CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Datuk K Beri ‘Thumbs Up’, Puji Baju Siti Nurhaliza Cantik

1-7-2024 08:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10706| Komen: 39



Itu perkongsian pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail yang mengagumi sikap membumi dan profesional penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza sepanjang dua hari berada di belakang pentas Konsert Fenomena: Siti Nurhaliza Live In Singapore 2024, baru-baru ini.

Ezuwan, 42, yang bertanggungjawab mereka dua persalinan buat penghibur tersohor terbabit pada konsert terbabit turut memuji pengurusan masa figura bersuara lunak itu.

“Bersyukur kerana kami serasi dan mudah bekerjasama. Beliau peramah, selalu senyum dan profesional, termasuk pihak pengurusannya. Meskipun tersohor, sikap rendah diri itulah yang sebenarnya memudahkan proses kerja.

Saya percaya, pengalamannya yang kini hampir tiga dekad dalam industri membuatkan dia cukup matang, selain menghormati peranan setiap orang yang berada di sekeliling.


“Sebagai pereka fesyen pula, saya sedia maklum akan keterbatasan dalam menggayakan busana. Jadi bila sesi lakaran dan ‘fitting’, saya akan lontarkan idea dan lega bila hasil kerja kita lulus di matanya, katanya kepada HibGlam.

Ezuwan juga terharu apabila suami Siti, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K juga turut menghargai persalinan yang direka untuk isteri tercinta.

"Alhamdulillah Datuk K suka dengan baju yang saya buat. Dia sempat beri isyarat ‘thumbs up’ sambil kata cantik. Iyalah, bukan senang nak dapat pujian sedemikian daripada Datuk K.

“Rasa berbaloi bila terima dedikasi tersebut mengenangkan kita sendiri bertungkus-lumus mahu beri yang terbaik demi konsert skala besar Siti di negara orang,” katanya lagi.

Berkongsi mengenai rekaannya pula, Ezuwan mencabar diri kerana buat pertama kali, menyiapkan helaian tradisional buat penyanyi lagu Cindai itu.

“Saya cuba yang terbaik kerana nak nampak elemen glamor selain masih mengekalkan aura kemelayuannya. Memang menguji sebab sepanjang proses menyiapkan busana itu, saya di Tanah Suci, menunaikan Haji.

“Jadi tak dapat nak pegang depan mata. Walaupun saya dah biasa buat baju, tapi sentuhan pereka fesyen itu adalah kepuasan sebenar. Kami hanya berkomuniksasi menerusi panggilan video, namun syukur dipermudahkan.

“Untuk persalinan itu juga, saya fokus kepada perincian yang disulami dengan puluhan ribu manik-manik halus selain ada ‘tassel’, kerawang dan guna dawai di bahagian bahu bagi memberikan ilusi ‘3D’ pada rekaan,” ujarnya lagi

Terdahulu, busana yang digayakan penyanyi nombor satu negara itu menjadi bualan dalam media sosial selepas Siti yang mesra disapa TokTi itu memuat naik beberapa keping foto menerusi akaun Instagramnya, semalam.


Hingga kini, perkongsian terbabit meraih hampir 30,000 tanda suka dengan lebih 300 komen netizen.

Rata-ratanya memuji persalinan indah yang digayakannya ketika menjayakan slot Irama Malaysia menerusi konsert yang berlangsung di Kota Singa itu.

Selain Ezuwan, pereka fesyen yang turut sama mereka busana Siti sepanjang konsert tersebut adalah Ashraff Zainal, Bianca Bella, Fiziwoo dan Samm Republic. 

Sumber –  HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 1-7-2024 08:33 PM
Laki bini taste sepesen. Patutlah. Tambah pulak dewi rozie tu.

Quote QueenGambit 1-7-2024 08:39 PM
Ok le tu .
Dato k suka..[em:3:][em:3:][em:3:]
Quote Binodino 1-7-2024 09:03 PM
Tengok hiasan rumah pun tau taste lakibini hauk. Tak pelik pun.
Quote drivethru 1-7-2024 09:05 PM
Pendapat aku, baju tokti ni lawa jer. Xde lah hodoh mana pun. Bagi aku, yg buat penampilan tokti buruk, sbb mekap dia. Bila mekap dah rupa nenek kebayan, automatik penampilan baji serba tak kena.
Quote noor2 1-7-2024 09:17 PM
Asalkan suami suka..lantakla apa pun pandangan org lain...
Quote TeropongThaico 1-7-2024 10:04 PM
Sarat sgt
Quote Kurex 1-7-2024 10:07 PM
Edited by Kurex at 1-7-2024 10:09 PM

biasalah, toklaki orang kedah. kalau kau lilit 10 kain langsir berenda pun toklaki kata lawoooo! tengok la hiasan rumah, tu dah cukup. tapi siti, kau nak berkonsert untuk tatapan umum, atau tatapan SitiJionis & toklaki. kau kena ingat, semua mata pandang kau. bukan toklaki & SitiJionis je..
Quote Farnor 1-7-2024 10:19 PM
itu baju warna hijau aqua tu lawa ..klu lain yg biasa ja..lain org lain mata memandang..okalah
Quote Raman 1-7-2024 10:21 PM
Make up Siti Zionis ni yang elok skali…selalu hauk
Quote hyie 1-7-2024 10:48 PM
iols suka semua baju kecuali 2 yakni baju pink langsir ikat tepi dengan baju tradisional purple malam ke-2 yang ada cover kat seluar tu.

eh nyah, konsert sheols yang kat genting tu 2 malam dah sold out ke tak ye? 10hb sold out, 11hb pon sama ye?
Quote dekmieDandy 2-7-2024 09:44 AM
hyie replied at 1-7-2024 10:48 PM
iols suka semua baju kecuali 2 yakni baju pink langsir ikat tepi dengan baju tradisional purple mala ...

day 2 banyak lagi rasanya, cuma ramai macam taknak beli, sebab tak boleh pilih seat rasanya, dia yang bagi seat mana

tiket paling murah je dah soldout
Quote kakakgarang 2-7-2024 03:34 PM
datok k taste dgn kain batik terselak nmpk peha siti yg putih gebu.. lalu terkawen. alahaiii senang betul turn on.. hahahaha mesti tokti dekat rumah pakai kain batik kan.. lols
Quote fattymah 2-7-2024 04:33 PM
Kurex replied at 1-7-2024 10:07 PM
biasalah, toklaki orang kedah. kalau kau lilit 10 kain langsir berenda pun toklaki kata lawoooo! ten ...

Org Kedah panggil langsir.. curtain
Quote cm_vungtau 2-7-2024 04:36 PM
Atuk kertu punya taste, pedulik hapa kami Dah la tak lawa pasangan ni
Quote mamapea 2-7-2024 04:44 PM
cantik jugak siti pakai baju ni...mekap pun cantik...aksesori x pyh pakai bnyk2...serabut...
Quote Shahman86 2-7-2024 04:47 PM
Edited by Shahman86 at 2-7-2024 04:48 PM

Compare dgn baju royal albert hall tu jauh lg cantik dari yg ni.beza betul klau buat dgn designer terhebat dgn designer sampah ni..pelik knp la dia tak nk guna aje datuk radzuan radzwill sbg designer dia.for sure baju dia akan lg cantik mcm kat konsert albert hall tu
Quote Posh_Madelyn 2-7-2024 04:54 PM
Bukan duit Tok Kertu pun....dan lagi satu dah bini merangkap mesin ATM  Tok Kertu sefamili sehingga cucu cicit...of course laa Tok Kertu ckp ok...
Quote September14 2-7-2024 04:58 PM
Shahman86 replied at 2-7-2024 04:47 PM
Compare dgn baju royal albert hall tu jauh lg cantik dari yg ni.beza betul klau buat dgn designer te ...

Mahal la klu nak amek pereka tersohor… diorg mana nak sponsor2 dah…
Quote September14 2-7-2024 05:23 PM
Tapi baju dia mmg serabut dgn sarat kt kepala songket tu dah bcorak ko tambah lagi dgn bunga2 tenun… lpstu kain bjurai2 aku pulak yg rimas tgk…. Badan gundu pakai sarat mmg nnpk buruk lah

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.041060 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top