no 3, minggi seterusnya laki pulak sakit. Hoii dah kenapa laki ko sakit ko pulak kena cuti. Hanjingggg ko kahwin dgn laki umur 2 thn ke tak boleh jaga diri sendiri. Tu belum lg dia minta balik awal sebab nak ambil anak la, ambil ayah la ambil tak sesiapa lagi. Yg anehnya lama betul dia bertahan kat company tu sampai skang masih kerja lagi
Quote ivy23 30-6-2024 04:22 PM
Memang betul pun..pengalaman first, masa tu iols dah kawin..tapi tkde anak lagi. So diaorang tanya ada plan nak anak ke dlm masa terdekat..of course iols ckp terus terang sbb memang nak anak kan..so tk dpt job tu sbb diaorg nk yang boleh bg komitmen penuh kt kerja..pengalaman kedua kat company lain, masa interview tak tanya .tapi lepas dah balik esok call untuk offer..last soalan bos nak confirm, dah ada anak ke belum..hmmm..dah 2 anak takkan nak cakap takde anak lg...so mmg tak dapat la..
Quote cm_vungtau 30-6-2024 04:26 PM
Edited by cm_vungtau at 30-6-2024 04:30 PM

Masalahnya Malaysia punya maternity leave sampai 3 bulan. So nak ambik pekerja perempuan yang baru kawin pun pikir seratus kali. Nak2 kalau terkena yang jenis mengandung back to back. Haru. Dahla kalau orang mengandung tak boleh kena fire. Silap2 kena kejar dengan pejabat buruh. Aku pernah dapat pekerja mengandung datang kerja untuk tidur aje. Gila betul.

So sekarang pekerja lelaki saham tinggi sikit Bagus la, kurang spesis bewak kat Mesia. Takde la pompuan melayu dok kutuk laki bewak dah
Quote ronms 30-6-2024 05:04 PM
Kalau company aku, masa interview tak dibenarkan tanya status perkahwinan, ada anak ke tidak etc.
Quote soursop_juice99 30-6-2024 05:44 PM
Pernah attend interview. Hiring manager tu tanya ada plan ke nak ada anak dlm masa terdekat. WTH.

Member aku penah nak pergi interview. Company tu suruh isi application form. Antara details yg dorang minta disclose, tarikh kahwin, ada plan nak pregnant tak.

Soalan kt sini, kt malaysia dibenarkan ke tanya soalan tu dkt candidates?
Quote suri33 30-6-2024 06:36 PM
_blackbird replied at 30-6-2024 04:18 PM
Ntah lah eh. Susah nak komen benda ni. Aku pernah ada experience co worker yg everyweek ambil el seb ...

Kalau tgk kes el mc back to back ni lebih pd perangai. Dan mungkin company mudah bg kelonggaran. Org mcm ni akan stay lama kt tmpt yg convenient utk dia. Last2 pekerja yg ok yg tak tahan dgn org mcm ni. Ikut pengalaman aku la. Sbb tu taknak tambah anak sbb tahu AL tak cukuppppp hahaha.
Quote kakacantikkan 30-6-2024 06:46 PM
bitter life between married dgn unmarried ni da lama berlaku dr zmn 50thn dulu lg..sama je bitter between surirumah n wanita berkerjaya..hidup wanita ni susah ya (nsb i xda anak ppuan)..kena perfect segala segi..

sama la jugak dulu..ms i bujang..i x suka colleague yg da kawen ada anak..rs derang ni mcm bg beban dkt team mate yg bjg..

tp bila i da kawen ade anak..i x suka plk dgn colleague yg unmarried..bg i derang ni mcm robot less humanity..they married to their job which is bile derang blah or resign or mati..co sbnrnya x kisah pun nk replace derang..

for me..the best boss is those yg married..parents make good boss for me..ni pendapat acik yg umur 40thn da ada exp lbh 15thn la yer..da jump byk co besar2 n mnc besar pun da byk kali keje..skrg pun msh di mnc..nnt org ingat i sthn jagung plk nk bg pendapat truth hurts ni..
Quote midori888 30-6-2024 06:56 PM
Meols baca kat MStar news...dia interview dgn org Scotland dari O&G company dpt gaji 4k. Company local nak kasi 2.6k jer.

Quote ninja boy 30-6-2024 07:04 PM
Memang married masalah anak dan cuti aje dan org bujang take over kerja mereka, cuti raya lama belah mertua dan belah parent, belum lagi x cukup duit asik minta duit org bujang, lagi mereka asik ejek buli org bujang terlajak bila dapat anak sindron down oku autisme baru pandai senyap, waktu ofis asik melucah aja, skandal dll. Kalau rumah bertingkat mereka bertengkar laki bini dan memekak pagi kul 5 masak2. Di market mereka anak beranak potong queqe utk bayar troli dpn cashier tapi anak beranak sedang cari barang, di kenduri kawen mereka tapau mknn seperti kebuluran. Org bekeluarga x tunjuk contoh yg baik kpd org bujang
Quote _blackbird 30-6-2024 07:05 PM
suri33 replied at 30-6-2024 06:36 PM
Kalau tgk kes el mc back to back ni lebih pd perangai. Dan mungkin company mudah bg kelonggaran. O ...

Ha ah. Yg colleague aku tu dia station kat branch. Most of the time dia sorg je dlm office tu. Yg lain semua field job. Yg hq mmg bukan micromanaging. Tapi byk la kerja tertangguh sebab asik el / mc
Quote _blackbird 30-6-2024 07:13 PM
soursop_juice99 replied at 30-6-2024 05:44 PM
Pernah attend interview. Hiring manager tu tanya ada plan ke nak ada anak dlm masa terdekat. WTH.

...

Utk culture work malaysia, penting aku rasa. Lagipon ikut pengalaman aku both as employee and employer, company yg tanya mcm2 soalan pelik2 mcm tu sebab dah terkena dengan previous staff yg menyusahkan semua org dgn habit el/mc guna alasan hal family especially anak kecil sakit

Lihat semua komen(141)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.060680 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top