CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doktor Pakar Perunding Pediatrik (Swasta) Ini Peroleh Gaji 70k Sebulan Setelah 15 Tahun Bekerja Di Sektor Kerajaan

4-7-2024 11:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 21706| Komen: 262

Description: Satu video menjadi tular di media sosial apabila seorang wanita yang bekerja sebagai pakar perunding pediatrik memaklumkan dia menerima gaji bulanan sekitar RM70,000.


Satu video menjadi tular di media sosial apabila seorang wanita yang bekerja sebagai pakar perunding pediatrik memaklumkan dia menerima gaji bulanan sekitar RM70,000.

Difahamkan, doktor wanita itu telah berhijrah dari sektor awam ke sektor swasta setelah berkhidmat selama 15 tahun sehingga memperoleh gaji bulanan sebanyak itu.

Menurut doktor wanita itu lagi, jika dahulu di sektor awam, dia memperoleh gaji bulanan sekitar RM16,000 sehingga RM20,000.


"Saya memperoleh kira-kira RM60,000 hingga RM70,000 sebulan. Apabila anda menjadi perunding dalam kerajaan, mungkin anda akan mendapat kira-kira RM16,000 hingga RM20,000."

"Memulakan kerjaya dengan hanya gaji permulaan sebanyak RM2,500 sebulan, wanita berkenaan berusaha selama 15 tahun  dengan kadar elaun sebanyak RM4,000 sebulan."'


Namun, untuk memperoleh gaji sebanyak itu memerlukan pengorbanan yang cukup besar.


"Ketika saya dalam latihan, saya mempunyai anak, jadi saya tidak menghabiskan banyak masa dengan anak saya. Itu yang saya hadap setiap hari, terutamanya semasa ‘on call’ apabila kita perlu berada di hospital selama 35 hingga 40 jam tanpa tidur."

Beliau juga sempat memberi nasihat kepada mereka di luar sana yang terinspirasi dengan pekerjaanya itu agar sentiasa bertahan dalam latihan kerana setiap pekerjaan mempunyai tekanan yang tersendiri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa kagum dengan kebolehan dan ada juga yang tidak percaya bahawa wujud gaji sebanyak itu untuk sesuatu profesion di Malaysia.

Netizen juga berpendapat bahawa permulaan segala kerjaya yang baik adalah daripada SPM yang cemerlang sekaligus menunjukkan bahawa peperiksaan penting itu bukanlah sekadar ‘kertas kosong’ semata-mata.

SUMBER : TikTok/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 5-7-2024 12:05 AM
Masuk jugak ke porom menda ni.
Baca komen as usual dok tegoq gaji byk tp xleh beli baju ngn bra semenggah.
Tipikal meleis.
Quote Samerosie 5-7-2024 12:06 AM
Dia ni betul ke earning that much? Anyway, tak dengar sangat dia ckp apa sebab terfocus kat kaki dia...
Quote gigahertz 5-7-2024 01:23 AM
Thunderclouds replied at 4-7-2024 04:05 PM
Masuk jugak ke porom menda ni.
Baca komen as usual dok tegoq gaji byk tp xleh beli baju ngn bra seme ...

Ahli parlimen titiwangsa dah kantoikan mereka ni.
sebab ada kes doktor gaji besar2 berpuluh2 k sebulan
setup enterprise pastu bayar tax dari enterprise tu.

u tengok berapa tax kena bayar kalau tak setup enterprise .

Quote None68 5-7-2024 05:51 AM
Ada je profesion yg gaji byk2 cenggitu.
Quote otai_g 5-7-2024 06:21 AM
Gaji bnyk x semestinya bahagia Dan hidup aman2. For me better just enough tp hidup aman2. Ada masa nak buat apa yg kita suka.
Quote orkid_amani 5-7-2024 06:27 AM
Paed private mmg laa maasyuukkkk.. baby & kids nowdays ramai yg kerap sakit. Back to back pulak tuu..demam..batuk..flu..kalau lambat sikit bawak spital ada yg sampai diarrhea.. kena pneumonia bronchitis..cepat beetoiiii penyakit berjangkit skg ni.
Quote annehuda 5-7-2024 06:44 AM
Cuba tny akak ni dulu masa die sambung blaja pakai biasiswa kerajaan ke? Tu yg doktor meroyan-royan nak jugak jd tetap tu sebab mcm ni la, dpt sambung blaja jd pakar terus mintak pencen awal lompat masuk swasta plak.
Quote lolipopmanish 5-7-2024 06:50 AM
Asyukkkkkkkkkkkk
Quote ninja boy 5-7-2024 06:53 AM
Edited by ninja boy at 5-7-2024 06:55 AM

Betui, belilah baju gelang kasut tudung jam henbeg semengah
Quote _kelly 5-7-2024 07:51 AM
Thunderclouds replied at 5-7-2024 12:05 AM
Masuk jugak ke porom menda ni.
Baca komen as usual dok tegoq gaji byk tp xleh beli baju ngn bra seme ...

yes, komen2 kat fb semua cakap pasal aurat segala..bosan betul ahli syurga berkumpul kat fb
Quote noor2 5-7-2024 08:33 AM
Wahh...perempuan muda gaji sampai 70k ...mesti laki pun gaji besar...
Quote midori888 5-7-2024 08:39 AM
Edited by midori888 at 5-7-2024 09:41 AM
Samerosie replied at 5-7-2024 12:06 AM
Dia ni betul ke earning that much? Anyway, tak dengar sangat dia ckp apa sebab terfocus kat kaki dia ...

kenapa dgn kaki dia cuols?


Quote helicornia 5-7-2024 08:43 AM
Thunderclouds replied at 5-7-2024 12:05 AM
Masuk jugak ke porom menda ni.
Baca komen as usual dok tegoq gaji byk tp xleh beli baju ngn bra seme ...

tapi mmg betul pun
kita plak malu tengok dh le baju tu jarang singkat tp pakai tudung
non malay non muslim tengok pun geleng kepala apa pesen ni
Quote mikasa 5-7-2024 08:43 AM
annehuda replied at 5-7-2024 06:44 AM
Cuba tny akak ni dulu masa die sambung blaja pakai biasiswa kerajaan ke? Tu yg doktor meroyan-royan  ...

Kalau sambung belajar under goverment scholarship .habis kontrak terus resign join private. Bond bukan lama pun. Sebb tu ramai join private lepas dpt title pakar atau perunding.boleh demand gaji sebb expetise .setakat doktor biasa. Ko offer diri 5k pun private hospital belum tentu nak ambik

Yang jadi isu belum habis kontrak dah berhenti. Pastu culas nak bayar balik pampasan sebb langgar kontrak.
Quote shernazz 5-7-2024 08:56 AM
Sapa nama doc ni .
Hospital mana dia kerja?
Quote clueless_gamer 5-7-2024 09:00 AM
ramai juga ye PHD holder ni kan..

eloklah Doc muda ni boleh jadi inspiasi pada women out there.. org kita pun ramai je pandai dan kaya, cuma lebih suka low profile je tanpa perlu try hard tunjuk pandai tunjuk kaya sbb nak cari follower
Quote lo_la 5-7-2024 09:34 AM
Consultant kat private. Apa la nak heran.
I pernah dengar kalau speciality yg complex mcm brain, cardio surgeon tu, can reach over 100k.

I jumpa this senior consultant. She’s visiting consultant kat private. Dia kata kalau dia pandang duit dah lama dia stop kat govt. Kat govt, she’s top kat dept dia.  Talking to her, boleh rasa genuine dia nak serve the people. In a nut, dia nak kata because she knows she’s good in her field, dia kata kalau dia pegi private, dia tak dapat serve as many underprivileged or marhaen yg tak mampu pegi private.
Quote vanilacup 5-7-2024 09:34 AM
I love that TikTok channel sebab interview mcm2 org dgn mcm2 jenis kerjaya spontan je mereka jawab bila tanya gaji basic ketika mula dan kadar gaji skrg
Quote achinto 5-7-2024 09:41 AM
gaji nampak lebat tapi i'm sure it's not easy to be where she is now. And paeds adalah antara speciality yg susah & quite toxic. dia baru balik kerja kot, tu yg attire tak semengah

Lihat semua komen(262)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-7-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.615827 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top