CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kecewa Rumah Agam Biduanita Negara Dirobohkan, Peminat Saran Kerajaan Tubuh Galeri Sharifah Aini

1-7-2024 07:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 24593| Komen: 284


PENDEDAHAN terkini perobohan rumah agam Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini oleh pemilik baharu lot tanah bernilai tinggi mengundang pelbagai reaksi netizen, terutama yang membesar dengan lagu penyanyi popular itu.

Kesal dengan penjualan dan perobohan kediaman tersebut, khalayak mencadangkan segala memorabilia hasil kerja seni Sharifah Aini sepanjang lebih lima dekad bergelar penghibur diabadikan dalam sebuah galeri peringatan.

Biarpun sudah terlambat apabila banglo berkeluasan 20,000 kaki persegi tersebut sudah tinggal longgokan batu apabila kerja memecahkan struktur binaan sudah dijalankan sejak dua bulan lalu, peminat tetap menzahirkan impian mereka untuk diberi perhatian.

Patut dijadikan muzium kenangan Biduanita Negara macam Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, ada muzium,” komen seorang peminat.

“Kerajaan kenapa tak buat muzium buat tatapan generasi masa depan macam rumah P Ramlee. Sayangnya,” tulis netizen.


Ketika hayat arwah selalu jemput anak tahfiz untuk majlis ilmu, alangkah indahnya dijadikan pusat ilmiah,” tulis seorang lagi pengikut laman sosial HibGlam.



Begitupun, ada dalam kalangan penggemar muzik menyarankan barangan peribadi yang masih disimpan warisnya dapat ditempatkan di sebuah premis lain sebagai galeri untuk tatapan umum.

Semalam HibGlam melakukan tinjauan di tapak banglo yang kini dalam fasa membersihkan sisa binaan lama sebelum projek mendirikan asas bangunan komersil pula dimulakan.

Pengawal keselamatan yang enggan dikenali berkata dia hanya tahu kerja merobohkan dan mengangkut sisa rangka rumah sudah dimulakan sekitar dua bulan lalu.

Begitupun, dia tidak mengetahui tarikh kerja pembinaan asas bangunan baharu dijadualkan bermula memandangkan sehingga kini kerja pembersihan masih berjalan.

Masih ada pekerja datang bersihkan kawasan dalam. Bulldozer (jengkaut) pun ada lagi belum bawa keluar.

“Saya tak tahu nama pembeli tanah ini, semua ada tulis pada bahagian dalam,” katanya ketika ditemui HibGlam.

Begitupun, petugas tersebut tidak membenarkan wakil HibGlam memasuki kawasan yang sedia bertutup zink hijau itu atas arahan majikan.

Terdahulu, kediaman dilengkapi sembilan bilik tidur, tujuh bilik air, lima ruang tamu, sebuah dewan dan dua dapur seperti diiklankan sebuah syarikat hartanah mula dimasukkan di pasaran sekitar 2018.

Ketika itu dikatakan harga jualan RM8 juta, namun tidak dapat dipastikan tawaran diajukan pembeli kepada waris Allahyarham iaitu anak tunggalnya, Aliff Omar Ali, 42.

Kediaman penghibur ikonik yang mula dicungkil bakat menerusi Bintang RTS di Singapura pada 1968 sebelum disunting EMI Malaysia setahun kemudian menyimpan 1,001 kisah kejayaannya dalam lapangan seni.

Legenda yang menghembuskan nafas terakhir pada 5 Julai 2014 itu menjadikan ‘syurga’ tersebut sebagai medan pertemuan dengan rakan selain gelanggang bagi majlis ilmu apabila kerap mengundang anak-anak tahfiz.

Sepanjang karier seni, pemilik nama lengkap Sharifah Aini Syed Jaafar yang diberikan pelbagai gelaran dek kemerduan vokal pernah menghasilkan lebih 140 album selain meraih ratusan anugerah termasuk Penghibur Terbaik Asia 1975 serta Biduanita Negara pada 2006.

Sumber  – HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote princessmiang 1-7-2024 07:45 PM
Ingat pakai air lior ke nak buat galeri??? ko suruhla keluarga dia yang g robohkan rumah dia tu! Netizen malaysia ni pun
Quote Leonclay 1-7-2024 07:49 PM
Berapa la harga rumah tu dijual? Last2 habis kena roboh..syarikat nak tanah, rumah tak nak
Quote anaktoyol 1-7-2024 07:53 PM
Leonclay replied at 1-7-2024 07:49 PM
Berapa la harga rumah tu dijual? Last2 habis kena roboh..syarikat nak tanah, rumah tak nak

last nmpk iklan tu dia jual 9 juta
Quote scarflicious 1-7-2024 07:54 PM
Ko tanya lah kat waris yg menjual tu.
Quote sharlenetexas 1-7-2024 07:56 PM
Nak buat projek komersil. Kondo kah? Kat sebelah tu ada banglo persatuan alumni chung ling penang yg sewa. Adakah banglo tu akan jadi mangsa juga nnt? Hujung jalan mengadap amcorp mall ada gerja st xavier ke st paul.

Quote QueenGambit 1-7-2024 08:00 PM
Mgkn waris dia nak senang di akhirat. Takde kena hisab.
Quote xAthenax 1-7-2024 08:06 PM
Hak waris dia kot nak buat apa
Sesedap hati nak suruh buat galeri...
maintenance ingat murah kah? belum lagi kira cukai pintu cukai tanah
Prime land.
Quote pocongkiutss 1-7-2024 08:07 PM
xAthenax replied at 1-7-2024 08:06 PM
Hak waris dia kot nak buat apa
Sesedap hati nak suruh buat galeri...
maintenance ingat murah kah? be ...

Tau takpe
Quote Mary_jane 1-7-2024 08:18 PM
Hak waris dia, kita nak kata apa. Sayang seribu kali sayang demi dunia yang sementara ni.
Quote Whitney72 1-7-2024 08:21 PM
Wow...140 Album dan Penghibur Terbaik Asia 1975....so tiada tandingan lar arwah ni ya...

X pa, arwah ada lg 4 buah rumah....lgpun Aliff bkn jenis mendunia etc...sya percaya hasil jualan itu diberikan kpd bdan2 kebajikan etc..Aliff seorang agamawan...low profile dan x kisah pun dgn harta dunia..semoga arwah dan Aliff dlm rahmatnya... Aamiiiiiin
Quote jfq 1-7-2024 08:23 PM
Kawasan pj mmg target kondo la.
Alangkan kilang2 kat situ yg besar landbank pun bnyk dah jual.
Waris sorang. Tak kuasa nak maintain premise tu.
Rasa anak dia pun tak dok msia
Quote xAthenax 1-7-2024 08:25 PM
Whitney72 replied at 1-7-2024 08:21 PM
Wow...140 Album dan Penghibur Terbaik Asia 1975....so tiada tandingan lar arwah ni ya...

X pa, arwa ...

Ada English Album lagi uols
memang terbaik, tiada tandingan
suara merdu itu jauh sangat untuk ditandingi
Quote alesandra 1-7-2024 08:34 PM
Rumah tu dah dijual dan dibeli sukati mak nenek pemilik la nak buat apa.
Quote Whitney72 1-7-2024 08:34 PM
xAthenax replied at 1-7-2024 08:25 PM
Ada English Album lagi uols
memang terbaik, tiada tandingan
suara merdu itu jauh sangat untuk dita ...

Kan..di era yg mana tekonologi muzik dulu x mcm sekarang...

Pnah baca artikel dr rmai penerbit trmasuk S. Atan dan Ahmad Nawab..arwah bila nyanyi ..guna one take je..( mcm sekali rakam ) dan studio x perlukan kos yg tggi ( tmbah nilai rakaman album) bila arwah rakam lagu2 utk album.

X heran blh rakam 140 album...x mcm penyanyi skrg yg byk teknikal support menutup suara yg x berapa sedap
Quote miss_perfect 1-7-2024 08:42 PM
Anak dia duduk sini ke? Jadi ustaz?
Quote krustykrab 1-7-2024 08:45 PM
Anak dia pun x sibuk. Ko pulak yg meroyan
Quote JunkMail 1-7-2024 08:49 PM
Yang memekakkan tu apasal tak beli tanah tu masa anak dia jual? Haaa beli la 9 juta pastu preserve buat galeri.
Quote ninja boy 1-7-2024 08:52 PM
Lama betul baru dpt jual kayo2
Quote youell 1-7-2024 08:57 PM
Tak payah la galeri bagai..ada galeri..mesti nak kena tayang gambar lama2 arwah yg tak syariah compliance. Biar la arwah bersemadi dgn tenang nya

Lihat semua komen(284)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.048409 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top