CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengadil didakwa lembab beri arahan, pemain badminton meninggal dunia di gelanggang akibat kejang

1-7-2024 11:14 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 23540| Komen: 85

Description: Seorang pemain muda badminton negara China, Zhang Zhi Jie dilaporkan meninggal dunia kerana kekejangan ketika beraksi di perlawanan Kejohanan Badminton Junior Asia di Yogyakarta, semalam.

Seorang pemain muda badminton negara China, Zhang Zhi Jie dilaporkan meninggal dunia kerana kekejangan ketika beraksi di perlawanan Kejohanan Badminton Junior Asia di Yogyakarta, semalam.

Video saat-saat terakhir mendiang bertarung nyawa itu sempat dirakam soerang individu sekaligus ramai yang mempertikaikan kebolehan pengadil dan paramedik yang didakwa lambat bertindak.


Dalam video itu, anggota paramedik dikatakan lambat hadir ke gelanggang untuk memeriksa Zhi Jie yang telah rebah dan mengalami kekejangan.

"Pasukan perubatan sudah gagal berdepan situasi sebegini. Lambatnya respon daripada mereka, semua terhegeh-hegeh macam kurang latihan dan tak pernah buat kerja."


Dalam pada itu, ada juga yang mengkritik kredibiliti pengadil yang seolah-olah membiarkan saja selain tidak membenarkan pelatih masuk ke gelanggang.

"Perlu ada keizinan dan kebenaran daripada pengadil supaya pelatih boleh masuk gelanggang, masalahnya dia pun lambat bagi arahan. Sebab itu lah juga pasukan perubatan lambat buat tindakan."



Mendiang Zhang Zie Jie yang baru berumur 17 tahun itu dilaporkan meninggal dunia selepas rebah di gelanggang semasa perlawanan terbabir.

Sumber : Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 2-7-2024 05:54 AM
Salahkan coach China la..dia buat apa tepi tu?nape tak serbu dulu.
Tu anak buah ko
Kena jagalah..lantaklah rules rules ttakle masuk bagai
Coach sendiri tak serbu
Salahkan org lain
Quote Hessa 2-7-2024 07:59 AM
kesian tgk mendiang ni semalam.menggelupur dia atas court.
Quote lostnfaun 2-7-2024 08:01 AM
Nampak mcm semua org tergamam. Pengadil mcm blur². Tak mcm game bola sepak, jatuh jer terus ramai² kerumun.

Myb sbb badminton jarang jumpa kes mcm nie, selalu jumpa sakit kaki jer.
Quote nad014 2-7-2024 08:18 AM
lostnfaun replied at 2-7-2024 08:01 AM
Nampak mcm semua org tergamam. Pengadil mcm blur². Tak mcm game bola sepak, jatuh jer terus ramai² ...

ada pulak mcm tu , isfat ehsan pada manusia dh byk berkurang , yg org depan dia tu , si jepun tu pun boleh termangu - mangu
Quote Supersirap 2-7-2024 08:29 AM
Bila jadi macam ni, semua mencari kesalahan orang lain
Quote CoffeeOverdose 2-7-2024 08:54 AM
coach dia mmg bodoh. sakit hati tgk dia perhati jer anak buah dia menggelupur gitu.
Quote AbukRokok 2-7-2024 09:16 AM
sawan kot...xkan kejang kaki blh meninggal
Quote Decaffeinated 2-7-2024 09:16 AM
lostnfaun replied at 2-7-2024 08:01 AM
Nampak mcm semua org tergamam. Pengadil mcm blur². Tak mcm game bola sepak, jatuh jer terus ramai² ...

Betul. Bila benda dah tau ending ramai pula palatao why not this why not that. Kes satu dalam seribu or maybe sejuta kot. Ini masalah zaman semua benda boleh rakam ni.
Quote yoppoy 2-7-2024 09:32 AM
Mudanya dekk
Ni kot yang jenis active bersukan pun boleh collapse camni
Yang jenis amateur muda2 pun dengar kalau tak cukup tido/dehydration boleh trigger
Quote Binodino 2-7-2024 10:48 AM
AbukRokok: sawan kot...xkan kejang kaki b ...

Tu lah. Nampak macam sawan.
Quote supernaturalee 2-7-2024 11:03 AM
lps2 ni pi hntr entourage player utk join kursus keselamatan & kecemasan spy bila berdepan situasi mcmni tau dah ape nk buat
bukan termangu2 lagi dah



Quote Itzy 2-7-2024 11:05 AM
Edited by Itzy at 2-7-2024 11:11 AM

Islam dah ajar ajal maut tu Allah yang tentukan. Kau buat pi la selamat dia cepat atau lambat, kalau dah ajal dia memang dah tiba, memang tetap mati la dia. Ada orang jatuh dari 6000kaki tapi tak mati2 sebab apa? Sebab ajal belum sampai. Ada yang kepala terhantuk sikit je kat bucu katil pun dah mati meninggal dunia sebab ajal dah sampai, ada yg balik dari hujan ribut tapi dia mati kat rumah akibat tertimpa rak kasut rosak. Kalau nak nyawa atau umur panjang, kau rajin2 la berdoa minta panjang umur kat Allah dan bersedekah dengan ikhlas. Salah satu benefit sedekah yang ikhlas ialah memanjangkan umur kita.
Quote Itzy 2-7-2024 11:09 AM
yoppoy replied at 2-7-2024 09:32 AM
Mudanya dekk
Ni kot yang jenis active bersukan pun boleh collapse camni
Yang jenis amateur muda2 pun ...

Tu semua hanya asbab atau penyebab kematian saja, nak buat macam mana dah umur dia pendek. Paling kesian dia mati dalam keadaan kafir tak menyembah Allah Sang Pencipta.
Quote yururi 2-7-2024 11:34 AM
Org konoha ke paramedik tu?
Quote hokeypokey 2-7-2024 12:14 PM
tak sangka main badminton pun bleh mati
Quote grouper 2-7-2024 12:22 PM
Tournament besar camni walaupun level junior patut ada event doktor.. ini anjuran BAC bukan BWF level Asia je tapi tetap le international level. Klau ada doktor kat situ dia boleh bagi first aid yg sepatutnya bukan terus antar hospital. Alat defilbrilator pun x standby ke untuk event 2 camni? Kat msia ni klau p court badminton yg lato lcw punya dewan mbc tu semua dewan dia ada alat tu kat tepi gelanggang
Quote plywood 2-7-2024 12:28 PM
Report kata cardiac arrest

Cardiac arrest, also known as sudden cardiac arrest, is when the heart stops beating suddenly. The lack of blood flow to the brain and other organs can cause a person to lose consciousness, become disabled or die if not treated immediately.
Quote jejaka_hensem 2-7-2024 12:31 PM
hokeypokey replied at 2-7-2024 12:14 PM
tak sangka main badminton pun bleh mati

Tak sangka chuols boleh berfikiran camni
Quote hokeypokey 2-7-2024 12:50 PM
jejaka_hensem replied at 2-7-2024 12:31 PM
Tak sangka chuols boleh berfikiran camni

nasib baik iolss tak main badminton hehehe

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-7-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.042805 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top