CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ekspatriat pilih Indonesia berbanding Malaysia

9-7-2024 11:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22362| Komen: 48


WASHINGTON – Malaysia menduduki tangga ke-22 daripada 53 buah negara dalam senarai laman komuniti global InterNations sebagai negara pilihan untuk golongan ekspatriat pada  tahun ini.

Menurut majalah Forbes semalam, Panama mendaki ke puncak dengan lonjakan yang mengagumkan daripada tempat ketiga tahun lalu untuk mengungguli senarai berkenaan.

Negara itu menyingkirkan Mexico yang berada di tempat pertama pada 2023 tetapi kini jatuh ke tangga kedua. 

Sebanyak 82 peratus ekspatriat di Panama melaporkan mereka gembira dengan kehidupan  di sana, jauh melebihi purata global iaitu 68 peratus.

 Ia merupakan edisi ke-11 laporan InterNations berdasarkan maklum balas daripada lebih 12,500 ekspatriat yang mewakili 175 warganegara di 174 negara atau wilayah.

“Satu lagi kelebihan Panama adalah kualiti hidup  dengan penambahbaikan dalam subkategori perjalanan dan transit (terutamanya untuk pengangkutan awam), pilihan riadah dan penjagaan kesihatan (terutamanya untuk kemampuan, ketersediaan serta kualiti penjagaan perubatan,” kata pengasas InterNations, Malte Zeeck dalam satu temu bual. 


Tahun ini, Indonesia naik dari tempat ke-13 kepada kedudukan ketiga. 

Ekspatriat menghargai kos sara hidup rendah, penduduk tempatan yang mesra dan keseimbangan antara kerja dengan kehidupan yang sangat baik, dengan 84 peratus secara keseluruhan menyatakan mereka berasa gembira.

Tempat keenam ialah Thailand dan tangga kelapan ialah Vietnam, manakala Singapura berada di kedudukan ke-30.

Sepanyol menduduki tempat keempat, Colombia (5), Brazil (7), Filipina (9) dan Emiriyah Arab Bersatu (10).

Amerika Syarikat berada di tangga ke-35, Arab Saudi (13), China (19), Britain (44) dan Kuwait (53). – AGENSI

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 9-7-2024 11:44 PM
Kat tiktok ramai betui dok puji2 migrate kat mesia, beli groceries kat mesia..

Deme ni kena bayaq ka?
Quote _blackbird 9-7-2024 11:56 PM
Aku pon rasa mcm nak pindah indon. Kena cari remote job la mcm ni. Gaji masyuk boleh duduk atas gunung
Quote Skuau 10-7-2024 12:24 AM
"kaka,abang jangan takut..nanti kita bangla mari kasi pinuh ini negara...BANGLASIA"-Abangla
Quote star_karat 10-7-2024 12:53 AM
Jadi expat kat Indon dengan gaji 5 ribu USD allowance semua ada memang dah cukup. Apa lagi cecah 10 ribu ke atas. Lagi2 klu mat saleh. Hidup sengeh memanjang hari2.
Quote sharlenetexas 10-7-2024 01:09 AM
Hardship allowance lagi


Quote ultra78 10-7-2024 08:10 AM
Mungkin disebabkan oleh cost of living lebih murah di sana. Kalau nak retire kena ambil kira faktor healthcare. Malaysia sebenarnya antara terbaik atau yang terbaik dari aspek private healthcare di asia tenggara.
Quote BoongaKertas 10-7-2024 08:21 AM
iols pernah gak terfikir nak migrate indo tp memikirkan macet, x jd lah. kos perubatan pun tggi.
Quote ardent91 10-7-2024 08:29 AM
yg i tgok melalui survey2 lain, org lebih preferred malaysia than indonesia... indonesia even murah pown tp dri segi safety, quality life, bab2 healthcare sumer agak terok.. singapore pown ramai expat pilih even mahal pasal dorg rasa selamat dan negara tu bersih..

maybe survey yg ni rata2 foreigner tu kata "Bali" instead of indonesia.. sbb expat kalo dorg nak dok indon pown dorg mmg akan prefer Bali..
Quote A-Are 10-7-2024 08:40 AM
kalo pensioner meB akan pilih Malaysia sbb healthcare murah dan safety tapi kalau golongan muda akan pilih thailand dan indonesia ats kapasiti barang murah dan pusat hiburan serta boleh aman2 duduk...depend target survey dia pd golongan mana
Quote pocongkiutss 10-7-2024 08:45 AM
ardent91 replied at 10-7-2024 08:29 AM
yg i tgok melalui survey2 lain, org lebih preferred malaysia than indonesia... indonesia even murah  ...

Ha ni setuju..diorg mostly nk pindah ke Bali jah..kwsn lain mmg idok le
Quote ina_na 10-7-2024 08:53 AM
Iolss pernah keje dlm site .suami pun msh keje kat site.. idok ler nak migrate ke Indon sana...biar ler rumah kecik kat sini..senang banyak dr segi perubatan...dah maki kertu ni...kalo berhijrah ke Dubai ke,Mekah atau Madinah nak ler..tp.. tp poket banyak lubang..hehehe
Quote skippy 10-7-2024 09:31 AM
yup, suami saya pun memilih untuk invest di indonesia berbanding di sini. bukan sebab faktor buruh murah ke apa. but potential tinggi di sana, and peluang business tinggi di sana. business di sini akan ditutup - mcm2 karenah birokrasi, kerajaan asyik tukar peraturan/proses, tambah lagi ngan "balik ke negara asal". short term boleh la sini. ntah kenapa org sini tak nak kasi peluang expat utk invest di sini, and pada masa yg sama tak nak jugak mengambil peluang utk improve ekonomi negara.
Quote lucky_peace 10-7-2024 09:54 AM
Apa maksud ekspatriat ni? Orang putih yg keje high management level ke?
Quote nusaraya 10-7-2024 11:26 AM
Edited by nusaraya at 10-7-2024 12:01 PM
ultra78 replied at 10-7-2024 08:10 AM
Mungkin disebabkan oleh cost of living lebih murah di sana. Kalau nak retire kena ambil kira faktor  ...

Jangan pilih pindah ke Indonesia jika kau ingin masuk syurga setelah kau mati nanti ... Ingat hanya Malaysia yang bisa menjanjikan dan melakukan itu untuk rakyatnya (utamanya melayu) .... Sebagai melayu ... orientasi ke akhirat itu adalah alasan mengapa anda dipilih oleh Tuhan untuk dilahirkan di Malaysia ..
  
Ingat .... Tanah Melayu itu adalah  Tanah syurga .. dimana tinggal umah yang paling suchi dan mulia .. anak cucu keturunan nabi ibrahim dan keturah ... umah terkasih Tuhan... umah bani tamim yang selalu terbuka baginya pintu syurga firdaus .... Hehehehe

Note.
Hak istimewa  di atas hanya  berlaku jika ekspratiat itu setuju untuk dimelayukan .. jika menolak maka probability dijamin mauk syurga akan hilang ..
Quote nusaraya 10-7-2024 11:31 AM
Edited by nusaraya at 10-7-2024 02:41 PM
lucky_peace replied at 10-7-2024 09:54 AM
Apa maksud ekspatriatni? Orang putih yg keje high management level ke?

Data di bawah ini membuktikan bahwa eksptratiat yang datang dan tinggal di Indonesia  X berientasi akhirat .. tetapi dunia ....  sehingga majority datang dari Korea, UK, Thailand, Singapore, Japan, Australia, US etc etc ..

Mereka tahu dan paham bahwa mereka X dijamin masuk syurga seperti jika mereka datang dan tinggal di Malaysia ... Jadi X hairanlah jika lebih banyak ekspatriat asal Bangla, Myanmar,  Nepal, Pakistan, India, Kamboja, Arab dan Afrika etc etc yang datang dan ingin tingal di Malaysia ... dan juga mereka sangat mengharapkan nak segera dimelayukan agar juga mendapat status istimewa bagi anak cucu dan keturannya nanti.......Hehehehe



[youtube]_bd1C7_c440[/youtube]



Quote KamikuP 10-7-2024 02:12 PM
Acik Nurul tersenyum sinis sambil flip hair
Quote MadameOnion 10-7-2024 02:32 PM
baguslah..ramai2 kat sini acah mai dari negara maju..pastu rasa macam rakyat malaysia level bawah depa..jilake keturunan colonizer
Quote lifeline 10-7-2024 02:46 PM
_blackbird replied at 9-7-2024 11:56 PM
Aku pon rasa mcm nak pindah indon. Kena cari remote job la mcm ni. Gaji masyuk boleh duduk atas gunu ...

aduh cam x best je duk indonesia
huhuh
better malaysia lagi kot
Quote nusaraya 10-7-2024 02:48 PM
Edited by nusaraya at 10-7-2024 02:51 PM
MadameOnion replied at 10-7-2024 02:32 PM
baguslah..ramai2 kat sini acah mai dari negara maju..pastu rasa macam rakyat malaysia level bawah de ...

Woow.. baguslah jika kau berpandangan bahwa para pendatang dari Bangla, Myanmar, Kamboja, Nepal, Pakistan dan Afrika etc etc  bertamadun lebih tinggi dari bangsa melayu...

Bukankah mereka juga akan membantu proses pembentukan bangsa melayu baru atau Neo Malay yang pasti lebih baik dan unggul melalui proses perkawinan campur mereka dengan  bangsa melayu  .... utamanya gadis melayu dengan jantan para pendatang itu ....Hehehehe

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.054977 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top