CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak pernah dibuat orang, pengantin akad nikah pukul 4 pagi

9-7-2024 11:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20515| Komen: 19



JAKARTA – Sepasang pengantin baharu di Kudus, wilayah Jawa Tengah menjadi perhatian pengguna media sosial kerana melangsungkan pernikahan pada pukul 4 pagi (waktu tempatan), lapor portal berita Wolipop semalam.

Berdasarkan hantaran di platform  TikTok yang dimuat naik oleh jurusolek dikenali sebagai Yulia, ini kali  pertama dia berkhidmat kepada pelanggan yang bernikah ketika orang ramai sedang nyenyak tidur.

Menurut Yulia, semua pihak yang bertugas bersiap sedia dengan tanggungjawab masing-masing menjelang detik akad nikah pada 14 Jun lalu dan memberikan sepenuh komitmen mereka.


“Suasana majlis akad nikah pukul 4 pagi (waktu tempatan). MUA (jurusolek) datang pukul 1 pagi (waktu tempatan), jurugambar dan juruvideo datang pukul 3 pagi (waktu tempatan). Wakil penghulu datang tepat pukul 4 pagi (waktu tempatan),” tulis keterangan pada hantaran tersebut.


Bagaimanapun, tidak dinyatakan punca pasangan pengantin mengadakan majlis pernikahan pada waktu seperti itu.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Siapalah yang menetapkan waktu pernikahan itu,” kata seorang netizen.

“Saya bernikah pukul 9 pagi (waktu tempatan) pun mekap dari pukul 3 pagi (waktu tempatan). Apatah lagi pukul 4 pagi,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI 

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 9-7-2024 11:40 PM
Baguih la.. lepaih nikah teruih solat subuh
Quote KamikuP 10-7-2024 09:36 AM
Lepas solat subuh, baru berjimak
Quote copy_paste 10-7-2024 11:56 AM
pagi2 tu subur dan keras betul
Quote hokeypokey 10-7-2024 04:03 PM
ada ong ka nikah kul 4 pagi???
Quote afie_m 10-7-2024 04:17 PM
ada member yg kawin dgn orang seberang, kadang ada yang nak nikah ni pergi tengok masa yang sesuai, kalau orang yang dia jumpa kata malam sekian2 masa, kena ikutlah..aku tanya, orang tu siapa, dia kata selalu ustaz2 untuk keharmonian rumahtangga tu..
aku syak orang nak nikah ni buat benda sama kot
Quote lipans 10-7-2024 04:45 PM
Sebenarnya salah isi borang. Nak isi pukul 4 petang, terisi 4 pagi pulak.
Quote CoffeeOverdose 10-7-2024 04:54 PM
awal majlis nikah, awal siap. tghari dh boleh lepak2 ngopi kat depan rmh.
Quote encikWawad 10-7-2024 08:18 PM
afie_m replied at 10-7-2024 04:17 PM
ada member yg kawin dgn orang seberang, kadang ada yang nak nikah ni pergi tengok masa yang sesuai,  ...

Yer setuju. Kejawen ikut kitab primbon gamaknya
Quote afie_m 11-7-2024 08:56 AM
encikWawad replied at 10-7-2024 08:18 PM
Yer setuju. Kejawen ikut kitab primbon gamaknya

heheheh, nasib lah kadi pun layankan ja...adoiiii..
Quote AbukRokok 11-7-2024 09:24 AM
KamikuP replied at 10-7-2024 09:36 AM
Lepas solat subuh, baru berjimak

habis jimat dah tu
pagi masuk kje xyah bazir cuti
Quote nw111 11-7-2024 10:59 AM
Asal pelik je dah tau kat mana...
Ikut suka ko lah ndon..
Quote nw111 11-7-2024 11:03 AM
Tgk indon kawin pukul 4 am ni terpikir pulak...kalau buat majlis kawin pagi, lagi elok rasanya.. start majlis pukul 9..takdelah terkejar pengantin n family nak solat zohor...buat majlis tengahari, sure ada yg tak solat zohor..yg buat malam pun sure ada tak solat maghrib....so paling elok buat pagi.  
Quote Decaffeinated 11-7-2024 12:31 PM
afie_m replied at 10-7-2024 04:17 PM
ada member yg kawin dgn orang seberang, kadang ada yang nak nikah ni pergi tengok masa yang sesuai,  ...

ikut budaya siam (yang Buddha lah) suka buat wedding tengah2 hari berkerja. Memula kita pelik bila tanya baru tau sami yang pilih tarikh.

Quote Decaffeinated 11-7-2024 12:53 PM
nw111 replied at 11-7-2024 11:03 AM
Tgk indon kawin pukul 4 am ni terpikir pulak...kalau buat majlis kawin pagi, lagi elok rasanya.. sta ...

Normal sekarang orang buat majlis start pukul 11, habis pukul 4.

Aku pernah pergi kenduri dorang buat sebelah malam di perkarangan rumah and I actually like the idea.

Quote Lolalala 11-7-2024 01:53 PM
Cousin iolls haritu mula dpt time nikah pukul 9. Sekali tok kadi cepatkan pukul 7pagi. Kemain sembab muka masing² kena bangun awal ke masjid solat subuh sekali nikah. Iolls x dpt join sebab anak² x dan bersiap.
Quote Lolalala 11-7-2024 01:54 PM
Decaffeinated replied at 11-7-2024 12:53 PM
Normal sekarang orang buat majlis start pukul 11, habis pukul 4.

Aku pernah pergi kenduri dorang  ...

Buat malam best cuma bila dah malam tu, jangan laaaa berkaraoke sampai lewat malam pakej balar mercun
Quote Kitty_catz 11-7-2024 01:57 PM
lemme guess,. konoha rite
Quote Decaffeinated 11-7-2024 02:04 PM
Lolalala replied at 11-7-2024 01:54 PM
Buat malam best cuma bila dah malam tu, jangan laaaa berkaraoke sampai lewat malam pakej balar mer ...

Sebelah malam ni paling best tak panas bila buat kat open space. Host boleh get creative dengan deco guna lampu, boleh sorok pemandangan2 yang tak berapa indah

Cuma bab lojistik sedikit mencabar lah.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.072684 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top