CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kajian: Kualiti Jalan Raya Di Malaysia Diperakui Antara Yang Terbaik Di Dunia, Kedua Terbaik Di Rantau Asia Tenggara

4-7-2024 11:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7665| Komen: 30


Kajian oleh The Global Economy merumuskan bahawa kualiti jalan raya di Malaysia merupakan antara yang terbaik di Asia.

Kajian yang bersumberkan data dari World Economic Forum (WEF) menunjukkan negara kita memperoleh skor agrerat 5.3, meletakkan Malaysia di kedudukan ke-21 daripada 144 negara dan ke-9 terbaik di Asia.

Keputusan kajian tersebut mendapati, secara global, negara dengan kualiti jalan raya terbaik adalah negara jiran, Singapura dengan skor 6.5 dan diikuti oleh Belanda dan Switzerland masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Sementara itu, tujuh lagi negara yang berada di dalam senarai 10 teratas adalah Hong Kong, Jepun, Austria, Portugal, UAE, Korea Selatan, dan Oman.



Di Asia Tenggara, hanya Singapura yang mengatasi Malaysia, menjadikan negara kita berada di kedudukan kedua terbaik dalam rantau ini.

Dalam pada itu, Myanmar dan Timor-Leste tidak termasuk dalam kajian ini akibat kekurangan data yang diperlukan untuk mendapatkan skor terbabit.

Menurut The Global Economy, penunjuk kualiti jalan raya adalah salah satu komponen dalam Indeks Daya Saing Global tahunan WEF.

Skor tersebut adalah hasil daripada jawapan individu (responden) yang diajukan satu soalan iaitu diminta menilai jalan raya di negara mereka pada skala dari 1 (kurang maju) hingga 7 (luas dan efisien mengikut piawaian antarabangsa).

Bagaimanapun, keputusan ini adalah berdasarkan kajian yang dijalankan pada tahun 2019 dan setakat ini masih tiada kajian terbaru dibuat dalam tempoh lima tahun lepas.

SUMBER : VOCKET/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 4-7-2024 11:49 PM
Jasa samy vellu
Quote bulalof 5-7-2024 08:47 AM
jalan kat klang valley ni teruk sgt. takde maintenance.

Quote clueless_gamer 5-7-2024 09:10 AM
interconnectivity kita mmg among the best.. tp cuma masalah potholes tu esp dkt selangor dgn johor, sbb banyak lori kan..
Quote Weller 5-7-2024 09:24 AM
Kawasan lori berat-berat lalu - minggu ni turap minggu depan berlubang balik


huhuhu
Quote ifanonline 5-7-2024 09:36 AM
KL-Kota Bharu masih belum ada highway
Quote Decaffeinated 5-7-2024 09:46 AM
Singapore, HK tu buat kategori lain la mangkuk.
Quote rossa_queen 5-7-2024 10:18 AM
Kualiti jalan kat lebuhraya kat malaysia ni memang tip top sebab dipantau kerajaan (lembaga lebuhraya malaysia).  Tapi jalan under kerajaan sendiri teruk (under JKR, majlis etc). Dengan pothole nya, dengan takde road marking nya.  Especially kat selangor laaaa...

Haritu baru tukar empat2 tayar kereta, malamnya terciduk terlanggar lubang dalam. Kalau motor lalu memang dah aruah dah penunggangnya agaknya. Geram betul. Rasanya masa zaman era Dato' Samy tak berani diaorang nak biarkan lubang tu tak tertampal lama2. Memang masa tu JKR function betul.
Quote yoppoy 5-7-2024 12:50 PM
Cip lando zawawi terjegil sinis
Quote hokeypokey 5-7-2024 01:15 PM
biar betik ranking ni???!!!! punya teruk jalan berlubang sana sini sampai eksiden pun dikira terbaik meh???
Quote Momohizan 5-7-2024 01:37 PM
yoppoy replied at 5-7-2024 12:50 PM
Cip lando zawawi terjegil sinis

I ada soft spot kat Cip ni bab dia patch potholes. Memang habis baik geng dia bagi. Tapi tu la...kontrak patch potholes jalan bawah selenggaraan JkR negeri n municipal ni, bila dapat kat kroni..disub 3 4 lapis, premix cap ayam la dapat. Paling tak boleh brain patch potholes dengan tok nenek air bertakung kat dalam potholes. Apo...
Quote Bungatulip1171 5-7-2024 02:39 PM
Kajian tu dibuat di ibu kota Malaysia je kot
Quote matamata 5-7-2024 02:49 PM
Yg terkinja2 doubtful sgt dgn ranking ni pernah ke drive kat negara2 lain?
Quote ninja boy 5-7-2024 03:54 PM
Edited by ninja boy at 5-7-2024 08:40 PM

Untungla malaysia sampai ke kubur hujung kampung jalan berturap taw
Quote becir 5-7-2024 03:57 PM
rossa_queen replied at 5-7-2024 10:18 AM
Kualiti jalan kat lebuhraya kat malaysia ni memang tip top sebab dipantau kerajaan (lembaga lebuhray ...

Tengok daerah la kot. Macam kaw rumah i ni pothole tak sempat complain they all dah tampal. Tapi tula tampal harini bulan depan lubang balik.
Quote TeropongThaico 5-7-2024 04:53 PM
Tak dapat nak bayangkan kalau kita ke2 terbaik yg belakang2 tu mcm mana. Tempat aiol ni lubangnya dah mengalahkan kawah gunung berapi dlmnya sana sini sinun
Quote TeropongThaico 5-7-2024 04:55 PM
Potholes kalau ditampal ciput2 ikut saiz yg ada mmg jab jer bertahannya. Apsal diarg tak baiki luas sikit
Quote Ytee 5-7-2024 05:22 PM
wow kedua terbaik di asia t
Quote nw111 5-7-2024 05:59 PM
Selalu nmpk indon dok kagum jln kampung di malasia ada aspal..
Quote betty-boo 5-7-2024 07:13 PM
Jangan tipu

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-9-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.048466 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top